Sunday, April 18, 2010

PASAR LOKEN / PASAR KARAT


Pagi minggu ni tetiba jer teringat nak pusing-pusing Pasar Loken atau Pasar Karat di Ipoh. Pasar Loken ni memang terkenal kerana semua barang boleh dibeli di sini dengan harga yang murah. Kata orang, jika sampai di Perak, rugi lah jika tak jengok sebentar di Loken. Apa istimewanya Loken ?

Sebenarnya aku pun tak pernah tahu sejak bila ia beroperasi....tambahan pula aku bukannya anak jati Perak. Kata suami ( yang memang asal Ipoh)
Pasar Loken ini wujud sudah berpuluh tahun. Masa dia kecik2 lagi dah ada dah... Dulu masa tengah2 bercinta dulu ada sekali hubby bawa pusing-pusing Pasa Loken ni. Masa tu ianya masih di tapak lama iaitu di tepi sungai
yang mana sekarang ni dah di dirikan pusat rekreasi.

Tercengang juga bila pertama kali sampai kemari. Di tempa aku tak ada pasar seperti ini. Pasar lambak ada lah itu pun menjual barang-barang terkini...

Aku memang teruja bila tengok lambakan barang-barang antik. Hampir keseluruhan peniaga menjual barang antik dari periuk belanga, pinggan mangkuk, barangan perhiasan wanita dan bermacam lagi. Katil bayi pun ada tapi yang zaman sekarang le.










Tuesday, April 6, 2010

RINGKAS , SENANG DAN SEDAP

BUTTER PRAWN

Salah satu menu ringkas dan sedap En Hubby ialah Butter Prawn. Tapi ianya bukanlah Real Butter Prawn yang orang masak ada macam rambu-rambut elur merah tu..... disini i suka yg ringkas dan campak-campak jer...maklumlah dok kejar masa saja. Bahan-bahanya pun senang dapat :

Bahan senang dapat :

Sebungkus /sepaket serbuk Butter Prawn keluaran Cosway
Udang segar lebih kurang ....ala sukat jer 2 mangkuk ( digoreng 1/2 masak)
daun kari 2 angkai atau lebih
cili padi secukup rasa - potong halus-halus
telur merah 5 biji
butter 5 sudu besar

Cara membuatnya:

1. Panaskan butter dlm kuali dan goreng cili dan daun kari sampai wangi.
2. Telur merah dipukul dan masukkan dalam kuali.
3. Kacau supaya jadi halus terurai dan masukkan serbut Butter Prawn Cosway. Gaul sebati.
4. Masukkan udang dan gaul sebati lagi....Hidanglah.

Masakan ini boleh di makan dengan nasi atau ratah jer, Cuba lah,,,

Saturday, April 3, 2010

Dah lama tak update belog.....masa selalu tak pernah cukup untuk ku bereskan semua aktiviti rutin harian ku. Hari ulang tahun ku yang ke..... dah pun lama berlalu. *8 mac* sedihnya.....tiada majlis untuk meraikannya cuma ku bawa saja famili ke Secrate Recipe pada sebelah malamnya untuk meraikkan hari jadiku ini...

Hadiah dari yang tersayang? Hanya ucapan sahaja.....dah memadailah. Anak-anak? Langsung dema lupa untuk mengucapkanya. Terlupa sebab sibuk dengan aktiviti sekolah yang tak pernah habis.

Apa pun aku gembira kerana masih lagi diberi kesempatan dan peluang olah Allah untuk menghirup udara seperti hari ini dan mengumpul amalan dan bertaubat kepadaNya.
 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info