Tuesday, November 30, 2010

1 Disember…..Bonus RM 500 - ok la tuuuuu

Sepanjang minggu peperiksaan SPM ini Ai amat letih dan tak cukup masa….. Semua nak kena buat tergesa-gesa…jadual harian ( yang sepatutnya bercuti ) jadi padat semacam pulak. Jangan harap lah nak berFacebook atau update belog atau blogwalking…nak siram pokok bunga pun tak sempat…

Lepas bertugas ,Ai akan ambil anak-anak dari rumah mertua kemudian siapkan makan malam. Sebelum bersantai depan Astro buka lappy lihat Facebook…tak ada mood nak tulis status….kengkawan pun tak da nak bagi apa-apa komen atau berita kat wall Ai…pastu buka belog…satu agenda wajib sebelum tutup lappy.

Sebelum masuk tidur ada lagi kerja tu…keluarkan bahan dari icebox untuk persediaan masak pagi esok. Ai pastikan arlam menjerit 5.30 pagi supaya Ai sempat bereskan semua kerja memasak untuk bekalan anak-anak sepeninggalan Ai nanti….

Selalunya semua dah selesai sekitar jam 6.15 pagi….Rasanya Ai cukup penat sangat dengan jadual baru Ai ini. Iphone Ai dah dua hari tak boleh pakai sebab tak sempat nak bayar bill kat Maxis….itulah sebabnya Ai jarang nak berblogwalking dengan iphone…kesanya traffik belog Ai yang dah kurus ni makin susut !!

TAPI…..sekurang-kurangnya Ai rasa dihargai juga sebab esok 1 Disember…horeyyy ………….kan esok dapat Bonus RM500 ? OK la tuuu

Saturday, November 27, 2010

KELATE–ESAIKLOPEDIA………. ( bhg 1)

Ramai pulak yang berminat nak belajar loghat Kelate…..mungkinkah mereka mahu mengorat mek-mek Kelate atau gewe-gewe Kelate yang cun melecun tu..hi hi hi

A

Agah – Sombong , meninggi diri atau berlagak

vector cartoon illustration of an employee smiling

Akok sejenis makanan tradisional…lain tempak panggil kuih akak

( bukan kakak ye)

B

Beledo- Jelly, aga-agar atau lengkung ( sejenis makanan manis )

       Bewok – biawak

         Bekwoh – kenduri kahwin ( hasil dari perkataan Inggeris big work)  

       Bedooh lalu – keterlaluan sangat

C

Collek – Sejenis makanan seperti salad atau pencicah buah-buahan yang masam manis. Sesetengah tempat panggil rojak buah.

Cokeh – cungkil

Cokek -  bagi dia geletek kat bawah ketiak atau pinggang seseorang ketawa dan melatah

D

Dennung – Di sana

Demo – awak

E

Etok – Sejenis kepah. Dimakan secara salai

Eppek duduk dalam keadaan yang menghimpit kepada seseorang

Cukuplah setakat ini dulu pelajaran kita hari ini…..kita jumpa lagi…

Doa yang mustajab……Ikuti 9 petua Rasulullah

Selalunya kita sering tertanya-tanya adakah Allah akan memakbulkan semua doa-doa kita selama ini. Kadang kala juga kita tertanya-tanya apakah petua yang boleh diikuti supaya dapat mencapai doa mustajab… Berikut ialah petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa yang mustajab….

1. Doa anatara azan dan iqamat

2. Sepertiga malam yang terakhir seperti sabda Rasullah “ Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman..” Sesiapa yang berdoa kepada Ku, maka aku akan menerima permintaaanya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada KU maka Aku akan mengampuninya”

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda ; “ Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil , orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah akan mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka “

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : “ Aku dilarang membaca al Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud , maka perbanyakkanlah doa ketika itu”.

5. Hadis Abu Hurairah, r.a Nabi s.a.w bersabda : “ Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok , pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat, jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda : “ Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkannya “ Apabila beliau berwuduk ( dan mengerjkan solat malam? solatnya akan diterima Allah.

7. Ata bin Abi Rabah berkata : “ Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda : Sesiapa yang membaca surah yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadis daripada Abu Hurairah, rasulullah bersabda : “ Doo seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata : Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

9. Hadis daripada Abu Hurairah : Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu Baginda bersabda “ Pada hari Jumaat itu ada suatu saat , bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu .”

Hobi pelik dan jarang orang buat…

 

Cuba lihat foto diatas……cute kan baby tu. Selalunya sifat baby adakan teruja dan seronok bila lihat imej sendiri dalam cermin….tambahan pula jika diagah dia akan ketawa berdekah-dekah.

Ai cuma nak share tentang beberapa hobi atau perangai pelik beberapa individu yang terdekat dengan Ai. Kadangan kala kita tak sedar bahawa perlakuan kita itu menjadi trademark bagi kita.

Anak Ai yang yang kedua 13 tahun umurnya, sejak kecil lagi dia sangat suka melukis dan menghafal nama-mana bendera negara di seluruh dunia ! Bukan itu saja lagu kebangsaan mereka pun dia minat. Jika ada masa dia akan buka youtube semata-mata untuk mendengar lagu kebangsaan beberapa negara pilihan dia….

Jika hobi kumpul setem tu bukanlah sesuatu yang pelik tapi jika mengumpul pembalut gula-gula tentu ganjil betul tak ? Ai ada seorang kawan semasa zaman kanak-kanak dulu. Dia ni seorang yang sangat obses dengan gula-gula dan gemar mengumpul pembalutnya. Koleksi pembalut gula-gulanya yang pelbagai warna dia simpan baik-baik dalam bebrapa buah kotak kasut…kan pelik tuh? Bila dah dewasa sekarang tak pasti pulak dia masih teruskan lagi minat dia ini atau tidak.

Ai juga ada seorang student perempuan yang punyai hobi pelik juga iaitu mengumpul getah pemadam. Getah pemadamnya bebagai bentuk dan warna. Apa yang menghairankan dia sanggup mengusung kesemua getah pemadamnya dalam beg sekolahnya!

Semasa Ai bersekolah di asrama dulu Ai pernah berkawan dengan seseorang yang mempunyai hobi unik iaitu mengumpul rambut-rambutnya yang gugur dan menyimpannya dalam  sebuah balang ! Korang boleh bayangkan sendiri selama setahun sebanyak mana dia dapat mengumpulnya…..

Jikalau hobi mengumpul jersey bola bukan lah sesuatu yang pelik malah menjadi kegilaan bagi peminat bola sepak. Mr hubby dan my son jugak suka sangat dengan jersey bola tetapi jika hobi memneli dan mengumpul tuala mandi Ai rasa jarang di lakukan. Hal ini terjadi pada seorang rakan Ai. Dia ni gemar sangat membeli tuala pelbagai saiz dan warna atau corak. Dalam almarinya sampai penuh dengan tuala dan yang peliknya tidak pulak dia menggunakan tuala-tuala tersebut….

Selagi hobi yang kita buat itu tidak bercanggah dengan agama , undang-undang dan tatasusila kehidupan terpulanglah..tetapi jika ianya akan menyusahkan orang lain dan diri sendiri itu tidak wajarlah kan. Korang ada hobi unik tak ? Ai tidak ada hobi yang pelik-pelik setakat suka berwindow shoping tu rasanya bukan sesuatu yang pelik kan?

