Thursday, December 31, 2009

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .
“setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu…
Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)… ….Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..
Insya Allah
Allahu Akbar !
Selamat Tahun Baru 2010

Selamat tinggal 2009....bersamamu telah terukir pahit dan manis kehidupan insanMu. Aku juga tidak terlepas dari melakar memori sepanjang tahun ini. Hari ini adalah hari terakhir 2009....tiada memori indah terakam sepanjang hari ini...cuma aku bersyukur kerana Engkau masih menyayangiku untuk menikmati hari baru diambang 2010 nanti.

Saturday, December 5, 2009

LASKAR PELANGI


Inilah sebuah novel yang menjadi sumber motivasi dan inspirasiku. Laskar Pelangi buah tangan sulung Andrea Hirata yang digarab dari sebuah pengalaman beliau sendiri semasa zaman kecilnya sehinggalah dewasa dalam mencapai impian hidup. Andrea telah berjaya meyajikan suatu bahan bacaan bermutu yang boleh dijadikan sumber inspirasi anak-anak miskin yang mempunyai impian untuk berjaya walaupun dihimpit pelbagai rintangan dan ranjau kehidupan.

Aku begitu mengagumi beliau kerana meskipun dilahirkan dalam keluarga miskin dimana orang tuanya pula tidak berpendidikan langsung namun dia boleh keluar dari belenggu kehidupan serba kekurangan di Pulau Belitong. Berbekalkan kesungguhan dan impian yang menggunung akhirnya dia berjaya menempatkan dirinya bersama sepupu yang senasib mendaki puncak kejayaan di menara gading di Perancis!

Ah...sebenarnya terlalu indah perjalanan hidup anggota Lasykar pelangi ini untuk kita terokai bermula zaman kanak-kanaknya berjuang menempatkan diri dalam alam persekolahan yang daif yang hampir dituup kerana kekurangan pelajar dan kedaifan. Perjuangan mereka dalam menimba ilmu meski serba kekurangan. Air mataku menitis ketika menghayati pengorbanan insan-insan yang tulus hatinya ini mencari kemajuan diri. Kadangkala aku juga ketawa bila Andrea menceritakan saat-saat lucu dalam kehidupannya. Kisah percintaan mereka juga membuai perasaan....betapa kesetiaan dan ketulusan hati menyuntik semangat untuk mereka terus mengejar impian....

Novel ini sebenarnya terkandung nilai-nilai moral yang tinggi untuk dijadikan panduan kita, semangat setia kawan dan kasih sayang yang menebal antara mereka...Nampaknya aku betul-betul telah jatuh cinta kini dengan buah tangan Andrea Hirata...dan sudah pastinya akan diterokai lagi perjalanan kisah suka duka mereka dalam Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov.....

Thursday, December 3, 2009

Cuti datang lagi....

Masyaallah..........baru kali ini dapat tulis kat wall blog kesayanganku ini. Lupa password le nih kejenye....dah beberapa kali tukar password. terlupa...lastly tukar baru...berhasil..

Sepanjang cuti panjang kali ini tiada aktiviti manarik...macam biasa, jadi housewife sepenuh masa. Pagi...rutin biasa siram pokok, kemas rumah dan masa unt breakfast dan lunch...pukul 3.00 start bermalas-malasan dpn tv tengok astro program...kul 5.00 pm hubby balik kerja...minum petang lak... Malam masak lagi ...makan, masak...itu je.

OOO..senang sikit baru malam semalam dapat bawa anak2 tengok movie kat TGV Kinta City. Filem boxoffice 2012. Best jugak filem ni...anak2 seronok. Dah lama juga mereka tak ke sana menonton...Show tamat 12.30 malam...penat dan mengantuk..tapi enjoy.

Wednesday, October 21, 2009

NGantokknyerr....

Waduh ! betul2 tak larat nk bukak mata pun... ptg tadi lepas tengok cerita SEKAR Baby rasa letih pulak. Masuk tido dulu le. Petang2 sikit buleh bgn. May be opah ngan Tok datang boleh tunjukkan blogspot Baby edit ni.

jam pukul 7.30 ptg maa masih ngantuk. So, lepas solat magrib sambung tido balik.....luruskan tulang belakang...pejam mata.....tarik bantal peluk dan.....mimpi lagi.... sayup2 dicuping telinga masih boleh tangkap suara Mummy panggil makan malam. Aduuuhhh!!! malas nak diner lak. Badan Baby nampak mcm dah naik jer. Biarlah 2 orang tu ( Hannan n Faris) perabih apa yang ada.

Esok la makan. Pi sekolah pagi sok mintak belanja lebih dari Mummy.

Ok....good night.

Tuesday, October 20, 2009

ABAH…….

Dalam kenangan ini…

Ada rindu

Ada kasih

Ada sayang

Ada ria

Ada duka

Ada tangis

Ada tawa

Abah..... segalanya tentang mu kami ingati walaupun kau kini

Tiada disisi.

Semoga damai abah disana

Doa kami semoga tuhan pelihara abah dan menempatkan rohmu disamping hamba-hambanya yang dikasihi.


10 mei 2009

My LoVeLy TeaDy


Melakar memori.....

Hadiah harijadiku tahun 2004 dan 2005 dari Hubby.So sweet.......
Tiada ku berikan namanya cuma satu kuning dan yang satu lagi sleepy ( sebab dari mula-mula dibawa dia tidur dan mengantuk memanjang !).

Tentu semua tertanya-tanya kenapa patung beruang yang jadi hadiah hari lahirku walau aku sendiri dah bergelar ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar. Hanya mereka yang berjiwa sentimental saja yang memahami. Sebenarnya kita dimanja dan dibelai-belai pula bila berdampingan dengan teadybear macam ni ketika bersendirian....itu pandangan aku aje. Setiap orang lain ciarasa dan pandangannya.

Walaubagaimana pun Sleepy dan Kuning telah lama menjadi sebahagian daripada koleksiku. Selalunya ku bawa di ke tempat tidur. Kemudian ku simpan saja mereka bersama-sama yang lain disatu sudut.Terima kasih sayang kerana menghadiahkan aku dua beruang manja ni!
 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info