Friday, December 31, 2010

***** 2011***** Selamat Datang !!!

new year

pic from google

Beberapa jam lagi kita bakal melangkah ke tahun 2011 dan meninggalkan kenangan dalam lipatan sejarah 2010! Seronok? Sedih ? Atau Bimbang untuk menghadapi hari-hari baru dalam 2011 nanti? Itulah persoalan yang bermain difikiran Ai bila setiap kali akan melangkah ke tahun baru.

Azam tahun baru pun bermula…..berderet-deret list yang dah dicatatkan dalam dairy sebagai azam…itu biasalah. Orang ada azam kita bina nak bina azam tapi untuk melaksanakannya itu memerlukan banyak usaha , semangat dan kesungguhan. Bagaimana dengan azam yang lama? Berapa peratus dah tercapai ? Jika tanya pada Ai, tak malu Ai nak terus terang bahawa azam 2010 yang Ai buat tak tercapai 100 peratus!!!!

Ai mengharapkan agar tahun 2011 ini nanti akan melakarkan banyak kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kami sekeluarga iaitu :

1. Berjaya dalam kerjaya

2. Kejayaan anak-anak dalam pelajaran mereka

3. Dimurahkan rezeki oleh Allah

4. Dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah sepanjang masa

5. Ketakwaan dan keimanan yang bertambah subur

6. Mengembirakan hati orang-orang yang disayangi

7. Mendapatkan ramai kenalan dalam jalinan ukhwah

8. Memaafkan orang lain

9. Menceriakan rumah tangga

10. Menambahkan tabungan kewangan keluarga.

Selamat tahun baru kepada semua teman-teman blogger semua!

Thursday, December 30, 2010

Dua Pemain Kelantan Jadi Nadi Skuad Kebangsaan

Khairul Fahmi Che Mat…penjaga gol paling hot di Asia Tenggara masa kini….ketangkasan, ketepatan mengagak cubaan gol, kepantasan dan aura seorang wira mewarnai corak permainan menarik penjaga gol cilik dari negeri serambi Mekah (Kelantan) ini. Berita terbaru, laman Twitter beliau dikatakan tersenarai sebagai kelima tertinggi di dunia. Malah bakat beliau turut diperakui oleh bek tengah tersohor England, Rio Ferdinand. Apek adalah nama gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan sepasukan. Mudah tersenyum tapi serius di tengah padang adalah antara sikap beliau yang sudah sedia difahami oleh rakan sepasukan. Wajah persis kacukan Korea dan Jepun menjadikan beliau antara pemain bolasepak negara paling unik dan popular ketika ini. Walaupun bertubuh agak kerdil bagi seorang penjaga gol, namun itu tidak pernah dijadikan alasan oleh beliau untuk merasa janggal atau kurang yakin pada kemampuan diri sendiri. Sebaliknya, beliau tetap berdiri teguh mengawal gawang gol dengan cekap dan bergaya.  

Norshahrul Idlan Talaha.png

Pengantin baru, Norshahrul Idlan Talha adalah seorang lagi pemain dari Kelantan yang menjadi nadi pasukan kebangsaan. Bertindak sebagi back-up striker kepada Safee Sali, beliau menjadi duri dalam daging dan menghadirkan igauan buruk kepada pertahanan lawan. Keupayaan mengawal bola dengan baik, menggelecek dan melakukan umpanan merbahaya adalah antara ciri utama corak permainan pemain yang mendapat gelaran Mat Yo ini. Memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dan juara Piala Malaysia bersama Kelantan  adalah pencapaian terbaik Mat Yo sebelum menjuarai Piala Suzuki bersama skuad kebangsaan. Semua pencapaiain tersebut pastinya manis buat Mat Yo bagi menutup tirai tahun 2010 ini.

Wednesday, December 29, 2010

CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN MASA KINI…(2)

SUAMI IDAMAN

Kali ini kita nak sambung lagi ciri-ciri lelaki ( suami) idaman masa kini mengikut pandangan pakar motivasi terkenal iaitu Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dan Zuliana Hassan. Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua gadis-gadis yang ingin mencari pasangan hidup dan mereka yang dah berkahwin pun amat digalakkan membacanya kerana ianya merupakan bimbingan rumah tangga.

Buku ini juga boleh dijadikan panduan kepada :

- Jejaka yang ingin menjadi suami idaman

- Gadis yang ingin mencari suami idaman

- Suami yang ingin meningkatkan  kualiti diri

-Isteri yang ingin memberi peringatan kepada suami tercinta

Buku ini mengupas 31 ciri suami idaman secara menyeluruh, ada ilusrasi menarik, carta, grafik, ayat Al Quran, hadis dan doa lagi..

Ai cuma nak senaraikan sahaja 31 ciri-ciri suami idaman :

1. Bertakwa

2.Berilmu

3, Bijaksana

4. Bersifat Penyayang

5. Memahami sikap pasangan

6. Romantik

7. Memanggil panggilan manja

8. Suka memberi hadiah

9. Melakukan aktiviti brsama

10. Ringan tulang

11. Pandai Menghibur

12. Suka bergurau senda

13. Suka melakukan sentuhan

14. Bersedia mendengar dan berbincang

15. Suka berdamping

16. Pandai memberi pujian

17. Pandai memujuk

18. Pandai melayan

19. Kreatif menjalin komunikasi

20. Penyabar

21. Mampu menahan marah

22. Sentiasa optimis

23. Jujur

24. Suka memberi dan meminta maaf

25. Menjaga personaliti

26. Tidak cemburu buta

27. Menempati janji

28. Tidak cerewet

29. Jiwa yang pemurah

30. Memuliakan keluarga isteri

31. Memenuhi nafkah zahir dan batin

Ok….jadi cuba renung-renungkan ciri-ciri diatas..ada berapa yang menepati diri anda yang menjadi suami, diri anda yang akan menjadi bakal suami dan diri anda yang telah menjadi isteri kepada seorang suami ?

Andai kesemua ciri-ciri diatas anda miliki….Alhamdulillah anda memang seorang yang HEBAT!!!!

papa

Tuesday, December 28, 2010

CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN MASA KINI…(1)

Ah! Malu pulak Ai nak tulis entri kali ini….bila tengok tajuk pasti korang akan pakat-pakat gelak guling-guling sebab rasanya usia Ai cam gini dan status isteri orang dan emak budak rasanya kurang sesuai untuk bincang hal ini. Lainlah jika anak-anak remaja…mereka suka menulis tentang impian mereka untuk mendampingi lelaki idaman mereka.

Semasa Ai jelajah blog gadis-gadis manis adalah terselit entri tentang ciri-ciri lelaki idaman meraka. Ai bukan nak mengutuk atau mentertawakan mereka…terpulang pada diri masing-masing lah kan. Mereka yang nak bercinta dan berkapel bukan Ai kan?