Friday, November 26, 2010

Apa keistimewaan wangian

rose

Menurut Iman Syafie..Antara perkara yang dapat menguatkan tubuh adalah dengan mencium bauan yang harum

Nah , sekarang dah terbuktikan bahawa bau yang wangi atau wangian amat penting untuk proses tubuh. Sesiapa pun akan menyukai persekitaran yang bersih dan wangi…badan, bilik, kediaman, pejabat malah kereta pun mesti disembur pewangi. Apabila mencium wangi-wangian roh menjadi kuat, apabila roh menjadi kuat maka akan kuatlah segala anggota tubuh. Wangi juga sering dikaitkan dengan sifat syurga !

Masa disunatkan memakai wangi-wangian

1. Solat

2. Membaca Ai Quran

3. Pergi ke masjid

4. Menyambut hari raya

5. Bertemu dengan tetamu

6. Bersama suami isteri

7. Pada hari Jumaat

8. Menuntut Ilmu

Thursday, November 25, 2010

Mari Belajar Kecek Kelate….

 

kelantan

                                                                 Imej dari Google

Masa mula-mula kahwin dulu Ai jadi cikgu pada hubby Ai….. ajar dia loghat Kelantan bagi memudahkan dia berkomunikasi dengan famili Ai dan orang-orang kampung ! Mr hubby anak jati Perak jadi banyak juga bahasa Kelate dia tak berapa faham. Langkah pertama Ai ajar dia yang basic saja…yang paling penting ialah beberapa perkataan semasa berkomukasi di tempat awam contohnya..

Ambo – Saya

Kawe – saya

Demo – Awak

Gu – kawan

Ok, itu saja yang  dia kena hafal…. seterusnya Ai ajar matawang pulak supaya senang berurusan di kedai atau pasar nanti

Pitih – duit / wang

Rgial – ringgit

Samah – 50 sen

tiga amah – RM 1.50

Perkataan yang lain seperti ada an atau ang di belakang serti makan, ikan, pekan, tulang , hutan…bunyikan e jer kat belakang…jadi make, ike, peke, tule dan ute…..mudah jer kan ? Bab ini dia pakar….tapi jika lain-lain perkataan  yang menggambarkan terlampau atau paling itu yang susah sikit dia nak ingat contohnya

Paling putih – putih sueh

paling hitam – ite lege

paling biru – biru kettu

paling mereh – megroh megre

paling manis – manih leting

paling masin – masin perak

paling comel – comel lotte

paling bising – gege gegok

Ai ajar juga dia dengan beberapa perkataan lain supaya dia faham

Besen – ese

mangkuk besar – jeluk

Kukur kelapa – kore

straw – peleting

pembaris – kayu ro

pemetik api – mecheh api

mancis – gesek

minuman berkarbonat – air geh

Jambatan – gertok

Tudung – kelubung

Mr hubby makin pening dan konfius dengan bahasa Kelantan….tapi itu dulu ..sekarang dia dah terror dah…cuma slanga dia ajer kekadang mirip orang Patanni !

Warna…contengan…itu SENI…

 

Masa zaman sekolah dulu subjek yang paling suka ialah Seni Lukis. Wah! jangan tak tahu Ai selalu dapat markah yang tertinggi dalam kelas dan selalunya cikgu suka jadikan hasil lukisan Ai itu sebagai rujukan dan pamer dalam kelas.

Bangga kan?

Waktu Ai ambil peperiksaan SRP dulu pun Ai ambil paper lukisan ni sebab terlalu minat. Waktu itu jika paper lukisan dan Agama Islam hanya subjek pilihan. Calon boleh memilih samada nak ambik subjek agama Islam atau Lukisan. Ai pilih Lukisan , akhibatnya Ustazah Ai melenting sebab kononnya Ai ni salah seorang pelajar yang dia dah masuk list gred A. Ai telah kecewakan ustazah Ai…maka bila subjek Agama Islam Ai kena keluar dan masuk kelas Lukisan dengan berat hati.

Tahu tak apa yang Ai lukis waktu SRP dulu ? Lukisan kisah si Tanggang Anak Derhaka ! Seminggu Ai berlatih lukis di rumah …masa di rumah mama Ai lah jadi gurunya. Masih ingat lagi Ai lukis aksi Si Tanggang sedang seksa Mak nya dalam kapal sambil di perhatikan oleh isterinya yang jelita.

Sekarang Ai tak pula jadi guru Pendidikan Seni…..tak kisah lah minat tetap minat. Paling seronok waktu mengawas peperiksaan lebih-lebih lagi subjek Pendidikan Seni. Pernah seorang pelajar tanya Ai..

Cikgu, sotong kalor ape ye ? 

Agak-agak korang lah kan sotong hidup warna apa ya ? Sudahnya Ai lihat pelajar tu warnakan sotong dengan warna purple.

Pernah juga seorang pelajar melukis pemandangan di air terjun….ada banyak batu-batu besar. Tapi yang peliknya tak pulak nampak air terjunnya…Ai tanya mana air terjun yang sepatutnya dia lukis…

Ala…ini waktu kemarau, air dah kering lah cikgu…

Macam-macam daya imaginasi mereka kan ?

Ok…tengok gambar kat bawah ni pulak…..hasil karya seorang abang

Dah jadi rupa allien dah baby tu kan?

 

Maka, jika korang ada anak-anak yang berbakat macam ni baik simpan semua warna dan marker pen…..bukan setakat dinding dan lantai saja dia conteng muka si adik pun di lukisnya juga….Memang KREATIF..

Inilah yang dikatakan….

bila warna + contengan = SENI

Make Up mata….kecil jadi besar

731

Semua orang dalam dunia ni mahu kelihatan cantik. Cantik tu kata orang subjektif….entah Ai pun tak berapa nak faham sangat. Cuma Ai tahu jika seseorang wanita atau gadis yang cantik jelita itu mesti memiliki ciri-ciri ini…

1. Cantik fizikal – wajah cantik,hidung mancung, muka tirus dan dagu runcing, mata bulat bundar….bibir seksi kata orang dulu-dulu bak delima merekah. pinggang ramping , leher jinjang…bla bla bla

2. Cantik dalaman – Bab ini lah yang penting…jika lelaki yang ingin cari pasangan pun mereka utamakan yang ini. Ada pegangan agama..itu sudah semestinya lah kan ?Hati mesti mahu baik, luhur, ikhlas, jujur, tahu menghormati orang tua..bla bla bla

Itu pengertian CANTIK versi Ai lah kan…Masa Ai kecik-kecik dulu cukup berkenan dengan make up. Kata mama Ai masa umur empat tahun dah pandai bergincu bagai. Umur enam tahun dah pandai kerintingkan rambut ! Sampailah dah jadi mak orang pun Ai masih lagi minat make up ! Yang paling Ai minat sangat ialah tang mata…..suka tengok mata bulat besar. Kalau pergi majlis kahwin mesti Ai nak tengok make up pegantin terutamanya mata dia….

