Sunday, December 26, 2010

JOM BERKENALAN ……Ai Kena Tag lagi

JOM BERKENALAN !!!

Lama betul Ai tak update belog ini….beberapa hari lepas Ai balik kampung jenguk mama dan dua orang adik Ai yang telah selamat menimang cahaya mata mereka. Seronok betul Ai sebab dapat 2 orang anak saudara sekali gus tahun 2010 ni !

Pada 23 Disember yang lalu Ai telah mendapat mesej dari blogger baru iaitu Gagak Hitam bahawa Ai telah di tag oleh beliau untuk entri JOM BERKENALAN. Walau pun baru jer kenal melalui belog beliau , Ai rasa Gagak Hitam ini seorang yang mudah mesra dan sangat baik hati…Ok, kita tengok peraturannya….

SYARAT-SYARATNYA ADALAH :

  • haruslah meletak entri JOM BERKENALAN
  • haruslah letak banner JOM BERKENALAN
  • haruslah menjawab soalan yg ditag oleh empunya JOM BERKENALAN

1) APAKAH STATUS ANDA

Soalan no 1 ni sangat-sangat senang nak bagi jawapan…..Ok, ini jawapan tulus ikhlas dari Ai…Ai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dua hero dan seorang puteri. Ai juga seorang guru sekolah menengah di Ipoh. Murid-murid yang Ai ajar semua lelaki kerana Ai guru KH. Guru kemahiran.

2) CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA

Ai ini anak sulong dari 9 beradik. Ai cuma ada seorang adik lelaki sahaja yang lain semua perempuan. Ada 5 orang lagi adik Ai yang masih solo termasuklah yang lelaki tunggal ini. Ai kini hanya mempunyai mama kerana abah dah 3 tahun meninggal….sedih kan? Tak boleh manja-manja dengan abah lagi. Ai memang rapat dengan arwah itu sebabnya kehilangan beliau amat Ai terasa.

Ai dah biasa hidup berdikari sejak kecil lagi….sebab itu bila umur Ai 16 tahun Ai dah tinggal di asrama dan dah berjauhan dari keluarga sampailah sekarang. Ai orang pantai timur dan encik hubby orang Ipoh.

Jika kali pertama jumpa, mesti korang ingat Ai ni sombong sebab raut wajah Ai tak semanis Lisa Surihani yang berlesung pipit tu. Tapi jika dah bersembang tak larat korang nak layan sebab Ai banyak bahan nak berbual….

3) CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA

Jika sesiapa yang pernah singgah kat belog Ai ini mesti perasan bahawa blog Ai ini adalah blog yang berkisar tentang kehidupan, pandangan, isu semasa, kisah teladan dan curahan hati Ai. Ai menulis bila ada bahan atau cerita yang nak di kongsikan dengan kawan-kawan. Blog Ai ini sebenarnya sudah agak lama iaitu bermula tahun 2008 tapi aktif sejak beberapa bulan ini sahaja sebab masa Ai ada amat terbatas. Kerana minat dalam bidang ini Ai cuba aktif semula dan mencari masa untuk menulis sesuatu. Sekurang-kurangnya biarlah menjadi diary hidup buat Ai dan boleh ditunjukkan pada anak cucu Ai nanti.

4) PANDANG TENTANG DUNIA BLOG

Sebenarnya dunia blog ini sangat menarik dan berguna. Kita dapat menambah pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang yang kita minat. Melalui blog juga kita menjadi seorang individu yang peka, prihatin, bijak, kreatif dan berilmu. Selain daripada itu kita juga dapat ramai kawan melalui blogwalking ! Ramai kawan bermakna banyak pengalaman dan pandangan boleh dikongsi. Ai sendiri dah ramai kenalan dan rakan blogger dari pelbagai peringkat umur. Paling mula 12 tahun! Satu lagi yang menarik tentang blogging ni ialah boleh buat RM ! Join lah Nuffnang !

5) NASIHAT ANDA PADA RAKAN-RAKAN YANG BARU NAK BUAT BLOG

Ai sebenarnya pun masih baru juga dalam dunia blog ini…untuk memberi nasihat yang baik tak kira status kan? Ok, kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog Ai nak beri pandangan lah, jika sesuai korang boleh ikut ok.

1. Mesti ada minat yang mendalam untuk judi blogger. Jangan nak ikut-ikut trend rakan-rakan saja nanti blog akan bersawang dan hambar jika tiada minat.

2. Pilih kandungan blog korang bersesuaian dengan matlamat….contohnya blog diary , blog tutorial atau sebagainya.

3. Bina sendiri kreativiti blog korang tanpa meniru sesiapa.

4. Sentiasa belajar daripada rakan-rakan blogger yang lebih berpengalaman.

5. Akhir sekali….bila dah ada blog jangan lupa daftar sebagai komuniti NUFFNANG ! Faedahnya korang semua dah tahu….

6) NYATAKAN KEUNIKAN YANG TERDAPAT DIDALAM BLOG ANDA

Soalan ini sebenarnya malu nak jawab sebab rasa macam angkat bakul pulak…..ok tak pe Ai jawab juga.

Uniknya blog LovelyRoses 2U ini ialah ia merupakan blog All in One. Dalam blog ini ada cerita kehidupan Ai dan keluarga, tips-tips, petua, motivasi dan berita semasa. Kira macam rojak pulak kan?

7) SAMPAI BILAKAH ANDA AKAN MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG

Sampai bila-bila selagi idea Ai ni tak kering…..rasanya sentiasa ada saja jika blog ini juga kita jadikan sebuah diary kan? Impian? Semoga apa yang Ai tulis di sini akan memberi kebaikan kepada semua orang yang membacanya. Jika ianya suatu ilmu, selama mana orang yang mengamalkannya selagi itulah kita juga mendapat ganjaran pahala !

Ok, dah pun selesai jawab soalan-soalan yang di tanya oleh Gagak Hitam. harap Gagak Hitam berpuas hati. Sekarang Ai nak tag kawan kita iaitu…

1. eQuRlz

2. Lain-lain follower blog ini yang sudi….sila jawab soalan dari JOM BERKENALAN ok !

1 comment:

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info