Di bawah ini senarai beberapa ciri yang mereka gariskan untuk mencari teman hidup..

.

.

.

.

.

.

1. Mesti kacak dan bergaya

awal

Kacak dan bergaya ala-ala artis lelaki terkenal macam Awal Shaari ni  (kacak ke dia?). Mesti bangga bukan main jika berpasangan dengan lelaki yang kacak dan bergaya. Tak malulah nak nak kenalkan pada saudara mara. Setidak-tidaknya mereka akan memuji….pandai awak cari pakwe!

2. Ada kereta atau motor besar

Ducati

Syarat ke dua mestilah ada kenderaan sendiri…bukan bapak atau mak punya! Lebih bagus jika ada kereta mewah atau motor berkuasa tinggi!

3. Romantik dan caring

saga

Ciri-ciri ini amat diperlukan supaya hubungan sentiasa segar dan indah. Macam Elbert Cullen si pontianak hensem tu lah kan?

4. Pandai main gitar atau alat muzik lain..

gitaris

Kebolehan bermain alat muzik dikira sebagai bonus lah…jika sekali sekala nak berduet bolehlah menyanyi dan sidia memetik gitar…kan seronok gitu? Kalau merajuk sidia boleh pujuk dengan memetik gitar sambil berdendang depan rumah…cam dalam drama tu?

Semua ini sekadar jenaka sahaja….mohon maaf jika tersinggung.

### semua imej dari encik google

Monday, December 27, 2010

Sedap dan murah…..

Salam sejahtera semua…..wah! Pepagi cam gini tetiba timbul pulak mood untuk update blog. Kali ini ada kelainan sikit….Ai nak masukkan pic makanan pulak!

.

.

.

.

.

.

.

004

Ha…nasi lemak yang femes kat tempat Ai..Nasi lemak Kak Nani. Beratur orang bila time breakfast tak kira waktu…Mr Hubby suka lontong sotong dia tapi tak sempat ambil gambar…Selalunya Ai makan nasi lemak ni dengan lauk paru goreng dan rendang daging. Rendang dagingnya fuh! sedap beltul…

033

Ok, yang ini pulak seafood salad. Ai dan Baby memang gemar makan salad ni jika singgah kat foodcourt Parksond Ipohparade. Rasa masam, manisdan pedasnya betul-betul membuka selera. Ai akan mintak tambah suhun bebanyak sebab nak makan kenyang-kenyang.

063

Ini pulak juadah wajib jika Ai balik kampung. Ai mesti order mee sup perut ni jika makan kat pasar Siti Khadijah, Kota Bharu atau kat Pasar Buluh Kubu. Sedap betul….siap tambah aneka perut lagi dalamnya.

062

061

Tengoklah gelagat adik-adik Ai ni….tak sabar nak makan.

031

Ha ini ABC ….wajib ada jika Ai tak nak makan nasi. Makan ABC ni pun dah kenyang sebab kat dalam tu ada macam-macam seperti jangung krim, kacang merah, sagu, cendol, jelly, fruit coktail dan pulut…siap topping ngan ais krim lagi.

Cuti sekolah macam ni memang seronok sebab selain boleh masak-masak selalu di rumah, kami juga boleh makan sama-sama kat luar..tu pun berdua. Anak-anak tak suka ikut, kan romantik gitu?

Pilihan makan diatas amat Ai suka sebab selain ianya murah, ia juga sedap. Berbaloi kan?

Seksinya Bibirmu!

lips 1

Imej dari Encik Google

Rasanya semua orang perempuan tidak kira peringkat umur pasti kenal gincu bibir atau selalu sebut lipstic. Jika mereka tidak pernah mencuba setidak-tidaknya pernah kenal akan alat solek ini.

Zaman sekarang budak-budak perempuan pun yang berusia 3 tahun pun sudah kenal gincu dan tahu pulak menggunakannya. Mereka pandai oleskan kat bibir meskipun comot !

Kali ini ai nak share satu tips untuk rakan-rakan perempuan, jika ada pakcik-pakcik yang berminat nak belajar boleh join jugak….tak kena yuran apa-apa pun.

Supaya anda tidak nampak janggal bila memakai gincu ikut petua ini :

1. Pilih pure pink jika jika anda berkulit. Warna beige atau coklat muda pun manis jugak.

2. Bagi anda yang berkulit sawo matang …cuba pakai warna pic atau mereah jambu. Tak kiralah umur anda berapa pun..

3. Anda berkulit cerah ? Beruntung sangat sebab semua warna gincu akan sesuai dengan anda seperti merah jambu, merah samar atau apa saja warna yang anda inginkan.

Pensil bibir atau lip liner juga perlu untuk melukis bentuk bibir. Jika bibir terlalu kecil, lukiskan garisan diluar bibir agar nampak lebih padat dan seksi. Oleskan dengan pengilat bibir warna senada dengan gincu. Andai memiliki bibir yang tebal, boleh di lukis ke dalam garisan bibir agar nampak sempurna.

lip 2

Petua orang tua-tua pulak untuk memiliki bibir yang merah semulajadi ialah dengan menyapu madu atau margerin pada bibir semasa tidur. Ai tak pernah buat sebab bimbang semut gigit….madu itukan manis. Jadi Ai akan sapu sedikit marjerin. Jika ada lipbalm pun boleh…bibir kita akan jadi lembap dan merah.

lipbalm

imej dari google

Bibir yang selalu bergincu selalunya kan sensitif sebab bahan yang terkandung dalam gincu mungkin akan menyebabkan bibir kering. Jadi sebelum tidur bibir kenalah di bersihkan dari kesan gincu. Seminggu sekali bibir juga perlu di sental lembut dengan menggunakan bahan lulur ( skrab) yang dikhaskan untuk bibir. Ada banyak dijual dipasaran.

Petua orang tua yang terakhir yang selalu diamalkan ialah jangan basahkan bibir anda dengan menjilat bibir kerana kandungan air liur akan menyebabkan bibir kering dan luka.

angelina jolie

Jika inginkan seulas bibir seperti Angelina Jolie ini cubalah tips-tips dari Ai ini. Selamat mencuba !

DHIA Vs MIA….

Salam semua….hari tu 22 Disember 2010 Ai dan Baby sempat lah balik kampung. Walau pun dua hari saja tapi memadailah…berbaloi juga sebab dapat lepaskan rindu pada mama , adik2, saudara mara dan anak-anak buah Ai terutamanya 2 orang si kecil yang baru saja jadi anggota famili kami.

746

Ni la anak saudara Ai…namanya Nur Ainul Mardhiah . Kami panggil dia DHIA saja. Masa gambar ni di ambil dia baru saja keluar dari rahim ibunya. Mata pun belum buka lagi.