Pada bahagian mata lah boleh mengubah penampilan seseorang….jika kena gaya nampak menawankan ? Ok kita lihat hasilnya kat sini….macam mana orang Asia make up mata mereka supaya nampak besar dan galak…

asian eye makeup Amazing Asian Eyes Makeup

Imej dari Google

Wednesday, November 24, 2010

Mutiara Kata..pembakar semangat

 

IMG_1634[1]

Masih lagi dalam mode SPM…maklumlah Ai kan terlibat jadi pengawas SPM tentulah N3 pun lebih kepada cerita berkisar suasana perjalanan SPM jugak lah…sorilah jika ada yang jemu , jika Ai pergi bercuti kat mana-mana boleh lah Ai masukkan N3 berkenaan holiday atau jika Ai pi window shoping ker lain pulak N3 nya kan?

Nampak tak papan tanda dalam gambar di atas tu ? Semua sudah maklumkan jika ternampak papan tanda cam ni….tak boleh bising-bising, jalan pun kena perlahan-lahan jangan hentak-hentak kaki bila melintas tepi dewan…nanti mengganggu tumpuan calon-calon pulak.

Waktu rehat , sementara menunggu waktu sessi seterusnya Ai tinjau-tinjau kejap depan dewan tempat Ai bertugas…sekolah ini adalah salah sebuah sekolah yang bagus juga dalam daerah ini. Ai tertarik pada satu banner yang digantung betul-betul berhadapan dewan peperiksaan…ada di tulis kata-kata motivasi untuk calon-calon. Bila Ai baca dan fahami maksud yang tersirat di dalamnya rasanya tak rugi jika Ai nak kongsikan kat sini. Kita baca dan selami kata-kata indah ini sama-sama…

Bila engkau letih  dan hilang semangat

Allah tahu engkau telah cuba sedaya upaya,

bila tangismu berpanjangan dan hatimu luka

Allah telah mengira airmatamu..

Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meningglkanmu

Allah tetap bersamamu

Bila engkau kebuntuan akal

Maka Allah adalah penunjuk jalan

Apabila engkau telah berazam MAKA

bertawakkallah kepada ALLAH

Mati 15 minit sebelum menduduki SPM

IMG_1636[1]

Keratan Harian Metro Rabu,24 November 2010

Hari ini merupakan hari dua peperiksaan SPM berlangsung….berita yang mengejutkan kita semua yang disiarkan dalam media adalah tentang tragedi yang menimpa sebuah keluarga yang telah kehilangan anak tunggal lelaki mereka 15 minit sebelum menduduki SPM.

Ai amat bersimpati dan mengucapkan takziah di atas pemergian adik Hazizul  ( dalam gambar di bawah )yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menerima taklimat peperiksaan di sekolahnya kira-kira pukul 7.45 pagi semalam di sekolahnya. Berita lanjut boleh di sini . Al fatihah untuk arwah.

IMG_1635[1]

Memang sudah suratan beliau pergi menemui Penciptanya ketika hari pertama peperiksaan besar yang akan menentukan hidupnya. Belum pun sempat kedua ibubapanya melihat kejayaan anak kesayangan , takdir telah menentukan segalanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya…

Tuesday, November 23, 2010

Hari Pertama SPM…..

 

Imej dari En Google

Hari ini bermulalah peperiksaan SPM bagi tahun 2010. Kali ini Ai jadi pengawas peperiksaan SPM di sebuah sekolah berhampiran dengan kediaman Ai. Selamat menduduki peperiksaan lah buat semua anak murid Ai serta calon-calon yang lain. Semoga anda semua di permudahkan oleh Allah dalam urusan menjawab soalan peperiksaan ini,

Sebenarnya N3 kali ini Ai cuma nak ceritakan suasana hari pertama peperiksaan penting seperti ini bermula. Ai tak mau lah nak tulis pasal teknik-teknik meningkatan kecekapan minda atau cara mengingat dengan betul sebab itu semua semua calon mesti kuasai awal-awal lagi kan…

Macam-macam kerenah calon yang Ai sempat perhatikan tadi. Ada yang melangkah dengan yakin dan bersemangat sekali ….ada yang pucat mukanya..tentu gementarlah ni kan. Ada yang terlupa bawa dokumen penting yang mesti ada ketika menduduki peperiksaan…

Tapi kan Ai paling suka waktu peperiksaan berlangsung…..semua khusyuk menjawab. Dewan pun senyap saja….mereka semua nampak bersemangat sekali menjawab. Alhamdulillah..berkat usaha mereka mengulang kaji pelajaran akhirnya mereka dapat menjawabnya dengan baik. Semoga kejayaan milik mereka semua…Amin !

Monday, November 22, 2010

YOU ARE SWEEET BLOGGER LIKE CANDY

 

Terima kasih Miss Nani http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/

untuk award ini….

Saya tag rakan blogger ini

1.zairie

2.Adik cute Yeidpozi

Sori ye Miss Nani chomey sebab Ai dapat tag 2 orang jer..itu pun tenet slow….

MINYAK WANGI MAHAL VS TELUR REBUS

Imej dari Google

Semua orang suka wangi wangian kan ? Ya lah kan bau yang enak atau harum itu boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang.Tidak hairan lah jika ada yang sanggup berhabis duit semata-mata membeli minyak wangi yang berjenama yang hangat di pasaran. Ai sendiri pun mempunyai koleksi berpuluh-puluh minyak wangi dalam simpanan. Ai tak kisah jika ianya murah atau mahal jika Ai mampu dan berkenan Ai akan beli. Selalunya Ai tak akan belanja lebih daripada Rm300 untuk minyak wangi. Berpada-pada lah…itu pun jika berkenan yang mahal pun Ai akan beli yang paling kecil- miniature jer. Ai sebenarnya suka tengok botol-botolnya yang berbagai bentuk dan warna itu…

Boleh dikatakan setiap hari Ai akan sembur wangian yang berlainan sebelum keluar ke sekolah. Selalunya Ai akan simpan satu yang kecil dalam handbag untuk waktu sesak. Losyen tangan pun penting juga tau…ye lah lepas makan atau keluar bilik air ker selain sabun selalunya Ai akan lumur sedikit losyen tangan. Kerja guru ni selalu di kelilingi pelajar yang ramai…kenalah jaga keperibadian kan? Lagi satu , para pelajar Ai yang girls tu suka salam dan cium tangan cikgu-cikgu mereka setelah tamat kelas !

Sebetulnya Ai nak cerita satu cerita lawak bodo lah pasal minyak wangi ni…tentu ada di antara U all dah pernah dengar cerita ini..tapi tak pe lah sebagai terapi jiwa…untuk ketawa kan.

Seorang lelaki masuk kedalam sebuah lift untuk ke tingkat 12. Belum pun pintu lift tertutup, seorang wanita muda yang bergaya tetiba meluru masuk lalu menyembur minyak wangi yang mahal… sambil memperagakan botol minyak wanginya yang comel dan mahal dia berkata ..

“ Georgio Armani, Beverly Hills RM400 sebotol”..Kira angkuh lah..

