Friday, October 29, 2010

Surat untuk puteriku Baby Ainin Sofiya….

baby ku

Assalamualaikum sayang….12 tahun yang lalu ketika  dingin subuh kau dilahirkan ke dunia. Lahirmu  membawa sejuta sinar kebahagiaan buat kita sekeluarga…seorang puteri yang sekian lama ditunggu kehadirannya kini telah lahir ke dunia…

Kau tentu tak lupa…suatu masa dulu mummy pernah bercerita padamu bahawa kelahiranmu hampir-hampir meragut nyawa mummy ketika mahu melahirkan mu…Mummy mengalami tumpah darah yang luar biasa sebaik saja kau selamat tiba dalam pelukan. Tapi itu semua tidak terasa kerana kedatanganmu telah membuatkan mummy leka dan terlupa segala kesakitan dan kesulitan. Sepasang mata kecilmu yang perlahan-lahan terbuka dan rengekkan suara yang nyaring merdu menambahkan lagi kegembiraan mummy.

Mummy masih ingat lagi sedang mummy leka menyusu mu tiba-tiba sakit yang teramat sangat datang menyerang dan saat itulah semua jururawat dan doktor yang bertugas menjadi kelam kabut dan menyorong mummy ke unit kecemasan semula. Mummy banyak kehilangan darah…rupanya mummy pengsan dan tidak tahu apa yang telah berlaku seterusnya…Bila mummy tersedar mummy dah pun berada di wad semula.

Anakku Baby yang manis,….

Sepanjang kau berada di wad…kau langsung tak banyak kerenah, mungkin kau mengerti mummy tak berdaya untuk  bangun dan bergerak langsung cuma terbaring di katil. Kau pula tidak mahu menyusu botol dan tidak merengek sedikit pun walaupun kelaparan. Puas sudah jururawat memujukmu untuk cuba membasahkan tekak dengan setitik susu formula melalui kapas ( kerana kau tak pandai menyusu botol)

Semua orang suka bila mengendongmu dan bermain agah mengangah…walaupun kau baru berusia dua hari tapi badan mu yang montel pejal dengan berat  hampir 3 kilogram meembuatkan kau menjadi bayi yang popular ketika itu…malah doktor-doktor yang bertugas pun sangat suka mengendong mu.

Kulitmu yang putih gebu kemerahan dengan bibir munggil comel merah samar, bening mata yang menggasyikkan membuatkan semua orang jatuh cinta dengan mu…maka kau di gelar oleh para doktor dan jururawat di situ sebagai Baby Soya….

Sayangku….

Kau membesar di depan mata kami hari demi hari…dalam usiamu menjangkau lima bulan kau sudah pandai menyebut ma dan pa. Tawamu yang bergema dalam rumah opah menambahkan keceriaan kami, apatah lagi kedua abangmu yang tengah nakal waktu itu suka mengusikmu.

Kau tidak banyak kerenah jika dibandingkan dengan kedua abangmu yang sentiasa mencipta gelagat untuk tarik perhatian kami. Mereka cemburu kerana kamu telah menjadi tumpuan semua orang…..

Ketika kau mula belajar bertatih, papa sudah pun membelikan sepatu pertama untukmu. Amat lucu sekali kerana kasut comel itu akan berbunyi Prettt prettt prettt bila kau mula melangkah ! Keadaan ini menjadikan kau menangis ketakutan kerana menyangka ada kodok dalam kasut mu.

Papa mengajar kamu bersolat dan berpuasa ketika usiamu menjangkau empat tahun. Tidak pula kau memberontak apabila disuruh berpuasa di bulan Ramadhan bersama-sama. Bila kau letih , kau tidur seharian. Kau juga tak pernah meninggalkan waktu solat lima waktu …dengan telekung yang gedoboh besar kau cuba menunaikan kewajipanmu pada Allah. Segala bacaan dalam solat kamu boleh hafa ldengan lancar kerana kamu dah pun mengenal Al Quran bila berumur 3 tahun….

Sayangku Baby,…bertuah rasanya  kami menjadi orang tuamu kerana keletah dan lakumu amat menyenangkan….sekali sekala sahaja kau buat perangai bila permainan mu direbut abang-abang. Kau selalu beralah dengan abang-abangmu dan sepupu-sepupumu ketika bermain. Kau sentiasa membenarkan mereka menang….