055

093

Ini Baby Dhia yang Ai baru jumpa hari tu…dah pun besar. Kejap jer dah pandai ketawa. Umurnya baru 3 bulan. Banyak kerenah ni…nak pusing-pusing kat luar rumah ambil angin.

057

Yang paling Ai suka tentang si kecik ni ialah dagunya yang panjang dan terletak tu. Tak payah pakai botoks  bila dah besar nanti.

075

Ho ho ho…ni pulak anak buah Ai yang ke dua. Anak sulung adik Ai, yang no 5. Baby girl jugak! Abi dan Ummi nya bagi nama dia Nur Damia Irdina. Kami panggil nama manjaya MIA saja.

085

Tengok….Mia suka duk macam gini. Meniarap walau di riba. Selesa lah tu…. Dah makin mengantuk dah…

091

Ha..dah menangis bila di baringkan.

094

Nilah antara kerenah si kecik- si kecik ni….yang paling gmbira ialah tentnya Baby anak Ai yang dah tak kecik lagi ni bila dapat dukung sepupu-sepupunya ni. Baby dukung Dhia….tengok jeles dah si abang Ngah! Ok lah Along dah dapat 2 adik ni makin matang sikit. Rasa-rasanya balik kampung lagi sekali anak-anak buah Ai ni dah pun besar!

Sunday, December 26, 2010

JOM BERKENALAN ……Ai Kena Tag lagi

JOM BERKENALAN !!!

Lama betul Ai tak update belog ini….beberapa hari lepas Ai balik kampung jenguk mama dan dua orang adik Ai yang telah selamat menimang cahaya mata mereka. Seronok betul Ai sebab dapat 2 orang anak saudara sekali gus tahun 2010 ni !

Pada 23 Disember yang lalu Ai telah mendapat mesej dari blogger baru iaitu Gagak Hitam bahawa Ai telah di tag oleh beliau untuk entri JOM BERKENALAN. Walau pun baru jer kenal melalui belog beliau , Ai rasa Gagak Hitam ini seorang yang mudah mesra dan sangat baik hati…Ok, kita tengok peraturannya….

SYARAT-SYARATNYA ADALAH :

  • haruslah meletak entri JOM BERKENALAN
  • haruslah letak banner JOM BERKENALAN
  • haruslah menjawab soalan yg ditag oleh empunya JOM BERKENALAN

1) APAKAH STATUS ANDA

Soalan no 1 ni sangat-sangat senang nak bagi jawapan…..Ok, ini jawapan tulus ikhlas dari Ai…Ai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dua hero dan seorang puteri. Ai juga seorang guru sekolah menengah di Ipoh. Murid-murid yang Ai ajar semua lelaki kerana Ai guru KH. Guru kemahiran.

2) CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA

Ai ini anak sulong dari 9 beradik. Ai cuma ada seorang adik lelaki sahaja yang lain semua perempuan. Ada 5 orang lagi adik Ai yang masih solo termasuklah yang lelaki tunggal ini. Ai kini hanya mempunyai mama kerana abah dah 3 tahun meninggal….sedih kan? Tak boleh manja-manja dengan abah lagi. Ai memang rapat dengan arwah itu sebabnya kehilangan beliau amat Ai terasa.

Ai dah biasa hidup berdikari sejak kecil lagi….sebab itu bila umur Ai 16 tahun Ai dah tinggal di asrama dan dah berjauhan dari keluarga sampailah sekarang. Ai orang pantai timur dan encik hubby orang Ipoh.

Jika kali pertama jumpa, mesti korang ingat Ai ni sombong sebab raut wajah Ai tak semanis Lisa Surihani yang berlesung pipit tu. Tapi jika dah bersembang tak larat korang nak layan sebab Ai banyak bahan nak berbual….

3) CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA

Jika sesiapa yang pernah singgah kat belog Ai ini mesti perasan bahawa blog Ai ini adalah blog yang berkisar tentang kehidupan, pandangan, isu semasa, kisah teladan dan curahan hati Ai. Ai menulis bila ada bahan atau cerita yang nak di kongsikan dengan kawan-kawan. Blog Ai ini sebenarnya sudah agak lama iaitu bermula tahun 2008 tapi aktif sejak beberapa bulan ini sahaja sebab masa Ai ada amat terbatas. Kerana minat dalam bidang ini Ai cuba aktif semula dan mencari masa untuk menulis sesuatu. Sekurang-kurangnya biarlah menjadi diary hidup buat Ai dan boleh ditunjukkan pada anak cucu Ai nanti.

4) PANDANG TENTANG DUNIA BLOG

Sebenarnya dunia blog ini sangat menarik dan berguna. Kita dapat menambah pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang yang kita minat. Melalui blog juga kita menjadi seorang individu yang peka, prihatin, bijak, kreatif dan berilmu. Selain daripada itu kita juga dapat ramai kawan melalui blogwalking ! Ramai kawan bermakna banyak pengalaman dan pandangan boleh dikongsi. Ai sendiri dah ramai kenalan dan rakan blogger dari pelbagai peringkat umur. Paling mula 12 tahun! Satu lagi yang menarik tentang blogging ni ialah boleh buat RM ! Join lah Nuffnang !

5) NASIHAT ANDA PADA RAKAN-RAKAN YANG BARU NAK BUAT BLOG

Ai sebenarnya pun masih baru juga dalam dunia blog ini…untuk memberi nasihat yang baik tak kira status kan? Ok, kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog Ai nak beri pandangan lah, jika sesuai korang boleh ikut ok.

1. Mesti ada minat yang mendalam untuk judi blogger. Jangan nak ikut-ikut trend rakan-rakan saja nanti blog akan bersawang dan hambar jika tiada minat.

2. Pilih kandungan blog korang bersesuaian dengan matlamat….contohnya blog diary , blog tutorial atau sebagainya.

3. Bina sendiri kreativiti blog korang tanpa meniru sesiapa.

4. Sentiasa belajar daripada rakan-rakan blogger yang lebih berpengalaman.

5. Akhir sekali….bila dah ada blog jangan lupa daftar sebagai komuniti NUFFNANG ! Faedahnya korang semua dah tahu….

6) NYATAKAN KEUNIKAN YANG TERDAPAT DIDALAM BLOG ANDA

Soalan ini sebenarnya malu nak jawab sebab rasa macam angkat bakul pulak…..ok tak pe Ai jawab juga.

Uniknya blog LovelyRoses 2U ini ialah ia merupakan blog All in One. Dalam blog ini ada cerita kehidupan Ai dan keluarga, tips-tips, petua, motivasi dan berita semasa. Kira macam rojak pulak kan?

7) SAMPAI BILAKAH ANDA AKAN MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG

Sampai bila-bila selagi idea Ai ni tak kering…..rasanya sentiasa ada saja jika blog ini juga kita jadikan sebuah diary kan? Impian? Semoga apa yang Ai tulis di sini akan memberi kebaikan kepada semua orang yang membacanya. Jika ianya suatu ilmu, selama mana orang yang mengamalkannya selagi itulah kita juga mendapat ganjaran pahala !