Sampai kat tingkat 8 seorang wanita lebih bergaya masuk. Semua mata tertumpu padanya. Wanita ini pun keluarkan minyak wanginya dari dalam beg dan menyemburnya sambil berkata..

“ Vecinza, Itali Rm1000 sebotol !”

Keangkuhan kedua-dua wanita kaya ini mendidihkan darah si lelaki tadi…sampai tingkat 12, lift berhenti dan pintu pun terbuka…dengan sekuat daya yang dia ada , lelaki tadi melepaskan KENTUT nya dalam lift sebelum beredar seraya berkata dengan bangganya..

“ Telur rebus , gerai mamak, 50 sen sebijik !”

Ha…ambik kau ! Tenggelam semua bau minyak wangi yang mahal tadi…..

Sunday, November 21, 2010

Kelas matematik di pasar …….

education-quotes

Pagi minggu semalam Ai ke pasar…..biasalah mahu berbelanja barang-barang memasak dan membeli stok barang basah buat seminggu. Sebenarnya amat jarang Ai ke pasar sebab biasanya waktu perniagaan mereka awal pagi saja…jika kita sampai dalam pukul 11 atau 12 tengahari alamatnya dapat barang-barang yang tak berapa bagus lah kan….yang berkualiti banyak dah habis.

Ai singgah satu gerai mahu beli lengkuas dan serai…..penjualnya seorang remaja lelaki yang Ai agak umurnya dalam 20 tahun. Kira lepas SPM lah kot…..Ai pilih 2 tongkol lengkuas dan bagi dia timbang…

“ Kak, 7 x 4 berapa ya? “ tetiba jer dia bertanya…. Ai jadi agak tercenggang jugak lah kan…apa dia nak uji sifir Ai ker atau dia tak tau mengira.

“ 28 dik. Kenapa…?” jawab Ai…dia buat-buat selamba sambil senyum.

“ okeh, RM 2.80…” Dia bagitahu Ai harga lengkuas. Ai angguk. Kemudian Ai ambil seberkas serai…katanya 50 sen satu berkas.

“ RM2.80 campur 50 sen berapa kan?” Tanya dia lagi….Ai tambah hairan. Budak ni tak tahu mengira ker? Jika tak tahu bawalah kalkulator macam makcik sebelah tu. Dia masih menunggu respon dari Ai bila tengok Ai diam membisu jer.

“ RM3.30 lah dik…..” kesian pulak Ai tengok dia terkial-kial mengira dengan jari tangannya. Gelagat dia itu menginggatkan Ai dengan anak murid ai yang baru belajar mengira.

Ai menghulur not RM 10 padanya…..Dahinya berkerut tetiba

“ Sepuloh tolak 3.30 berapa bakinya ya kak?”

Ai dah agak dah…dia ni tak berapa mahir dalam kira mengira ni.

“RM 6.70 bakinya pada saya…” Jawab Ai.

Penjual ini menghulurkan RM6 pada Ai nak mintak izin untuk pergi tukar duit kat gerai sebelah dan datang balik dengan menyerahkan 70 sen pada Ai.

 

Kesian pulak ai dengan penjual muda ni. Agaknya dia terpaksa menolong orang tuanya kat gerai ni . Itu lah betapa pentingnya pelajaran bagi semua orang kan? Walaupun bukan kerja pejabat atau kerja apa sekali pun matematik tu penting. Asas kira mengira amat perlu ….ha tengok nak jadi pembantu gerai pun kena tahu sifir dan bijak dalam kira mengira ni kan?

Kejadian sebentar tadi seperti satu simulasi pelajaran matematik bersama pelajar di kelas pulak….

Ai tak boleh bayangkan jika pelanggan dia datang beli barang dalam kadar yang banyak dan bagi pulak not yang besar apa akan jadi pada penjual ni? Ai bukan nak memperkecilkan dirinya tetapi bersimpati……

Saturday, November 20, 2010

Misteri lagi….

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Gambar kredit kepada http://gambar-photo.blogspot.com/

Kali ini Ai saja nak tulis tentang kisah seram pulak……Kot la nak seram pun jika awak semua baca tapi bagi Ai ianya satu pengalaman yang menankutkan tau… Sesuai sangatlah masa Ai tulis N3 ni jam menunjukkan pukul 12.30 malam ! Kisah ini Ai sendiri yang mengalaminya…bukan rekaan atau merapu. Gambar kat atas tu saja Ai ambil dari Encik Google…bagi rasa scary sikit bila nak baca. Tengok mata dia berkilat semacam tenung kita kan…….teruskan membaca jika mahu….

Bayangan Lembaga Tinggi

Waktu ini Ai masih remaja dan tinggal kat asrama. Waktu kejadian Ai balik bercuti kat kampung. Semasa cuti selalunya Ai akan membantu mama Ai berniaga kuih muih. Subuh hari mama Ai akan bangun untuk menyediakan juadah untuk jualan. Ai pulak akan membantu dan menemaninya. Kampung Ai tiada kemudahan bekalan air paip jadi tugas Ai lah menimba air dari perigi. Macam selalu Ai akan pakai timba untuk mencedok air dari perigi… bertemankan pelita minyak tanah Ai penuhkan baldi-baldi tu dengan air untuk kegunaan kami. Masa tu subuh belum masuk lagi jadi suasana gelap dan dingin jelas terasa…tiba-tiba saja ai terpandang kelibat satu lembaga seperti manusia melintas perlahan-lahan di hadapan Ai. Beberapa ekor lembu peliharaan arwah abah Ai yang kebetulan ditambat di bawah pohon kelapa bertempiran lagi seperti terkejut. Ai jadi panik sebab dalam suasana yang suram ai nampak sesusuk tubuh yang amat tinggi tapi tak jelas wajahnya. Makin lama dia makin mendekat…..kini dia betul-betul berada di hadapan Ai dan belum sempat Ai buka mulut dia terus ghaib entah k mana !

Bermain Guli

Percaya tak jika Ai cerita yang makluk halus pun pandai main guli ? Ai dah mengalaminya….baru saja dua tahun lepas! Kami baru saja berpindah ke rumah baru kami sekarang , jadi suasana pun agak janggal sikit , maklumlah kan tempat baru…. waktu kejadian ini Ai dan famili sedang menonton Astro pada sebelah malam. Jika tak silap Ai waktu tu dah pukul 12 malam. Kami semua berada di tingkat bawah kat ruang menonton. Tetiba saja bunyi macam orang bermain guli kat tingkat atas….bunyi itu datangnya dari bilik tidur utama. Ai benar-benar terkejut dan beranikan diri memeriksa bilik itu bersama suami dan anak-anak. Bila saja lampu di pasang tiada apa-apa berlaku pun. Dua hari kemudian bunyi aneh yang lain pulak…bunyi macam pasir bertaburan di atas atap rumah. Kali ini Ai terpaksa beritahu mertua sebab anak-anak pun selalu dengar bunyi pelik ni. Akhirnya bapa mertua minta tolong seorang ustaz menghalaunya. Alhamdulillah sudah tiada lagi gangguan itu.

