Thursday, December 9, 2010

Tolong Top UP untuk Mak RM30…..

080

 Keratan Harian Metro Khamis, 9 Disember 2010

Hari ini akhbar Harian Metro telah menyiarkan satu berita penimpuan melalui SMS yang dipercayai didalangi oleh warga asing. Jika sebelum ini pelbagai taktik penimpuan telah dilaporkan seperti SMS menawarkan cabutan bertuah dari syarikat terkenal , tiket nombor ekor palsu dan Sim Card yang bertuah memenangi wang puluhan ribu telah dibuat untuk memperdayakan orang ramai.

Taktik licik ini telah pun dikesan sedang berleluasa sekarang seperti yang dilaporkan disini . Apa yang amat Ai kesalkan ialah Ai juga baru terkena dengan sendikit seperti ini pagi tadi. Pada mulanya mati-mati Ai perasan yang SMS itu dihantar oleh ibu mertua Ai untuk tambah nilai handfonnya. Bezanya dalam keratan diatas mereka menyamar sebagai ayah tapi Ai pulak mak. Ai dapat SMS seperti ini….

Niemak guna kad orng, tolng isikan mak top up RM30 di nombor baru mak ni no dia

01281471..,mak

Nampak tak ? Pandai betul dia ye. Bila Ai call balik nombor ni mesin yang jawab. Bahasa yang mereka guna pun kita dah cam pelat Melayu asing…..Nasib baik Ai tak terpedaya….jadi kepada rakan-rakan semua, hati-hati ya bila mendapat SMS seperti ini. Jangan layan !

10 comments:

  1. macam-macam cara orang asing nak perdaya kita...saya cuma kena sim kad anda terpilih menang RM20,000...entah bila ada peraduan sim kad ni..macam kita ni bodoh dibuatnya...

    ReplyDelete
  2. haishh.teruk betul org2 skunk...
    kalo nak topup beli r sndiri..
    takda duit takyah topup..kalo terdesak sgt..
    join ler contest sy...ahakss..pomote contest lak..haha...

    ReplyDelete
  3. wahhh..den ado dapek msg yg atas sekali tu..bilo maso plak abah den guna top up...tokan HP pun tak brp pandai..dr dulu sampai skrg..guna line je..
    dio ingat den ni bangang ko?
    terus den buat report polis psl no tu..

    ReplyDelete
  4. lecturer sy dah kene dah...time tue ayah die kat mekah..owg tue ckp ayah die masuk hospital xsilap..cmtue la..hangus gak la rm30

    ReplyDelete
  5. Tu la mcm2 sekarang ni mereka yg mahu dpt duit dgn cara senang....

    Mcm kes di atas tu kan, Ai rasa org susah nak percaya kan...SMS dihantar secara rambang saja. Jika ada mangsa yang mak bapak dia dah meninggal macam mana? Tak kan perlu top up lagi kot?

    ReplyDelete
  6. ish...macam2 cara la diorang nie...
    dulu contest.... skank ni to4 pulak.
    harap lebih hati2 la yer...


    mmg xlayan sume ni.plus mak ayah x gne hp...hee

    ReplyDelete
  7. Alah, yang penting diri sendri la.Yang die pon satu,nk caye bulat2 wat per.

    ReplyDelete
  8. hurm..mereka yang datang ke Malaysia ni bijak2 sebab tu senang jer kita kene tipu...pandai2 la kita jangan sampai tertipu....huhu....yosh!

    ReplyDelete
  9. saye pun kene gak sms ni. tp die nyamar jd pakcik.mntak topap 30. takkan la pakcik den yg kayo rayo tuh mntk 30 jaaa...awat tak mntak 3ribu kaa..taik betul main nyamar2 nehh..

    ReplyDelete
  10. bagus lah dah masuk paper. biar semua orang lebih berwaspada..

    kalau tak check dlu, terus nk topup, buat rugi je..

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info