Ok, dah pun selesai jawab soalan-soalan yang di tanya oleh Gagak Hitam. harap Gagak Hitam berpuas hati. Sekarang Ai nak tag kawan kita iaitu…

1. eQuRlz

2. Lain-lain follower blog ini yang sudi….sila jawab soalan dari JOM BERKENALAN ok !

Monday, December 20, 2010

RATUSAN BURUNG GAGAK PETANDA MALAPETAKA….

IMG_2112

IMG_2113

Keratan muka depan dan belakang akhbar KOSMO 21 Disember 2010.

Semalam kita semua dikejutkan dengan berita tentang kemalangan yang mengorbankan 27 orang penumpang dan pemandu sebuah bas ekspress di Kilometer 15, Jalan Simpang pulai-Cameron Highlands. Penumpang yang terbunuh ialah 25 pelancong asing dari Hatyai, Thailand.

Apa yang menghairankan ialah sebelum kejadian malang itu ratusan burung gagak tiba-tiba muncul dan membuat bising diatas bumbung hotel tempat 37 orang pelancong tersebut menginap. Menurut kaki tangan hotel di Cameron Highlands berkenaan, burung-burung gagak tersebut sebelum ini tidak kelihatan di situ tetapi telah datang sebaik saja para pelancong berkenaan telah mendaftar masuk. Sebaik sahaja 30 minit burung-bunrung gagak tersebut telah meninggalkan bumbung hotel berkenaan, para pelancong asing itu telah berangkat pulang dengan menaiki bas berkenaan untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Siasatan masih dijalankan oleh pihak berwajib untuk mengetahui punca kemalangan. Kita amat bersimpati dengan keluarga mangsa terutamanya pemandu bas iaitu Omar Shahidan, 48 tahun .Berita tentang nahas ini boleh dibaca di sini

################################

Al- Fatihah….

Ai juga mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan takziah kepada sahabat cilik Ai dari FB yang telah kehilangan bonda tersayang beliau semalam. Adik Akid Adly Ooi (12 tahun) telah kehilangan bonda tersayang dalam nahas jalan raya. Semoga Akid sekeluarga tabah menghadapi ketentuan Allah ini.

Sebenarnya Ai tidak mengenali secara peribadi arwah Ustazah Azlily Abdullah ini tetapi mengenali arwah secara tidak langsung memandangkan arwah salah seorang guru di sekolah tempat anak-anak Ai belajar. Akid Adly adalah rakan sekelas Baby anak Ai.

Ai turut merasa dukacita dengan berita ini memandangkan arwah seorang guru yang berdedikasi dan peramah. Kami akan bertegur sapa sekiranya bersua di sekolah atau di mana-mana. Arwah memang seorang yang baik dan sangat sayangkan pelajar-pelajarnya. Selain daripada itu arwah juga seorang guru yang cantik rupa paras dan akhlaknya…..semoga roh beliau dicucuri Rahmat dari Allah dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

Amin…

Saturday, December 18, 2010

Juara Mari Menari….

mari menari

Gambar dari ASTRO

Semalam 18 Disember 2010 telah berlangsung acara akhir pertandingan realiti terbitan Astro iaitu Mari Menari. Acara kemuncak ini telah ditonton oleh semua lapisan masyarakat melalui saluran Astro 104 dan saluran Ria (HD).

Pasangan Razif

                                                                                                                                          Gambar – Astro

Pasangan Razif telah menepati ramalan ramai peminat Mari Menari. Pasangan yang baru  6 bulan mendirikan rumah tangga ini telah memukau semua penonton dengan gaya dan seni tarian mereka yang amat mempesonakan. Razif dan Alia Nadira telah berjaya membawa hadiah berupa sebuah kondominium mewah The Haven bernilai lebih kurang RM350,000 !

Ai cukup seronok menyaksikan mereka menari. Nampak macam profesional sekali. Razif si suami yang cool sebenarnya seorang pendandan rambut manakala Alia pula seorang pereka custom dan penari sambilan. Oleh kerana minat mereka dalam bidang tarian tak mustahil gelaran juara kini menjadi milik mereka.

ulu kinta 058

The Haven

Lihat betapa cantik dan mewahnya kondominum The Haven ini.

ulu kinta 039

ulu kinta 047

Bertuahlah pasangan Razif ini kan, TAHNIAH untuk mereka!

Wednesday, December 15, 2010

10 alasan kenapa saya suka jadi follower….

blogger follow

Pic dari ehsan google

Pagi-pagi lagi Ai dah buka blog Ai melalui iphone. Selalunya Ai akan baca komen-komen ( jika ada ) dalam setiap N3 yang dibuat oleh readers. Kemudian Ai akan semak pulak kotak chat untuk lihat sms dari teman-teman blogger yang telah mereka tinggalkan untuk Ai jejaki.

Ai akan jelajah blog-blog mereka pula sebagai kunjungan balas sebelum memilih beberapa blog secara rambang untuk baca N3 mereka yang baru. Sejak Ai mula berblog ni iaitu pertengahan 2008, baru sekarang lah ai mula nak aktif berblog sebagai slah satu hobi. Dulu blog Ai yang tak glamour ini cuma ada 3 orang follower saja iaitu anak Ai sendiri, sepupu dan seorang kenalan FB yang baru. Sejak Ai berkenalan dengan rakan FB iaitu Yeidpozi barulah Ai mula aktif. Terima kasih lah pada beliau yang sudi mencipta header dan wall paper untuk blog ini.

Hingga ke hari ini blog LovelyRoses 2U ini dah ada 153 followers. Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua kerana sudi jadi pengikut blog ini. Ai tak kisah jika ada yang jadi silent reader atau saja suka-suka singgah untuk dapat kunjungan balas sekurang-kurangnya kesudian anda semua telah mengembirakan hati Ai.

Nantilah …jika ada peluang Ai nak juga cuba buat Giveaway untuk para follower dan pembaca sebagai penghargaan dari Ai. Ai akan fikirkan kemudian.

Kenapa kita suka jadi follower sesuatu blog ? Setiap orang ada alasan sendiri kan? Ai juga begitu….jika Ai berblogwalking dan jatuh hati pada sesuatu blog yang Ai terjah Ai tak teragak-agak untuk joint follower. Ai akan berbuat demikian bila….