Perempuan Cantik

Ini lagi satu misteri……Ai cerita pada kawan-kawan akan hal ini tapi semua cakap yang Ai ni mengigau la, khayal lah, bermimpi dan sebagainya. Namun Ai yakin Ai waktu itu sedar…tidak tidur atau bermimpi apatah lagi berkhayal. Buat apa Ai nak khayalkan seorang perempuan cantik pulak kan? Waktu itu ai agak-agak hampir subuh kot…Ai terjaga tiba-tiba walaupun iphone yang Ai setkan arlam belum lagi berteriak. Semasa Ai terkebil-kebil itu lah mata Ai terpandang satu susuk tubuh sedang berdiri tegak berhampiran katil Ai ! Mulut Ai terkunci rapat dan tidak boleh bergerak langsung. Hati Ai menjerit-jerit ketakutan dan ingin mengejutkan hubby yang masih lena di sebelah namun semuanya tiada kudrat. Tetiba saja perempuan itu datang berdiri disamping Ai. Ai nampak jelas wajahnya dalam samar-samar lampu koridor yang terbias masuk ke kamar. Ai panik dan menjerit-jerit namun itu semua bergema dalam hati saja. Ayat-ayah suci Ai baca tunggang langgang sebab terlalu takut sangat….Perempuan itu bersuara…..Ai ingat lagi apa yang dia bertanya pada Ai tapi Ai tak berapa pasti….Ai tak mampu menjawab apa-apa pun dan dia dah mula marah….Ya Allah masa ini lah rupa dia bertukar jadi hodoh sesangat ! Lagi la Ai makin takut….rupa dia yang jelita pun Ai nak pengsan inikan pulak dalam rupa yang macam ni. Kemudian Ai tak tahu lagi apa yang berlaku sebab sebaik saja azan subuh bergema dari masjid yang bersebelahan rumah Ai bayangan ini terus menghilang ! Kejadian ini Ai ceritakan pada hubby..macam selalu lah dah dapat agak apa respon dari hubby…awak mimpi tu….

Kat sekolah Ai rasa tak berapa senang nak mengajar, asyik dok teringat kejadian dinihari tu….Ai pulak terfikir …rasa macam pernah nampak jer perempuan ni kat mana ya ? Ai kenal ker ? Apa dia nak dari Ai ? Siapa dia ? Wujud ker atau hanya illusi semata-mata seperti kata teman-teman.

Apa pun Ai bersyukur yang Ai ini masih mengingati kekuasaan Allah lebih hebat dari semuanya. Ai tak perlu gusar atau takut apa-apa pun selain dari Allah.

Sebenarnya masih banyak lagi pengalaman-pengalaman seperti ini yang Ai alami mungkin Ai akan tuliskan kat sini suatu masa nanti…..sekadar hiburan semata !

Friday, November 19, 2010

Kerana Sebuah Dairy…….

cute cartoon couple

Salam semua….hari ini Ai sangat gembira sebab esok sekolah dah mula bercuti panjang !! Sangat teruja sebab inilah masanya nak habiskan projek decoupage atau folk art yang selalu terbengkalai …… lagi satu Ai ada pasang angan-angan untuk belajar menjahit pulak..wah banyak betul lah projek…tapi sayang rasanya tak dapat buat semua itu sebab Ai kena mengawas SPM !

Bila Ai dok blogwalking tadi tetiba teringat kisah zaman remaja dulu….ini semua sebab melawat blog anak2 remaja yang cun meluncun tu lah…sekarang banyak cara untuk meluahkan rasa, idea dan bakat melalui pelbagai cara. Berblog adalah salah satu cara…sebagai medan untuk anak-anak remaja berkarya. Ada yang jadikan blog seperti dairy kecil yang mengabadikan semua kenangan mereka tak kurang juga jadikan blog sebagai medan berkarya…

Zaman Ai dulu mana ada semua ini….kami mencatatkan semua kenangan manis, pahit dan lucu yang berlaku dalam kehidupan dalam sebuah dairy ! Setiap tahun sebuah dairy akan disediakan. Sudah namanya dairy dah tentu ianya mencatatkan sesuatu catatan kehidupan dan kita selalu menganggap ianya sesuatu yang berharga dan terlalu peribadi. Tiada seorang pun yang boleh membaca tanpa keizinan tuannya ! Walaupun orang tua sendiri!! jangan tak tau…Ai sendiri ada beberapa buah dairy yang siap dengan mangga kunci kecil lagi !!!

Ada kisah disebalik buku yang bernama dairy ini…..waktu itu Ai dalam sekolah menengah , …kecik lagi lah waktu ni. Masa itu Ai berkawan rapat dengan dua orang teman sebaya….tentulah perempuan! Kami bertiga memang berkawan baik, kemana pergi pasti bersama….walau ke toilet sekali pun. Biar ai namakan dia orang ni dengan panggilan manja saja si Mek Jah dan Mek Ning jer…. Dua-dua lawa dan manja tapi mereka berdua tak berapa tinggi. Macam Ai jugak lah kan….

Antara kami bertiga Mek Jah lah yang paling lawa…putih, rambut ikal ( Masa tu jahil tak bertudung pun) , mata bolat besar dan gigi putih berseri-seri. Pendek kata jika kami bertiga melenggang depan kelompok pelajar lelaki mesti mereka akan mengorat si Mek Jah…Lama kelamaan Mek Jah tersangkut pulak dengan sorang senior kami yang memang hebat dan berbakat. Dia ini memang menjadi pujaan ramai pelajar perempuan kat sekolah kami sebab selain dia pandai , dia juga pemain bola sepak pasukan sekolah….kira hebat lah tu.

Waktu Mek Jah bercouple ngan Wan, Mek Ning dah mula jauhkan diri….kami tak lagi dapat berkumpul macam selalu. Ai lah yang paling merana sebab sudahlah tak dapat berkawan rapat lagi dengan Mek Jah sejak dia dah berboypren ni…Mek Ning pulak buat-buat bosan.

Keadaan berlarutan hingga hujung tahun….kami tidak lagi semesra dulu. Suatu hari dalam sejarah…… kedua-dua orang sahabat Ai ini bergaduh besar kat toilet ! Berlaku adengan cabar mencabar, tolak menolak dan nangis-nangis lagi…waktu ini PJ so semasa kami tukar pakaian di toilet ini lah mereka ambil kesempatan. Ai dan beberapa kawan cuba meleraikan mereka , BUMMMM satu buku tebal kalor pink di baling ke lantai oleh si Mek Jah….Ai kutip. Ai buka…OH ! inilah rupanya punca pertempuran tadi…..dairy pink ini kepunyaan Mek Ning dan Mek Jah sudah terbaca secara tak sengaja….patutlah mereka bergaduh besar rupa-rupanya si Wan ni dah main kayu tiga dengan si Mek Ning. Aduh ! kiranya mereka ni bermadu lah…

Malulah kan sebab seorang lelaki dua sahabat berperang macam ni….Ai sendiri pun tak nak masuk campur. Jika tanya Ai lah dua-dua Ai nak bebel sebab dah tahu yang si Wan tu buaya longkang mereka tangkap jugak…..