Kau mengenal alam persekolahan awal sangat….baru berusia 3 tahun kau mummy tumpangkan dalam kelas tadika islam bersama abang-abangmu ketika  itu masing-masing berumur empat dan lima tahun! Bukan apa, papamu mahu kau sentiasa bersama adik beradikmu supaya kau tak terpisah dan  ada teman untuk bermain…oleh itu puaslah mummy dan opah memujuk cikgu tadika itu supaya menerimamu walaupun baru berusia 3 tahun. Alhamdulillah…pandai pula kau membawa diri di dalam kumpulan kawan-kawan yang jauh lebih berusia daripadamu. Maka saat itulah bermulanya langkahmu meniti lorong-lorong kehidupan di bimbing guru-guru tadikamu.

Apa yang mencuit hati kami ialah telatahmu yang jauh lebih matang dari abang-abangmu…dalam apa jua keadaan kamu bertindak seperti kakak sulung kepada dua saudaramu ini meskipun kau  cuma adik  yang bongsu ! Jika mummy bawa sebungkus nasi goreng dan tiga ketul ayam goreng kau akan bahagi-bahagikan makanan ini dengan adil antara kamu bertiga. Begitu juga halnya jika duit raya yang diberikan oleh tetamu yang datang ke rumah itu sekeping not sepuluh ringgit perlu dikongsi bertiga,  babylah yang paling kecoh untuk tukarkan duit kecil dengan papa supaya boleh dibahagikan sama rata antara kamu 3 beradik.  Satu lagi sikap kamu ialah bertindak seperti pengasuh pada kedua abang-abangmu ….kamu akan menjaga kebajikan dua hero ini apabila ketiadaan mummy ketika berkursus di luar daerah. Baby akan membantu papa menyediakan pakaian bersih untuk persalinan abang-abangmu supaya mereka tidak memakai pakaian yang sama setelah selesai mandi. Baby juga kan ke dapur menyediakan minuman teh ais kegemaran papa dan 2 oarang hero mama tu…..kadang kala Baby juga akan memasak nasi bila papa beli lauk untuk makan tengah hari.

Bila masa beredar kau  membesar menjadi bertambah cerdik dan matang walaupun baru berusia 12 tahun ! Hari ini 28 Oktober adalah hari lahirmu….kau telah pun siap membuat permintaan dari mummy dan papa untuk kami tunaikan sebagai hadiah hari lahirmu….sebutkan lah sayang dan mintalah apa yang kau mahu jika dalam kemampuan kami, insyaallah akan kami tunaikan. Tapi…katamu kamu hanya mahu kami mendoakan agar kamu lulus dengan cemerlangnya dalam UPSR yang lalu. Itu saja? Baby kata cukuplah…semuanya dah kau perolehi dari kami….itu sudah memadai. Baiknya hati kamu sayang.

Sayangku intan permatan hati mummy….petang semalam kau beritahu bahawa kawan-kawan dan guru-gurumu akan meraikan hari lahirmu ini di sekolah sebagai menghargaimu. Kesian mereka, demi mengembirakan hatimu sanggup pula mereka bersusah payah….masing-masing membawa pelbagai makanan dan minuman dan kau meminta mummy membeli sebiji kek coklat untuk dipotong sewaktu majlis tu nanti sambil meniup lilin dan bertepuk tangan beramai-ramai. Maniskan ? Mereka semua amat sayangkan kamu….maafkan mummy sayang kerana tak sempat untuk menyedia atau  menempah makanan dan kudapan ringan untuk majlis itu kerana kesuntukan masa. Semoga kau tak berkecil hati ya.

Hari ini ketika pulang, kau dengan riang menceritakan kemeriahan majlis hari jadimu di sekolah tadi. Banyak juga hadiah yang diterima dari kawan-kawan. Papa sibuk sekarang, mungkin sebelah malam nanti bolehlah kita keluar makan untuk meraikan hari lahirmu.

Semoga Baby gembira di hari lahir Baby kali ini, walau kita tak sambutnya dengan majlis yang besar-besaran, cukuplah secara sederhana seperti ini. Bertambah manis lagi kawan-kawan Facebook Baby dan Mummy seperti  Lolly Luvfareda, Auntie Ana Sarina, Auntie Norziana, Auntie Shafrela, Cheq Ya , Pak Ngah dan lain-lain mengucapkan selamat hari lahir untuk Baby di FB.

Baby yang baik, harapan mummy dan papa biarlah hari ini sebagai permulaan kau meniti perjalanan hidupmu yang masih panjang…. semoga dikau sentiasa tabah dan cekal menghadapi apa jua rintangan hidup. Jadikanlah pegangan agama yang papa titipkan dalam hatimu selalu sebagai benteng hidupmu. Jadikanlah juga Al Quran dan hadith sebagai rujukan dan panduanmu….Rasulallah sebagai idolamu bukan yang lainnya.