1. Blog itu menarik dan unik

2. Blog itu ada info berguna dan penting

3. Blogger baru yang ada potensi

4. Ada sedikit tutorial yang berkaitan dengan minat Ai

5. Individu yang dah otai dalam dunia blogging dah jadi follower blog tersebut.

6. Ada banyak foto-foto menarik

7.Blogger tersebut tidak sombong….dan sudi berkunjung ke blog kita

8. Bahasa yang digunakan dalam blog mudah Ai faham…Ai tak berapa nak faham jika mereka tulis dalam bahasa SMS seperti dia jadi dyer

9. Tak banyak gadjet2 dalam blog yang boleh mengganggu tumpuan pembacaan Ai.

10. Ai suka jika blog ada kotak chat sebab boleh letak komen….

 

Ada 10 alasan Ai dah listkan kenapa Ai jadi follower sesuatu blog. Ai akan singgah berulang kali jika blog itu amat berguna seperti Dapur Tanpa Sempadan yang Ai akan buka setiap hari….

Tuesday, December 14, 2010

Mahal dan Canggih tak semestinya sesuai untuk kita….

3 hari lepas Ai ikut Mr Hubby trade in handphone nya yang baru 6 bulan beli dengan yang baru. Selalunya orang akan tukar handphone bila dah rosak atau teringin nak tukar selera memakai model terbaru yang lebih baik dari yang sedia ada tapi Mr Hubby Ai pulak sebaliknya….. dia tukar Sony Ericson Ainonya yang baru di pakai 6 bulan dengan handphone Nokia 1616 yang simple sangat.

sony-ericsson-aino-touchscreen-slider-phone

Ha inilah dia Sony Ericsson Aino yang dah selamat di tukarkan dengan idaman dia ni iaitu….

Nokia 1616 !!!!

nokia 1616

Salesman di kaunter kedai handphone itu pun hairan dengan keputusan Mr Hubby…dulu kami memang beli di kedai ini. Dia yang rekomenkan Mr Hubby dengan Sony Ericsson Aino ini. Hondphone ini bukan tak bagus malah canggih lagi tapi Mr Hubby tak betah pakai benda yang canggih-canggih cam gini. Cukuplah dia nak tekan SMS dan boleh dail panggilan saja. Fungsi lain seperti kamera , radio dan sebagainya tak penting bagi dia.

Nak tangkap gambar kamera Canon dia dah ada, boleh rakam video lagi. Jika nak dengar lagu kat dalam kereta pun dia boleh pasang CD ! jadi buat apa nak susah-susah pakai handphone yang mahal-mahal.

Maka, selamat lah si Sony ditukarkan dengan Nokia 1616 yang bergaya itu…..anak-anak nampak kecewa sikit sebab mereka tak boleh nak pinjam dengar lagu kegemaran mereka atau main game on line. Selamat bill telefon untuk kali ini…

Betul kata Mr Hubby, tak semua benda yang bagus bagi orang lain bagus juga untuk kita. Macam Sony Ericsson Aino tu, selain ianya banyak aplikasi tambahan yang tak ada pada handphone dia yang baru tapi bagi Mr Hubby dia tidak memerlukan itu semua. Cukuplah yang ringkas seperti Nokia 1616 barunya, mungkin orang akan ketawakan pilihan dia namun Ai kagum kerana Mr Hubby ada prinsip sendiri dan Ai amat menghargainya !

Selain dapat handphone idaman dia, ada lebihan wang pula sebanyak RM400 di kembalikan……maka jadi rezeki anak-anak lah.

Sunday, December 12, 2010

Tengok Saja Tapi Jangan Main….

ulu kinta 027

Hari ini Mr Hubby buat kejutan untuk kami anak beranak. Selalunya Ai dan dia sahaja yang keluar breakfast sama-sama manakala kids pulak masih lepak-lepak depan Astro atau sambung mimpi sesudah mengaji Quran. Kali ini dia mengajak kami keluar breakfast sama-sama.

Anak-anak bila diberi peluang pilih tempat makan mulalah mereka nak breakfast di Mc D makan Fishburger . Lepas breakfast Ai minta singgah dulu kat pasar tani Medan Gopeng mahu berbelanja barangan masak. Kali ni Ai nak masak sup tulang pulak….Setelah selesai beli barangan untuk masak Mr Hubby terus bawa kami menggembara. Bayangkanlah dengan daging, tulang , ayam, santan dan sayur bagai kita orang kena jalan-jalan…..

Mr Hubby bawa kami jalan-jalan tengok air sungai katanya kat Ulu Kinta. Dulu masa budak-budak ni kecik ada juga kami sampai kat sini …

ulu kinta 006

Kena panjat tangga pulak untuk ke pondok rehat di atas bukit…..ulu kinta 014

Baby lah orang yang paling seronok …sesekali dapat berjalan-jalan macam ini tentulah mereka seronok.

ulu kinta 033

 

Keadaan sungai yang tak berapa jernih kerana selalu hujan….namun tetap cantik dan sejuk bila berada di sini.

ulu kinta 028

ulu kinta 003

                Inilah bekal yang sempat kami bawa…nasi beryani gam Batu Pahat yang di beli di Pasar Tani Medan Gopeng tadi. Mr Hubby nampaknya ceria saja…..

Perkelahan ini tetap menceriakan anak-anak meskipun tidak dirancang. Kesian juga pada mereka kerana Ai tidak benarkan mereka turun bermain air sungai. Anak-anak tanya Ai…

Mama kenapa kena tengok saja tak boleh main ?

Ai tak perlu jawab soalan ini kerana melihatkan keadaan mereka yang berpakaian yang tak macam orang nak mandi air sungai dengan mama pulak berbaju kurung labuci lagi, berkasut tumit tinggi, tak ada tuala …eh! mana boleh….

Tengok saja jangan main Ok…

Thursday, December 9, 2010

Tolong Top UP untuk Mak RM30…..

080

 Keratan Harian Metro Khamis, 9 Disember 2010

Hari ini akhbar Harian Metro telah menyiarkan satu berita penimpuan melalui SMS yang dipercayai didalangi oleh warga asing. Jika sebelum ini pelbagai taktik penimpuan telah dilaporkan seperti SMS menawarkan cabutan bertuah dari syarikat terkenal , tiket nombor ekor palsu dan Sim Card yang bertuah memenangi wang puluhan ribu telah dibuat untuk memperdayakan orang ramai.

Taktik licik ini telah pun dikesan sedang berleluasa sekarang seperti yang dilaporkan disini . Apa yang amat Ai kesalkan ialah Ai juga baru terkena dengan sendikit seperti ini pagi tadi. Pada mulanya mati-mati Ai perasan yang SMS itu dihantar oleh ibu mertua Ai untuk tambah nilai handfonnya. Bezanya dalam keratan diatas mereka menyamar sebagai ayah tapi Ai pulak mak. Ai dapat SMS seperti ini….

Niemak guna kad orng, tolng isikan mak top up RM30 di nombor baru mak ni no dia

01281471..,mak

Nampak tak ? Pandai betul dia ye. Bila Ai call balik nombor ni mesin yang jawab. Bahasa yang mereka guna pun kita dah cam pelat Melayu asing…..Nasib baik Ai tak terpedaya….jadi kepada rakan-rakan semua, hati-hati ya bila mendapat SMS seperti ini. Jangan layan !