Itu kenangan…sekarang ni si Mek Jah tak kahwin pun dengn jejaka popular sorang ni…dengar khabar dia dah ikut suami Mat Sallehnya ke Arab Saudi…hebat lah tu. Jangan tak tahu Mat Salleh tu orang Melayu la ..nama jer . Si Mek Ning pula Ai tak pernah kontek sejak kami sama-sama ke asrama. Tak jumpa pun kat FB! Paling Ai nak tergelak si Wan yang jadi rebutan tu dah buka restoran masakan panas kat kampung dia…..badan dia pun dah tiga kali ganda dari dulu !

Moral citer ni…..jika nak tulis apa-apa yang peribadi harus berhati-hati. jangan dedahkan kat mana-mana….nanti jika terkantoi kan susah….

 

Thursday, November 18, 2010

Petua melembutkan hati suami dan mereka yang sedang marah……

loving 

Gambar dari En Google

Salam semua…petang-petang raya ke 2 sekarang Ai cuma lepak depan Astro jer dengan anak-anak dan hubby. Tak ada planning nak pi jalan-jalan atau ziarah menziarahi sanak saudara atau kekawan sebab raya haji ni selalunya cuti tak panjang. Memasing kena bertugas kembali setelah seharian bercuti raya dengan famili. Tak nak kacau mereka lah….jadi Ai jengah FB dan melawat wall Pak Ngah Farit Ismeth Emir.

Dalam Ensaiklopedia Petua Melayu Lama Pak Ngah ada tulis bermacam-macam tips dan petua untuk kita sebagai rujukan. SelalunyaAi akan copy dan save dalam satu fail semua tips dan petua dari Pak Ngah ni.

Baru-baru ni ai ada hantar sms kat Pak Ngah untuk mintak kebenaran Pak Ngah untuk share dengan kekawan kat belog ini dan dia bersetuju. Jadi kat sini sama-sama kita amalkan petua-petua dari Pak Ngah……….

PETUA MELEMBUTKAN HATI SUAMI

Zikir Pelembut Hati - Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut

1. Ya Aziz

2. Ya Jabbar

3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4.Amalkan juga doa ini:  "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

PETUA UNTUK MELEMBUTKA HATI ORANG YANG SEDANG MARAH

Baca dihadapan orang yang sedang marah itu Surah An 'Nisaa Ayat 84. (Sila rujuk Al-Quran)

Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan." 

 

 

p/s : Kredit to Pak Ngah – Farit Ismeth Emir

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha

aidil adha

Gambar dari En Google

Semalam kita semua menyambut Hari Raya Aidil Adha ! Syukurlah kerana Allah masih sayang pada kita dan diberi kesempatan untuk kita hidup pada hari ini dan seterusnya menghayati makna Korban itu sebenarnya…

Raya Aidil Adha ini kami menyambutnya di Ipoh sahaja….lagipun masa Raya Puasa yang lepas kami dah beraya kat kampung ai di Kelantan. Kira gilir.gilir lah ni…lagi pun sekolah cuma cuti 2 hari saja untuk raya kali ini.

Suasana raya kali ini tak terasa sangat kerana sehari sebelum raya kami masih lagi bersekolah, sibuk menyiapkan tugas-tugas akhir tahun pulak tu. Ai cuma sempat masak rendang pedas ayam malam raya tanpa menyediakan lemangnya….pepagi raya baru sempat  beli kat tepi jalan .

Kemeriahan raya korban tidaklah terasa sangan berbandingkan Aidil Fitri. Selepas solat Aidil Adha kami beraya di rumah mertua lepas tu menziarahi kubur arwah keluarga sebelah suami.

Teringat kampung halaman…..selalunya di kampung Ai Raya Aidil Adha sangat meriah sebab boleh dikatakan semua sanak saudara dan jiran tetangga mengadakan majlis korban . Kami akan bergaotong royong menyembelih, melapah dan membahagikan daging korban. Tengahari pula bertungkus lumus memasak untuk hidangan tengahari. Sudah pasti mama Ai yang sibuk sekali sebab dia akan menguruskan semua itu.

Di kesempatan ini Ai nak mengucapkan selamat hari raya buat semua kawan-kawan yang singgah kat laman ai ini…

 

Monday, November 15, 2010

JAGA JANTUNG ANDA DENGAN CARA PALING SANTAI……

JANTUNG

Gambar dari Google

Sekarang ini bila saja buka paper pasti ada berita tentang kematian mengejut. Kita tidak berapa peduli sangat jika ianya berlaku kepada individu yang tidak dikenali tetapi kita pasti akan berasa terkejut jika ianya melibatkan individu yang terkenal, pemimpin negara atau golongan artis misalnya. Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Shamrin Fotograf yang meninggal secara mengejut. Kematiannya mungkin ada kaitannya dengan masalah jantung.

Penyakit yang disifatkan sebagai penyakit yang boleh mengancam nyawa ini tiada tanda-tanda yang pasti…apabila serangan berlaku ianya telah pun berada dalam fasa yang rumit.

Kali ini ai nak share lah beberapa tips yang berguna untuk kita menjaga jantung kita dengan cara yang paling santai…

1.  Tontonilah filem seram – Ransangan jalan cerita yang seram mampu membuatkan jantung anda lebih kuat. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan kesan yang sama dengan membaca bahan bacaan yang menyeronokkan dan bercinta dengan sejujur-jujurnya.

2.  Punching bag – Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Harvard  mendapati lelaki yang tahu mengeksperasikan rasa marahnya berjaya mengurangkan risiko penyakit jantung berbanding dengan lelaki yang gemar menahan marah. Oleh itu melepaskan kemarahan pada punching beg adalah 100 kali lebih baik daripada melepaskan kemarahan pada orang lain yang tidak bersalah.

3.  Berenang – Para penyelidik  dari United Kingdommendapati lelaki yang membakar sebanyak 50 kalori dalam sehari menerusi aktiviti yang cergas misalnya berenang dan merentas desa adalah 62 kali lebih kurang diserang penyakit jantung berbanding mereka yang melakukan aktiviti kurang cergas.

Senangkan untuk menjaga jantung ? Itu semua ai dapat dari satu artikel daripada Majalah Rapi. Selain daripada itu boleh juga ikut tip ini

- Jangan merokok

- Selalu memeriksa tahap kesihatan contohnya tekanan darah.

- Jaga pemakanan elakkan makanan berlemak dan berkolestrol tinggi

- Mengawal atau mengelakkan tekanan

-Melakukan aktiviti riadah dengan rutin yang betul

 

Saturday, November 13, 2010

Perkara yang amat kita benci tapi terkena…..

Kalau boleh dalam kehidupan kita semua kita nak yang senang-senang, seronok-seronok, manis-manis, indah-indah…..malah seribu satu macam lagi perasaan dan pengalaman yang bagus-bagus buat kita. Siapa yang mahu hidup susah, melarat, sedih, menderita, merasa tidak tenteram, rasa tertekan, merana malah disisih…

Tetapi siapalah kita untuk menentukan perjalan hidup kita ? Ketentuan untuk hidup kita telah pun tertulis dengan teraturnya oleh Allah . Ai selalu ingat pesan mama dan abah bahawa setiap takdir Allah untuk kita ada hikmahnya..

Sekadar menulis saja….ai nak list kat sini beberapa perkara yang amat ai benci tapi selalu terkena…..itu ada hikmahnya.

