Saturday, March 19, 2011

Bosannyer…….

thumbnailCAK2T22E

Hari ini hujung minggu….Sabtu yang cukup membosankan sebab cuti sekolah akan berakhir sehari saja lagi…..ini bermakna selama seminggu bercuti Ai tak buat apa-apapun yang boleh ditulis dalam dairy bahawa “Saya sedang bercuti”…aktiviti pun tak menarik langsung. Dok di rumah memanjang dengan membereskan kerja-kerja suri rumahtangga yang tak pernah habis.

Kesian anak-anak pun ada sebab  mereka juga terpaksa menghabiskan masa cuti hanya mengadap buku-buku sekolah dan berhibur ala kadar saja dengan menonton ASTRO. Paling gah pun mereka cuma ikut papa mereka tengok perlawanan bolasepak kat stadium Ipoh atau padang PUO saja. Yang girl pulak lepak dengan Ai kat umah saja…sian kan?

Jadi…hubby cadangkan Ai pergi jer mesyuarat agong koperasi guru kat SMK Ampang pagi ini pukul 9.00. Katanya dapat juga Ai jumpa kawan-kawan dari sekolah lain dan dapat wang saku RM25. Ye lah RM25 tu sebagai adiah bagi yang rela hadir. Selama Ai jadi ahli koop ni baru kali ini Ai terbuka hati nak pergi meeting sebab selalunya Ai asyik ada komitmen lain saja.

Masa Ai sampai dewan cuma ada tak sampai pun 15 orang ahli yang ada. Nasib baik jumpa kawan-kawan lama yang dah pindah sekolah. Tunggu punya tunggu jam dah pukul 10.00….nampaknya meeting kali ini terpaksa dibatalkan sebab tak cukup ahli, cuma kekurangan 12 orang ahli saja lagi. Wang saguhati RM25 kami dapat jugak la….

Call hubby suruh jemput ….sebagai upah dia ajak Ai makan nasi kandar lauk otak kat Pekan Ipoh Lama. Meskipun selera kami berbeza, Ai tak berkira sangat sebab hubby punya pasal kita ikut saja….

Kebetulan Ai belum jamah sarapan…so nasi kandar otak itu selamat Ai sapu licin. Siap tapaw pasembor lagi untuk anak-anak dan mak mertuaku.

Friday, March 18, 2011

MAN Juara Raja Lawak 5

188377_151683708224848_100001496599801_331040_2481286_n

Betul tekaan Ai dan hubby bahawa MAN akan menjadi juara kali ini. Persembahan Man dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak malam tadi telah melayakkan beliau bergelar Juara Raja Lawak 5. Tahniah Man ! Anda betul-betul hebat….

Wah ! Bertambah manis lagi Man juga berjaya membawa pulang wang kemenangan RM 100,000.00 disamping beberapa hadiah iringan lain dan juga trofi Raja Lawak. Persembahan Man malam tadi betul-betul best terutamanya semasa beliau menyanyi sambil berlawak .

Ai juga telah menduga bahawa naib juara tentulah Kumpulan R2. Lawak mereka juga hebat. Kumpulan Balas cuma mampu mendapat tempat ke tiga walaupun sebelum itu undian memihak kepada mereka iaitu tempat teratas. Walau apa pun kumpulan ini tidak dapat lari dari menyelit unsur-unsur double meaning dalam lawak mereka. Mungkin pada pendapat orang lain tindakan ini sekadar jenaka sahaja dan tidak melebihi batas tapi Ai yang menonton bersama-sama anak-anak yang sedang membesar rasanya kurang sesuai sangat….

p/s Macam biasa lawak pengacara JOZAN benar-benar menghiburkan disamping tetamu undangan Jamal Abdillah.

Ini saja yang saya ada, Cikgu……

thumbnail

Ai dah tinggalkan pesan pada murid-murid kelas Ai Tingkatan 2B bahawa yuran sekolah mereka perlu selesai dalam minggu itu juga. Ai tahu bukan semua yang berkemampuan untuk menjelaskan semua tapi Ai ini mudah bertolak ansur dan memahami….. asal bayar , ansur-ansur pun boleh…

Ai panggil pelajar ini dengan panggilan manjanya saja…KECHIK . Sebenarnya ada 3 orang KECHIK dalam kelas Ai tau. KECHIK SATU, KECHIK DUA  DAN KECHIK TIGA….Bukan Ai nak mempermainkan mereka dengan panggilan ini tetapi nak bagi mesra dan mereka pun suka…

Semasa Ai menguruskan kelas amali di bengkel KECHIK muncul bersama seorang teman sekelasnya.

“ Assalamualaikum Cikgu….saya nak bayar yuran sekolah.”

“ Masuklah Kechik…..bapa awak dah dapat gaji?”

“ Belum…..bapa belum dapat gaji lagi…Tapi mak bagi ini.”

KECHIK menghulurkan sebungkus wang siling 50 sen kepada Ai dengan wajah yang sedih. Tentulah Ai terkejut…banyak. Tentu berat KECHIK mengusung wang yuran ini ketika datang sekolah tadi. Macam mana KECHIK bawa Ai tak sampai hati nak tanya….nasib baik tak kena paw kat budak-budak nakal ataupun dirompak. Alhamdulillah selamat.

“ Awak pecah tabung ayam ke KECHIK ?”

“ Ye cikgu…..tabung mak saya dan saya. Emak kata ini saja yang ada RM44.”

Terharu Ai tau bila dia kata terpaksa pecah tabung untuk bayar yuran sekolahnya. Apakan daya mereka orang susah. Ai bersimpati dengan KECHIK.

Siling 50 sen yang berlonggok itu Ai terima dan memberikan resit bayaran pada KECHIK menandakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran yurannya tahun ini.

 

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info