Wednesday, December 8, 2010

Ai Kena Taging ( Bukan Raging)…….

Tetiba jer dpt sms kat SB bahawa Ai kena tag oleh Mokcik Ann. Baru jer kenal blogger ceria ni, tapi dah mesra. Ok lah oleh kerana memang sifat Ai yang tak akan mengecewakan sesiapa yang mengharap dan memeriahkan dunia blog, Ai terima.

Ai harap Mokcik Ann berpuas hati….sorilah tulis lintang pukang dan sesedap rasa sahaja memandangkan Ai ni selalu berebut lappy dengan anak-anak….mereka tu suka Facebooking !

 

 

R.U.L.E

"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."

Ha…ni dia 25 perkara tentang LOVELYROSES 2U …

1. Panggil saya Azie….cikgu Azie pun boleh.

2. Anak sulung dari 9 adik beradik….seorang jer lelaki adik Ai yang ke 4.

3. Dah kahwin dgn Mr Saiful Razwan dah 15 tahun.

4. 3 orang anak…2 boys , 1 girl.

5. Orang Kelate ooo…..Mr hubby orang Ipoh.

6. Suka masak dan suka makan jugak…tapi tak pernah masak kuih muih, kek dan biskut…X reti.

7. Ada mesin jahit tapi tak boleh menjahit….

8. Suka berkebun tapi bunga tanaman Ai tak subur pun….

9. Hidup bertemankan ubat…..Darah tinggi, tapi Ai tak tinggi2 jugak !

10. Gemar berblogwalking …

11. Ai sentiasa ceria dan peramah walau baru kenal…

12. Suka kelam kabut bila panik….dari dulu tak hilang2 juga habit yg satu nih.

13. Tak pernh bela kucing atau ayam tapi kat kampung mama bela kucing dan sereban ayam!

14. Suka tengok movie tapi selalu lupa nama hero

15. Minat sangat dengan majalah deko…Impiana dan Anjung Seri tapi rumah Ai cam gitu gak….

16. Baca paper muka depan, tengah dan tak pernah baca belakang.

17. Selalu lupa jadual waktu dari zaman sekolah tadika hingga dah jadi cikgu!

18. Sangat suka window shoping….suka berbelanja jk ada duit.

19. Suka warna pink dan purple tapi baju kurung Ai tak ada warna2 ini….

20. Tak suka tudung Ekin atau sewaktu dengannya kerana tak sesuai…setia dengan tudung bawal sahaja….

21. Takut mandi laut..sbb tak pandai berenang cuma …berendam je.

22. Suka tukar-tukar minyak wangi tiap-tiap hari bila bekerja.

23. Handbag dan kasut mesti sedondon dengan baju kurung. Tukar tiap-tiap hari..

24. Hobi Ai selalu berubah-ubah….tapi sangat suka melukis.

25. Ai paling BAHAGIA bila lihat anak-anak ceria dan mendengar ketawa Mr Hubby yang merdu itu…hi hi hi terapi jiwa.

Ha sekarang Ai nak nak tag semua follower LOVELYROSES 2U yang rajin dan baik hati…..sesiapa yang sudi silalah…..

 

Kerinduan pada Wan Chu

Rasanya belum terlambat untuk Ai mengucapkan selamat tahun baru Hijrah pada semua pembaca blog LovelyRoses 2U. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan membawa bersama berjuta kejayaan, ketenangan, kebahagiaan dan kemenangan untuk kita semua, insyaallah.

Sebenarnya Ai nak post kan N3 ini semalam namun tak kesampaian memandangkan Ai terlalu sibuk menguruskan hal rumah tangga. Masa cuti macam ini selalunya Ai akan membereskan semua kerja-kerja rumah yang tak sempat dibereskan semasa Ai bertugas.

1 Muharram 1432 baru semalam berlalu genaplah 1 tahun pemergian ibu saudara sebelah Hubby Ai yang amat dikasihi oleh seluruh ahli keluarga kami. Tempoh masa setahun jika dihitung dengan angka memanglah lama tapi bagi kami seperti baru saja ianya berlaku. Tak terasa sudah setahun beliau pergi meninggalkan kami semua. Detik-detik pemergian Wan Chu boleh baca di sini yang di tulis dengan penuh kerinduan oleh menantu kesayangannya, Ain Iskandar.

Kami semua amat menyayangi Allahyarhamah memandangkan  Wan Chu seorang yang terlalu penyayang dan baik hati orangnya. Selain memiliki budi bahasa yang luhur, beliau juga sangat pemurah dengan wang ringgit, harta benda, pertolongan malah senyuman. Sesiapa saja yang pernah mengenalinya akan terus jatuh sayang padanya. Wan Chu bukan sahaja baik tetapi cantik ! Malah dalam usianya yang tersisa sebelum kembali ke Rahmatullah beliau masih lagi bergaya dan berdandan rapi di samping suami tercinta sewaktu kali terakhir beliau menghadiri majlis perkahwinan seorang ahli  keluarga . Itulah Wan Chu meskipun dia kesakitan namun demi kegembiraan orang lain dia tetap tabah.

Ai begitu terkilan kerana tidak dapat berada di sisinya sewaktu Wan Chu tenat di hospital. Disaat akhirnya di sempat bertanyakan Ai dan anak Ai Baby yang dianggap bagai anak sendiri. Sayangnya kami tak sempat bertemu dengannya.

Semenjak pemergian Wan Chu , Ai terkenangkan Ayah Chu yang tak berapa sihat. Mujurlah ada anak-anak dan menantu yang sentiasa ada disampingnya. Apa yang amat Ai kagum ialah rasa kasih dan cinta seorang suami terhadap isteri seperti yang ditunjukkan oleh Ayah Chu… Setiap hari Jumaat Ayah Chu akan menziarahi pusara isteri kesayangan dengan membawa sekalung doa dan sejambak bunga .

Ayah Chu tak pernah jemu untuk singgah walau sekejap di pusara Wan Chu. Setiap kali Ai dan Hubby berkesempatan untuk singgah di pusara Wan Chu kami akan lihat bunga-bunga yang sentiasa bertukar yang ditaburkan. Air mata ini gugur kerana betapa hebat cinta seorang lelaki sepertinya….

Al Fatihah untuk Arwah Wan Chu, semoga roh beliau dicucuri rahmat dari Allah. Amin.