1. Bila ai turun naik tanggga ai akan berpaut pada pemegangnya-ALAMAK terpegang pulak air ludah kat situ !…..Hikmah ? Ai rasa lebih baik gagahkan diri panjat tangga laju-laju….hasilnya beberapa kilo lemak kat badan ni kian surut!

2. Bila badan kita naik jer orang akan tanya…akak mengandung anak ke berapa? ADUSS tentu panas oooo…Hikmah? Beringat-ingat lah bila jarum penimbang mula naik!

3. Masa ronda-ronda kat shopping mall atau ke pasar tani ker…penjual kat situ selalu tersasul panggil kita MAKCIK ! BENGGANG ….Hikmah?  Sampai sekarang akan bersolek dan bergaya sakan walau nak beli ikan di pasar!

4. Bila hari minggu tentu amat sibuk…masa ini lah nak kemas rumah, masak dan sebagainya. Waktu tengah berpeluh-peluh dan bersungguh-sungguh sapu laman…ada orang datang ! Salesman ker, peminta derma ker atau sesiapa lah yang kita tak kenal menyapa…..Kak, tuan rumah ada? Akak kerja sini dah lama? MASYAALLAH …dia ingat ai ni bibik umah ni apa? Hikmah? Selalulah bersih umah setiap masa….baru lah kurang berpeluh! Nampak cool saja  siap berbaju kurung sepasang , bertudung dan bergincu !

thesimpsons

 

Friday, November 12, 2010

Digantung 189 tahun




Alamak menakutkan betul lah dengan judul posting kali ini ! Bayangkanlah tetiba saja dapat tahu rupaya salsilah keturunannya adalah seorang pembunuh yang mayatnya masih lagi tergantung dalam sebuah almari... Dapatkan info lanjut di myMetro Digantung 189 tahun .


Wednesday, November 10, 2010

Jamuan akhir tahun dan kenangan lalu……

KAD BESDAY BABY

Tak lama lagi sekolah akan bercuti panjang…….semua pelajar semakin teruja untuk menikmati cuti akhir tahun yang akan menjelang minggu depan. Lebih bermakna lagi minggu depan kan dah nak berhari raya Aidil Adha.?

Saat-saat akhir persekolahan ini aktiviti lepas peperiksaan yang amat ditunggu ialah Jamuan Akhir Tahun bagi setiap kelas. Hari ini saja ai dapat beberapa undangan untuk menghadiri jamuan ini dengan para pelajar. Namun ai terpaksa menolaknya kerana ai masih ada kelas….mana boleh kan?

Kenangan sewaktu dibangku sekolah rendah berputar dalam ingatan ai tetiba….

Waktu akhir tahun macam ini kami akan share duit sorang sikit supaya dapat mengadakan jamuan kelas dan meraikan guru-guru yang mengajar kami sebagai mengenang jasa mereka. Kalau ada rezeki lebih biasanya kami akan belikan hadiah untuk guru kelas dan guru-guru mata pelajaran.

Masih ingat lagi ai akan meminta mama ai masakkan sesuatu hidangan dalam kuantiti yang banyak untuk dibawa semasa jamuan itu nanti. Selalunya mama ai akan masak meehoon goreng dan keropok ikan . Semua rakan kelas ai membawa makanan dan kami nikmati sama-sama……

Dalam majlis seperti ini biasanya kami ada buat ucapan…ala-ala luahan hati dan kata-kata penghargaan pelajar kepada para guru….waktu ini ai rasa amat touching sesangat la….kami akan menangis bersama-sama.

Tapi kini…..bila ai dah bergelar pendidik, suasana seperti ini dah berubah. Cara meraikan hari-hari istimewa seperti Jamuan Perpisahan ini dah lain gayanya. Pelajar sekarang banyak duit….mereka boleh meraikan hari ini di restoran kegemaran mereka umpamannya di KFC. McD malah ada di taman-taman reakriasi lagi…..Malah acara pun turut berubah menjadi lebih canggih lagi..contohnya main bowling dan berkaraoke . Walau bagaimana pun tujuan mengadakan jamuan akhir tahun tetap sama iaitu menjalinkan kerjasama rakan sekelas dan memberikan penghargaan kepada guru-guru.

 resize

SELAMAT BERCUTI !

Tuesday, November 9, 2010

Bakat Seni Yang Terpendam…..

 

tadika5

Semua orang mempunyai bakat, bakat yang ada pada seseorang kadang kala tanpa disedari oleh individu itu sendiri….contohnya bakat melukis. Lain lah jika korang memang minat melukis sudah tentulah selalu melukis, melakar atau setidak-tidaknya menconteng. N3 kali ini ai saja nak share bakat melukis yang terpendam pada beberapa individu disekeliling ai.

faris drawing

Lukisan kerja tangan anak ke2 ai Saiful Faris Danial

Di atas ni hasil jerih payah si Faris hero kedua ai yang berumur 13 tahun ! Dia lukis semasa exam mid year yg lalu…..markah? Lulus la…. Tema lukisan  ini ialah pemandangan di air terjun. Ai sendiri tak nampak mana air terjunnya yang dia lukis tapi, ai puji sikap dia ni sebab dia ingin mencuba. Sebenarnya Faris hebat dalam melukis kartun!

 

bb

Hasil kerja tangan Baby Ainin Sofiya

Lukisan di ats ini pulak hasil kreatif adik dia Ainin Sofiya –12 tahun. Baby pun tak lah berapa pandai sangat melukis cuma cepat belajar terutama teknik mewarna. Lukisan ini cikgu dia tampal kat papan kenyataan dalam kelas dia baru-baru ni. Kata Baby dia lukis rumah di tepi sawah. Lucu juga ai sebab Baby tak pernah pun lihat pemandangan seperti ini dalam hidup dia!

stnf

Hasil khayalan pelajar ai

Korang perasan tak gambar apa kat atas ni? Ha, ini adalah lukisan salah seorang pelajar ai kat sekolah. Pelajar lelaki….tingkatan 3. Lukisan ini adalah untuk paper pendidikan seni visual masa mid year exam tahun ni. Ai sendiri pun  tak pasti tajuk sebenarnya…tapi menurut kata cikgunya soalan yang dia pilih ini ialah pemandangan dalam laut! Kira ok lah kan ada seekor duyung yang bertudung ditemani oleh kawan dia seekor obor-obor. Nampak ayu aje duyung ini…ai rasa cuma duyung ini saja yang bertudung kat dunia ni!

HannanDanialnanan

Ehem ! Ehem!…..kat atas ni pulak bakat terpendam ai sendiri….Cuba-cuba nak lukis potret lah konon ni. Gambar pasport di sebelah kiri tu gambar anak sulung ai Saiful Hannan Danial – 14 tahun. Tu di sebelah pulak hasil contengan ai…lucu kan? Ai tau tak sama tapi iras-iras tu adalah…..itu komen ikhlas dari mr hubby ai.

Inilah dia koleksi bakat terpendam dalam bidang seni lukis yang dapat ai paparkan. Mungkin selepas ini ai akan cuba bidang lain pulak….menjahit atau menyulam ker ?

