Sunday, December 5, 2010

Kenapa kita tidak kaya ibu ?

boy n chicken leg

imej dari google

Pagi minggu amat Ai nanti-nantikan , inilah masanya Ai akan habiskan masa dengan hubby dan anak-anak di rumah. Seperti biasa Ai dan mr hubby akan bersarapan di gerai pilihan berhampiran kediaman kami. Anak-anak selalunya lebih suka bersarapan di rumah sambil nonton Astro.

Pagi ini Ai berbelanja di pasar untuk membeli barang basah untuk bekalan seminggu sementara mr hubby lebih suka membaca paper dalam kereta sambil mendengar lagu Maher Zain.

Ketika Ai singgah membeli ikan tongkol untuk dibuat kari nasi dagang , Ai terpandang seorang ibu yang mendukung anak kecil – lebih kurang 2 bulan dan memimpin seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Budak lelaki itu menjinjing dua plastik beg . Satu beg berisi keperluan bayi dan satu lagi barangan belanja ibunya. Semasa Ai menunggu penjual ikan itu menimbang dan menyiang ikan , Ai terdengar perbualan anak- beranak ini..

Ibu, kali ni ibu mahu beli ikan ? Tanya anak kecil itu.

Ya lah. Nanti kita goreng ye…..

Tapi ibu Along jemu makan ikan sardin kecik ni hari-hari…along nak makan ayam , boleh tak?

Along, ibu tak cukup duit….lain kali kita makan ayam ye. Ikan pun sedap juga. Si anak yang dipanggil Along mula merengek…

Kenapa kita tak kaya ibu?….

Insyaallah , selagi Along berdoa pada Allah, nanti kita kaya

Tersentuh tetiba hati Ai mendengarnya. Lalu Ai memegang ubun-ubun si Along dan menyapanya

Adik, suka makan ayam ? Ai pura-pura bertanya membuka perbualan. Ibunya menarik tangan si anak. Along nampak ketakutan.

Kak, ambillah ayam ini dan masakkan untuk Along. Sudah menjadi rezeki dia hari ini. Ai menghulurkan sebungkus daging ayam yang Ai beli untuk dibuat hidangan anak-anak kepada wanita ini. Dia keberatan untuk menerimanya namun tak mampu menolak rezeki yang Allah turunkan buat mereka hari ini.

Setelah mengucapkan terima kasih dan bersalam dengan Ai tiga beranak itu berlalu tanpa membeli ikan sardin tetapi tersenyum girang sambil membawa pulang sebungkus daging ayam…

 

2 comments:

  1. sedey kan...budak2 besar tu pun dah paham pasal untung nasib...kita dok rasa kita x bernasib baik, hakikatnya ramai yg jauh lg susah drpd kita. mudah2an dgn sedikit kebaikan yg kita berikan kpd org lain, kita akan dapat berlipat kali ganda drpd Allah taala :)

    ReplyDelete
  2. salam Ain....sihat ? Wah! Dah aktif berblog sekarangkan...sama2 lah kita memeriahkan dunia blogging ni ye.

    Itu lah kisahnya tadi tu Ain....Kak Azie tak sampai hati bila dengar yang bdk kecik tu teringin nak mkn ayam , kebetulan kat tangan kak Azie dah ada jd rasanya mereka lebih memerlukan.

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info