Sayangku…. pinta mummy, jadilah seorang anak yang solehah yang tahu menghargai hidup, menghormati dan menyayangi mummy dan papa sepenuh jiwa ragamu, taatlah perintah Allah dan jauhi laranganNya. Bahagiakan lah sesiapa saja yang kau dampingi dan jangan sesekali kau menyakiti sesama makhluk Allah. Jika kau berduka cubalah mengadu padaNya dengan bertahajud dan bermunajat. Lapangkan hatimu  sentiasa dengan nikmat Allah berikan dan bersyukurlah. Bersangka baiklah dengan Allah …jika kamu berdepan dengan kesulitan kerana semuanya ada terselit hikmathNya yang baik untuk kita.

Selamat hari lahir sayang…….

Salam penuh cinta dan kasih,

Mummy.

28 Oktober 2010

Thursday, October 28, 2010

50 sen sehari…..

Hujung tahun macam ni memang agak sibuk…..oh bukan agak sibuk tapi AMAT SIBUK! Macam-macam perkara yang mesti diselesaikan mengikut jadual. Guru katakan….

Bila dah jadi cikgu maka bersedialah menjadi seorang yang sentiasa sibuk. Bukan setakat memberi pendidikan pada anak-anak murid malah macam-macam lagi tugas yang kena pikul. Tapi itu semua tiada masalah…kami ikhlas dan senang hati menjalankan tugas demi anak bangsa dan negara!

Jadi guru kelas lagi lah sibuknya….isi rekod pelajar, kedatangan, key-in markah kurikulum dan ko kurikulum , bereskan hal-hal pinjaman buku teks,  memeriksa kertas jawapan hinggalah menguruskan kutipan wang bayaran itu dan ini.

Semasa aku kemaskinikan rekod pembayaran wang yuran baru aku terperasan hanya seorang pelajar sahaja yang belumn membuat bayaran penuh. Dia cuma bayar separuh sahaja. Ada catatan yang telah aku buat semasa menerima wang darinya bahawa dia akan menjelaskan yuran berkenaan dalam masa sebulan. Nampaknya dah pun penghujung tahun dan dia masih lagi belum datang menjelaskan yurannya.

Setelah disemak latar belakang pelajar ini rupanya keluarganya miskin…bapanya seorang pemandu lori dengan gaji yang tak seberapa. Ibunya pula suri rumah. adik beradik ramai dan masih bersekolah. Tak sampai hati aku nak mendesaknya….cuma bertanya boleh tak dia menjelaskan yurannya sebelum hujung bulan ini. Dia nampak sedih dan berjanji akan meminta wang bila bapanya pulang….

Suatu hari dia datang nmenemuiku……dua keping wang RM20 dia hulurkan. Dia juga meminta maaf kerana lewat menjelaskan baki yurannya. Aku tak marah pun sebenarnya  malah kesian pulak bila lihat air muka pelajar ini sedih saja.

Suatu hari dia tak hadir ke sekolah….tanpa surat cuti sakit dan tanpa pesanan apa-apa pun. Selang dua hari baru nampak mukanya di kelas….lesu dan masih tak sihat. Aku tanya kenapa dia cuti 2 hari dan meminta MC. Dia mengeluarkan sepucuk surat dari beg sekolahnya yang berlubang di tepi….surat permohonan maaf dari ibunya. Oh..rupanya dia gastrik. Muntah dan sakit perut sebab itu dia tak boleh datang ke sekolah.

Waktu rehat seorang kawan baiknya datang menemuiku di bilik guru….

Cikgu, sebenarnya Aman jatuh sakit sebab tak makan….dia kumpul duit untuk bayar yurannya. Duit poket yang emak dia bagi 50 sen sehari itu dikumpulnya setiap hari tanpa berbelanja sesen pun….

 

Habis tu Aman makan tak ? Ada dia bawa bekal? 50 sen sahaja duit belanja ? Seketul kuih pun dah 50 sen….

Bertalu-talu soalan aku bagi bila dapat tahu hal ini. Terkejut pun ada sebab di zaman sekarang dengan wang 50 sen apa sangatlah yang boleh dibeli. Kuih dikantin pun 30 sen paling murah. Minuman seringgit.