Monday, November 8, 2010

GELIHATI……

ketawa

Semangat untuk berblog bergelora…..lebih-lebih lagi bila kotak chat ai meriah dengan kunjungan dari teman-teman blogger yang singgah bertandang . Blog ai ni kan blog pinggiran…x de yang istimewa langsung. Ai menulis dan membebel pun kerana isi masa lapang…itu pun tak le lapang sangat.

Lepas sediakan makan malam untuk hubby cayang ngan anak-anak, ai pun mula nak jenguk kejap FB…tetiba my baby melompat kat sebelah merengget mintak bukak akaun FB dia la pulak….

Kata Baby dia nak tunjukkan sesuatu yang member dia tag kat FB dia pada ai. Lucu sesangat mummy….cuba baca. Ai pun ikut je lah permintaan si Baby ni..layan jelah… nak tengok?

ni dia ai paste kat sini..harap2 tuan punya tanah x marah dan saman ai lah. Saja nak share dan nak pakat-pakat gelak.

67023_163380433688406_100000493505357_492563_5359997_n

Baby ni la….. cam ni pun dia faham. Anak-anak zaman ICT cepat faham.

SALAH FAHAM……

Cabaran terbesar semua guru adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan pada murid-muridnya. Berbagai kaedah P&P yang digunakan semata-mata mahu mencapai objektif pembelajaran…..

N3 ai kali ini ada kaitan dengan kisah guru jugak….. saja nak share dengan teman-teman blogger semua… kisah ini sebenarnya adik ai yang cerita berdasarkan kisah dari mulut ke mulut semasa dia berkursus untuk peningkatan P & P dulu….

SUATU MASA…….Di sebuah kelas – Tingkatan satu, waktu Bahasa Melayu.

Cikgu Azam ( bkn nama sebenar tau..) sedang mengajar murid-muridnya membina ayat  dengan menggunakan perkataan Walaupun . Beliau dengan penuh kesungguhannya menerangkan bagaimana perkataan walaupun ini digunakan dalam ayat.

Cikgu Azam  : Baiklah …perhatikan contoh ayat ini :-

                      Walaupun Ani cantik, tetapi dia tidak sombong.

                      Sekarang awak pula yang cuba bina ayat dengan perkataan      

                      walaupun.

Mira             : Walaupun saya tidak sihat, saya tetap hadir ke sekolah.

Cikgu Azam   : Bagus! Terima kasih….

Adam            : Walaupun kaki saya sakit, saya tetap boleh berlari.

Hampir semua murid boleh membina ayat. Hati Cikgu Azam lega…Tetapi dia tersentap bila beberapa orang pelajar lelaki di belakang bercakap-cakap semasa dia mengajar.

Cikgu Azam : Muthu ! Apa yang awak bualkan ? Faham atau tidak apa yang kita

                    sedang belajar sekarang?

Muthu dan gengnya menggelengkan kepala…..tak faham. Dia bangun dan bersuara.

Muthu : Cikgu, boley saya tau, apa itu Walaupun?

Cikgu Azam : ?????? Itu lah masa belajar awak main-main. Ni nampak…

Cikgu Azam rasa tercabar dengan kerenah Muthu..dia menggenggam penumbuknya seolah-olah mahu menumbuk bahu si Muthu…. Muthu tersengih-sengih dan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

Muthu : Saya minta maaf cikgu….sekarang saya faham.

ESOK nya……

Muthu dan rakanya datang ke sekolah dengan muka yang lebam-lebam. Cikgu Azam menengur….

Cikgu Azam : Muthu, Rajesh mengapa dengan muka muku berdua nih ? Jatuh ?

Muthu         :  Bukan jatuh….sebenarnya dia kasi Walaupun sama saya dan saya

                     juga walaupun dia balik ( bergaduh/ bertumbuk makna nya tuh)

Moral cerita diatas ialah 1) Cikgu mesti sabar dengan murid dalam keadaan mana

                                          sekali pun. Kan dah salah faham si Muthu 

                                          tu..walaupun ditafsirnya bertumbuk pula .

                                     2) Pelajar pula mesti tumpukan sepenuh perhatian

                                         semasa belajar.

fighting1-500x375

                                                           gambar hiasan dari Enchik Google

Sunday, November 7, 2010

SALAH TIBAI……

sex-education-age-of-consent 

gambar ini dari Encik Google..tiada kena mengena ngan N3 ini

Semua orang mempunyai pengalaman sendiri ketika mula-mula menjadi seorang murid sekolah, atau lebih tepat lagi kenangan sewaktu mendaftar menjadi murid darjah satu ! Banyak kenangan yang tercipta waktu kita mula melangkah ke alam persekolahan kan? Ada yang manis, pahit dan lucu……

Kali ni ai nak share satu pengalaman  ai sendiri ketika mula-mula masuk darjah satu….Kisah seorang classmate ai

HAYATILAH…………

Kisah Mat Top…… ni nama timangan dia sebab dia ni  sentiasa nak top saja dalam apa pun acara yang dia ikut serta. Masa darjah satu , si Mat Top memang jaguh dalam sukan..semua dia sapu dari acara lari pecut 100 meter hinggalah acara lari dalam guni. Malangnya masa zaman kecik-kecik Mat Top cuma mahir bersukan tapi tak pandai dalam pelajaran….bukan setakat tak pandai tapi tak minat langsung!

Suatu hari Cikgu Mat guru  Bahasa Melayu kami masuk…..selalunya dia buka soalan untuk menguji tahap kemahiran mengeja murid-murid dia.

" Murid-murid jika M.A.K.A.N…bunyi ape?”

Makan !” Cepat dan tangkasnya Muniroh ketua kelas menjawab. Murid lain tiada sehebat dia.

Bagus! Ok…Jika L.A.D.A pulak ?”…semua berebut-rebut angkat tangan. Namun Cikgu Mat tidak tertarik langsung dengan kepandaian kami…tetiba matanya tertumpu pada Mat Top.

Ok, Mat Top awak cuba…”

Mat Top bangun dengan lemahnya..tersipu-sipu dan mengeliat. Dia berdiri saja dengan mulut yang terbuka…. Kami dah agak pasti Mat Top tak boleh jawab. Cikgu Mat bersabar….cuba bagi tips pulak kut-kut si Mat Top boleh jawab.

emmmm…benda ni warna merah. Kamu selalu makan dengan…nasi , mee , atau kadang-kadang emak kamu buat perencah dalam masakan.”

Mat Top pejam celik….toleh kiri toleh kanan.

alah….kamu tak kan tak tau Mat Top, yang pedas-pedas tuh!” Cikgu Mat cuba bagi hint lagi.

Mata Mat Top bersinar-sinar…dia tersenyum.

oooo saya tau cikgu…..SAMBAL! Yeaahhhh!!!!”

Semua mata tertumpu pada batang tubuh Mat Top. Cikgu Mat kecewa …gagal dalam cubaan mengajar Mat Top mengeja…Rupanya LADA disebutnya SAMBAL… Gamat kelas dengan ketawa kami!

12071566222112604134iolco51_Cayenne_red_chili_pepper.svg.med

L.A.D.A = SAMBAL ( Versi Mat Top)

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info