Sunday, December 5, 2010

Saat-saat aku memalukan diriku sendiri…..

shame

                                               Imej dari Enchik Google

Di dalam kehidupan kita sehari-hari kadang kala tindakan kita boleh memakan diri sendiri tanpa kita sedari. Itu lumrahlah, manusia dan kesilapan mana boleh elak..dalam dok berhati-hati pun terkena juga…

Pernah tak awak semua mengalami sesuatu pengalaman dimana tindakan  sendiri telah mendatangkan rasa malu yang teramat sangat pada diri sendiri ? Situasi sebegini sebenarnya bukan kita rancang atau bukan kehendak kita tetapi suatu kesilapan bodoh yang tak sepatutnya kita lakukan telah memalukan diri sendiri.

Ai pernah beberapa kali memalukan diri sendiri depan khalayak hinggakan dah tak tahu mana nak sorok muka…tapi buat-buat selamba sahaja..Situasi-situasi itu ialah ketika :

1. Tersalah masuk kereta – Waktu ini Ai nak pergi beli makanan untuk makan malam di salah sebuah warung yang famous kat tempat Ai…ketika itu hujan Ai pulak tak bawa payung. Oleh kerana ramai pelanggan Mr Hubby terpaksa park kereta agak jauh ke depan sikit daripada biasa.

Hujan makin lebat , kakak nasi lemak ni pulak lambat menyiapkan order Ai. Setelah selesai urusan jual beli dengan sepantas kilat Ai redah hujan dan melompat kedalam kereta sebaik saja pintu kereta Ai buka. Tetiba Ai di sergah

Hayya..lu sapa ?

Alamak ! Rupanya Ai dah salah masuk kereta orang. Apek tu bukan main terkejut agaknya dia ingat Ai nak merompak dia.

Oh ! Soli soli..salah kete….

Dengan muka yang selamba Ai keluar dan berlalu. Terdengar beberapa suara orang ketawa di warung. Agaknya mereka pun sedar Ai dah salah masuk kereta. Macam mana Ai tak confius , kereta dah lah sama warna pun sama….hanya driver jer berbeza.

 

2. Silap orang – Ai agak ini menjadi perkara biasa jika kita tersilap orang lebih-lebih lagi jika orang itu dah lama kita tak jumpa. Ai pun satu tak teliti betul-betul bila nak menegur orang yang agak lama tak berjumpa. Ai bukanlah rabun tapi hari itu malang bagi Ai. Ai tersilap menegur seorang perempuan ketika sedang membeli belah kat Jusco. Orang tu pun satu , jika dia tak kenal Ai janganlah layan ini tidak siap ketawa terbahak-bahak lagi dengar cerita lawak Ai .. Kami agak lama jugalah bersembang sambil beratur nak bayar di cashier. Ai tak boleh lupa bila dia tanya Ai …

“ Eh ! Nama u siapa ? Tinggal kat mana ?

Pada mulanya Ai ingat dia bergurau…sudahnya Ai pulak yang tanya dia balik

“ Eh ! Kan kita sama-sama pergi kursus bina item kat KL hari tu….Cikgu Mala kan?”

“ Oh! Bukan…Ai bukan Mala you salah orang.”

3. Payung punya hal – Ini pulak kisah lama…dah tinggal sejarah dah pun. Masa tu Ai tengah belajar kat Poli. Waktu itu amat indah sekali sebab pertama kali berpacaran…itu lah mak bapak hantar belajar Ai pulak main cintan…..

Kali pertama kami keluar janji temu ialah makan tengahari di medan selera kat Ampang Point. Masa itu tak reti nak jalan-jalan tengok wayang bagai. Duit pulak biasiswa mak bapak jadi manalah mampu nak makan-makan kat tempat yang mahal.

Lepas makan , si dia bawa Ai window shoping kat supermarket di dalam bangunan itu. Ai yang kekampungan dan jakun ni pulak asyik berkepit dengan sekaki payung ! Kemana Ai pergi mesti bawa payung panjang ini sekali sebagai senjata dan buat peneduh hujan panas. Jakun sangat kan? Semasa kami melewati ladies department entah macam mana Ai sendiri pun tak terfikir yang payung Ai dah mencuri sehelai coli merah menyala yang disusun kemas dalam bekas pameran. Manalah Ai dan bf Ai sedar bahawa coli tu tergantung kat lidi payung Ai dan kami selamba berjalan turun dengan escalator.

Woit ! Woit ! Berhenti ! Berhenti !

Sayup-sayup jer Ai dengar suara perempuan menjerit. Ai fikir tentu ada pencopet ke, penyamun ke atau sesiapa lah yang buat salah kena kejar. Kami malas nak masuk campur.

Setibanya kami di pintu utama dekat lobi, seorang guard telah menahan kami dan membawa kami ke belakang. Ai panik  dan ketakutan begitu juga lah dengan bf Ai.

“ Cik, awak nak bawa keluar benda ni ke ?”

Pak guard budiman itu mengambil coli merah yang tersangkat kat payung Ai dan menayangkannya depan muka kami. Merah padam muka Ai dengan peristiwa itu. Manalah Ai tahu benda tu nak tersangkut kat payung kesayangan Ai ini. Tak pasal-pasal Ai malu….

Inilah saat-saat Ai memalukan diri Ai sendiri tanpa Ai sedar. Jadi, berhati-hatilah sebelum membuat sesuatu agar perkara seperti tadi tidak terjadi lagi….Ai berazam di masa akan datang Ai kena lebih berwaspada lagi…

Kenapa kita tidak kaya ibu ?

boy n chicken leg

imej dari google

Pagi minggu amat Ai nanti-nantikan , inilah masanya Ai akan habiskan masa dengan hubby dan anak-anak di rumah. Seperti biasa Ai dan mr hubby akan bersarapan di gerai pilihan berhampiran kediaman kami. Anak-anak selalunya lebih suka bersarapan di rumah sambil nonton Astro.

Pagi ini Ai berbelanja di pasar untuk membeli barang basah untuk bekalan seminggu sementara mr hubby lebih suka membaca paper dalam kereta sambil mendengar lagu Maher Zain.

Ketika Ai singgah membeli ikan tongkol untuk dibuat kari nasi dagang , Ai terpandang seorang ibu yang mendukung anak kecil – lebih kurang 2 bulan dan memimpin seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Budak lelaki itu menjinjing dua plastik beg . Satu beg berisi keperluan bayi dan satu lagi barangan belanja ibunya. Semasa Ai menunggu penjual ikan itu menimbang dan menyiang ikan , Ai terdengar perbualan anak- beranak ini..

Ibu, kali ni ibu mahu beli ikan ? Tanya anak kecil itu.

Ya lah. Nanti kita goreng ye…..

Tapi ibu Along jemu makan ikan sardin kecik ni hari-hari…along nak makan ayam , boleh tak?

Along, ibu tak cukup duit….lain kali kita makan ayam ye. Ikan pun sedap juga. Si anak yang dipanggil Along mula merengek…

Kenapa kita tak kaya ibu?….

