Monday, December 20, 2010

RATUSAN BURUNG GAGAK PETANDA MALAPETAKA….

IMG_2112

IMG_2113

Keratan muka depan dan belakang akhbar KOSMO 21 Disember 2010.

Semalam kita semua dikejutkan dengan berita tentang kemalangan yang mengorbankan 27 orang penumpang dan pemandu sebuah bas ekspress di Kilometer 15, Jalan Simpang pulai-Cameron Highlands. Penumpang yang terbunuh ialah 25 pelancong asing dari Hatyai, Thailand.

Apa yang menghairankan ialah sebelum kejadian malang itu ratusan burung gagak tiba-tiba muncul dan membuat bising diatas bumbung hotel tempat 37 orang pelancong tersebut menginap. Menurut kaki tangan hotel di Cameron Highlands berkenaan, burung-burung gagak tersebut sebelum ini tidak kelihatan di situ tetapi telah datang sebaik saja para pelancong berkenaan telah mendaftar masuk. Sebaik sahaja 30 minit burung-bunrung gagak tersebut telah meninggalkan bumbung hotel berkenaan, para pelancong asing itu telah berangkat pulang dengan menaiki bas berkenaan untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Siasatan masih dijalankan oleh pihak berwajib untuk mengetahui punca kemalangan. Kita amat bersimpati dengan keluarga mangsa terutamanya pemandu bas iaitu Omar Shahidan, 48 tahun .Berita tentang nahas ini boleh dibaca di sini

################################

Al- Fatihah….

Ai juga mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan takziah kepada sahabat cilik Ai dari FB yang telah kehilangan bonda tersayang beliau semalam. Adik Akid Adly Ooi (12 tahun) telah kehilangan bonda tersayang dalam nahas jalan raya. Semoga Akid sekeluarga tabah menghadapi ketentuan Allah ini.

Sebenarnya Ai tidak mengenali secara peribadi arwah Ustazah Azlily Abdullah ini tetapi mengenali arwah secara tidak langsung memandangkan arwah salah seorang guru di sekolah tempat anak-anak Ai belajar. Akid Adly adalah rakan sekelas Baby anak Ai.

Ai turut merasa dukacita dengan berita ini memandangkan arwah seorang guru yang berdedikasi dan peramah. Kami akan bertegur sapa sekiranya bersua di sekolah atau di mana-mana. Arwah memang seorang yang baik dan sangat sayangkan pelajar-pelajarnya. Selain daripada itu arwah juga seorang guru yang cantik rupa paras dan akhlaknya…..semoga roh beliau dicucuri Rahmat dari Allah dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

Amin…

4 comments:

  1. Takziah buat keluarga Allahyarham...

    ReplyDelete
  2. amin. takziah buat mereka. sungguh mengerikan ..dah takdir mereka begitu. .

    ReplyDelete
  3. takziah juga pada keluarga...
    RIP.
    tp gagak ni xde bwk petanda pape k...
    ni worries...

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info