Itu saja yang mak dia mampu bagi cikgu. Lama dia kumpul untuk duit yuran…..dia sakit perut sebab lapar. Sebelum datang ke sekolah dia tak pernah bersarapan pun sebab tak ada makanan pun di rumahnya . Kadang kala saya kongsi makanan dengan dia tapi dia selalu menolak.

Terkunci lidah aku untuk terus berkata……baru aku sedar anak ini begitu baik sekali kerana dia seboleh mungkin tidak mahu menyusahkan keluarganya walaupun itu tanggung jawab kedua orang tuanya. Kagum aku dengan anak murid ku ini.

Sebelum loceng akhir berbunyi aku datang menemui Aman ….

Kenapa awak tak beritahu cikgu yang awak betul-betul susah ?

Maafkan saya…saya tak nak menyusahkan orang lain.

Tapi awak dah pun mengabaikan kesihatan awak. Jika awak datang beritahu keadaan awak mungkin pihak sekolah boleh bantu.

Aman cuma tersengih saja……aku tau dalam hatinya dia tentu akan gembira bila dapat tahu yang dia tak akan berlapar berpanjangan lagi di sekolah tahun depan… wang 50 sen itu nanti bolehlah dia berbelanja di kantin agar perutnya tidak sakit lagi….

Sama tapi tak serupa….

Setiap insan di dunia ini unik, tersendiri dan takan sama antara satu sama lain. Mereka yang bersaudara kembar pun tidak sama sebenarnya meskipun wajah mereka seiras kerana jika diperhatikan betul-betul mereka mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Kita tidak boleh meniru gaya seseorang untuk membina identiti diri walaupun kita cuba untuk “menyalin” semua perilaku mereka umpamanya cara berjalan, suara mahupun rupa. Itu kebesaran Allah. Waktu ai kecik-kecik dulu arwah abah ai ada berkata bahawa kita ada 7 orang “kembar” kita dalam dunia ini. Kesahihan tentang perkara ini tak pulak ai tahu.Mungkin secara kebetulan sahaja kita kelihatan mirip seseorang dari segi rupa, gaya , perwatakan dan mungkin minat.

Kita tidak tahu di mana “kembar” kita berada..mungkin kita sendiri tidak pernah pun bertemu dengan mereka atau terserempak dimana-mana . Ianya hanya sekadar mendengar berita dari teman-teman bahawa mereka terserempak dengan orang yang seiras dengan kita itu sahaja. Ai sendiri pun belum pernah lagi terserempak dengan “kembar” ai…..cuma masa zaman ai kanak-kanak dulu pernah orang-orang kampung memanggil aku Marlia Musa! Lucu bukan? Sama ker…Jika Marlia Musa dengar tentu dia tergelak besar !! Ini semua gara-gara lakonan dia dalam sebuah filem waktu dia kecil….ai pun lupa judul filem tu…Kalau tak silap Sesejuk Air Mata Ibu…. kisah seorang anak yang merindui ibu kandungnya yang tinggalkan dia. Cerita ini kira sedih sesangat waktu itu….lakonan dia menjadi betul. Semua makcik-makcik dan budak-budak sebaya ai yang menonton depan TV semuanya menangis sampai bengkak-bengkak mata.

Kemudian setelah ai mula meniti remaja pula mereka mengggelarkan ai Uji Rashid. Lagi kelakar! Tang mata saja yang sama…bulat besar! Jika Uji Rashid suara dia ai memang minat lebih-lebih lagi bila bergandingan dengan Hail Amir. Bila ai dah bekerja sebagai pendidik, ketika pertama kali bertukar ke sekolah baru seorang pelajar tingkatan satu memanggil ai Ustazah…tak kisah lah cikgu dan ustazah sama saja…tapi yang pelik boleh dikata sebahagian pelajar tingkatan satu memanggil ai ustazah sedangkan pelajar lain tidak…akhirnya ai dapat jawapannya…..mereka menyangka ai ustazah mereka sewaktu di sekolah rendah yang bertukar ke mari. Mereka beritahu wajah dan suara ai saling tak tumpah macam ustazah mereka. Sampai sekarang ai tak pernah pulak terserempak dengar ustazah ini.