Insyaallah , selagi Along berdoa pada Allah, nanti kita kaya

Tersentuh tetiba hati Ai mendengarnya. Lalu Ai memegang ubun-ubun si Along dan menyapanya

Adik, suka makan ayam ? Ai pura-pura bertanya membuka perbualan. Ibunya menarik tangan si anak. Along nampak ketakutan.

Kak, ambillah ayam ini dan masakkan untuk Along. Sudah menjadi rezeki dia hari ini. Ai menghulurkan sebungkus daging ayam yang Ai beli untuk dibuat hidangan anak-anak kepada wanita ini. Dia keberatan untuk menerimanya namun tak mampu menolak rezeki yang Allah turunkan buat mereka hari ini.

Setelah mengucapkan terima kasih dan bersalam dengan Ai tiga beranak itu berlalu tanpa membeli ikan sardin tetapi tersenyum girang sambil membawa pulang sebungkus daging ayam…

 

Friday, December 3, 2010

I Cuma Nak Tumpang Toilet Awak Je….

Gambar katak sakit perut dari enchik google

Semenjak beberapa hari kebelakangan ini perut Ai meragam….tak selesa dan selalu sebu. Ai agak tentulah sebab waktu makan yang tak teratur atau selalu makan di luar yang menjadi puncanya.

Sewaktu bertugas mengawas SPM Ai bebarapa kali keluar masuk tandas…sampai naik malu pulak pada calon-calon , manalah tahu mereka terperasan pulak. Apahal lah pulak dengan sorang pengawas ni….Sampaikan masa eskot calon ke toilet pun Ai rasa nak ikut sekali….

Cerita perut punya hal….waktu lunch hour Ai janji dating dengan hubby nak lunch kat warung dekat sekolah tapi oleh kerana hubby nak bayar bil maxisnya kat maxis centre, kenalah Ai ikut jugak. Lagi pun memang bagus jugak sebab tak ada selera nak makan pun.

Tahu saja lah parking lot penuh, jadi macam biasa Ai kena lah tunggu dalam kereta sementara hubby masuk berurusan di dalam. Tetiba perut memulas la pulak…..mahu saja Ai tekan hon panggil hubby tapi tak tergamak rasanya. Waktu cam ni lah ia nak meragam pun….

Ai dah berpeluh-peluh walaupun aircon kereta dah maksima…siap berkipas lagi. Dah dekat 20 minit Ai menahan akhirnya hubby muncul…lega. Ai ajak hubby pusing cari toilet….akhirnya hubby berhenti depan restoran aneka sop. Restorant ni kira famous lah juga sebab baru buka.

Mahu tak mahu Ai keluar kereta dan berjalan pantas ke rostorant untuk menumpang toiletnya….tapi pelayan-pelayan yang berspan santun tu pulak menyangka Ai nak makan kat situ…wah siap welcome Ai dengan kata-kata manis lagi…tunjuk meja kosong dan tanya nak makan berapa orang dan nak pesan apa .

Lidah Ai kelu….tak sampai hati nak kata ..Ai tak nak makan cuma nak TUMPANG TOILET awak jer…….jadi dengan tindakan dalam kawalan Ai melenggang ke meja dan pura-pura belek buku menu dan cari menu sop yang ada…sementara otak ligat berputar mencari helah, manakala perut semakin senak.

Saya mahu bungkus ye…..sop perut satu bungkus seorang makan hokeh !

Sepantas kilat Ai ke belakang…….

Setelah semuanya selesai, Ai bayar harga makanan yang di pesan. Hubby ketawa bila Ai masuk ke kereta sambil bawa sebungkus sop perut yang baunya amat menyelerakan tekaknya…

Aikk…..ke tandas atau pesan sop perut ? Oh! saja helah la ni?

Apa-apalah sayang….sop perut ni you makan, sekarang Ai dah boleh pergi ke dewan peperiksaan dengan tenang…

 

Tuesday, November 30, 2010

1 Disember…..Bonus RM 500 - ok la tuuuuu

Sepanjang minggu peperiksaan SPM ini Ai amat letih dan tak cukup masa….. Semua nak kena buat tergesa-gesa…jadual harian ( yang sepatutnya bercuti ) jadi padat semacam pulak. Jangan harap lah nak berFacebook atau update belog atau blogwalking…nak siram pokok bunga pun tak sempat…

Lepas bertugas ,Ai akan ambil anak-anak dari rumah mertua kemudian siapkan makan malam. Sebelum bersantai depan Astro buka lappy lihat Facebook…tak ada mood nak tulis status….kengkawan pun tak da nak bagi apa-apa komen atau berita kat wall Ai…pastu buka belog…satu agenda wajib sebelum tutup lappy.

Sebelum masuk tidur ada lagi kerja tu…keluarkan bahan dari icebox untuk persediaan masak pagi esok. Ai pastikan arlam menjerit 5.30 pagi supaya Ai sempat bereskan semua kerja memasak untuk bekalan anak-anak sepeninggalan Ai nanti….

Selalunya semua dah selesai sekitar jam 6.15 pagi….Rasanya Ai cukup penat sangat dengan jadual baru Ai ini. Iphone Ai dah dua hari tak boleh pakai sebab tak sempat nak bayar bill kat Maxis….itulah sebabnya Ai jarang nak berblogwalking dengan iphone…kesanya traffik belog Ai yang dah kurus ni makin susut !!

TAPI…..sekurang-kurangnya Ai rasa dihargai juga sebab esok 1 Disember…horeyyy ………….kan esok dapat Bonus RM500 ? OK la tuuu

Saturday, November 27, 2010

KELATE–ESAIKLOPEDIA………. ( bhg 1)

Ramai pulak yang berminat nak belajar loghat Kelate…..mungkinkah mereka mahu mengorat mek-mek Kelate atau gewe-gewe Kelate yang cun melecun tu..hi hi hi

A

Agah – Sombong , meninggi diri atau berlagak

vector cartoon illustration of an employee smiling

Akok sejenis makanan tradisional…lain tempak panggil kuih akak

( bukan kakak ye)

B

Beledo- Jelly, aga-agar atau lengkung ( sejenis makanan manis )

       Bewok – biawak

         Bekwoh – kenduri kahwin ( hasil dari perkataan Inggeris big work)  

       Bedooh lalu – keterlaluan sangat

C

Collek – Sejenis makanan seperti salad atau pencicah buah-buahan yang masam manis. Sesetengah tempat panggil rojak buah.

Cokeh – cungkil

Cokek -  bagi dia geletek kat bawah ketiak atau pinggang seseorang ketawa dan melatah

D

Dennung – Di sana

Demo – awak

E

Etok – Sejenis kepah. Dimakan secara salai

Eppek duduk dalam keadaan yang menghimpit kepada seseorang

Cukuplah setakat ini dulu pelajaran kita hari ini…..kita jumpa lagi…

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info