Satu lagi kejadian,ketika arwah abah ai masuk hospital . Sepanjang dia di wad dia amat gembira kerana ada seorang jururawat yang bertugas di situ yang mirip ai. Waktu itu ai baru jer kahwin dan pindah ke Ipoh ikut hubby. Kira terubat lah rindu mama dan abah ai pada ai bila terpandang jururawat ini. Arwah abah ai ni peramah jadi dia selalu berbual dengan jururawat ini. Katanya bukan setakat wajah jer sama malah perwatakan dia pun semacam ai…wau hebat tuh teringin pulak ai nak jumpa dengan kembar” ai ini…

Korang ada tak “kembar” tujuh korang? Dah jumpa? Sama tak? Tak kisahlah samada mereka betul-betul sama atau sebaliknya tapi sebenarnya diri kita adalah kita… tentu seronok kan jika ada orang cakap wajah kita macam artis terkenal macam Erra Fazira ker..Eh! Jangan korang tak tahu anak perempuan ai yang the only one ini selalu cakap macam ni…

Mummy, muka mummy macam Erra Fazira lah!

Ha ha ha …..pandai betul dia nak mengambil hati ai kan? Emmm jangan tak tau Erra ini pelakon pujaan dia dan papanya!

Tersenyum sendiri ai bila teringatkan seseorang….cikgu Lukisan ai masa di sekolah menengah dulu…wajah dan saiz badan dia saling tak tumpah macam arwah abah ai!

Dan…..my hubby pun ada klon jugak…ya masa kat Maktab dulu. Senior ai ni muka dia adalah sikit-sikit hubby ai….tapi ai tak minat dia pun sebab hubby ai berganda-ganda hencem dan macho dari abang senior kami nih….Jangankan ai yang ada kembar dikalangan artis, hubby ai pun ada..hi hi hi masa belajar dulu kakak-kakak senior panggil dia Razif  Ismail…Sama sangat ker? Kemudian kekawan ai lak kata dia mirip pulak Rusdi Ramli ! Ah macam-macam….paling ai nak tersedak adik-adik ai kata pulak muka abang ipar mereka nih macam hero Bollywood ! Siapa? Ai tinggalkan persoalan ini tanpa jawapannya kerana ai dah tidak berapa minat dah dengan hero yang sorang ini !

Ada satu lagi yang ai nak share….adik perempuan ai mirip sangat dengan blogger cantik manis dan famous tu…..MISS LOLLY ! Sekarang ai dan Miss Lolly Luvfareda menjadi akrab sejak kami berkenalan dalam laman FB. Hebat kan? Nanti ai nak tanya Lolly ada tak dia jumpa kembar dia lagi 6 orang tu?……

Tuesday, October 26, 2010

LUPAKAN LAH SESEORANG ITU BILA…..

Lupakan seseorang ? Kenapa? Mustahil boleh lupakan dia…. inilah persoalan yang selalu bermain difikiran kita semua bila berhadapan dengan situasi begini. Mengapa kita mesti lupakan seseorang dalam hidup kita ? Jawapan kepada soalan ini terpulang kepada memasing le.. Kadang kita terpaksa lakukan keputusan berat ini bila keadaan memaksa contohnya si dia telah pun terang-terangan mengaku curang pada kita atau sidia meminta diputuskan perhubungan kerana mengidap suatu penyakit yang belum tentu sembuhnya atau mungkin berjangkit,

Cinta yang tidak direstui keluarga pun mungkin jugak….. ini semua terpaksalah kita tempuh. Menang perit, sakit dan susah sangat untuk melupakan sidia yang dah bikin hati kita berkecai ni.

Congak balik…timbang balik…..memang patut pun kita lupakan sidia yang dah melukakan hati kita bila :

1. Keadaan dah tak dapat di elakkan lagi…..kira kena akurlah ni bila sidia kata dia tak perlukan kita dalam hidupnya lagi…jangan dok merayu rayu lagi! Boley  jalan lah..

2. Menambahkan beban dalam hidup kita….sayang macam manapun kita padanya jika hari-hari makan hati dan bermain air mata dek perangainya, boley stop lah hubungan ini.  Ramai lagi insan-insan yang baik hati di luar sana yang boleh jadi pengganti.

3. Selalu dipermainkan dan ditipu…. ha yang ni kira janji manis mu lah ni. Janji lelaki yang senang ditabur tapi susah ditepati. Bukan sekali ditipunya kita hidup-hidup malam ribuan kali! Boley blahhh lah dengn janji manismu.

 

Saat sulit bila dah terpaksa mengundur diri ni ialah menghadapi  kesedihan, kesunyian dan kerinduan. Yalah macamana pun kenangan indah waktu bersamanya kan banyak, siap beratus album lagi lam Facebook waktu bercuti lah, waktu rai harijadi lah, ah macam2 lagi… Hati seorang perempuan, walau disakiti berulangkali masih lagi sukar melupakan kenangan indah masa lalu.

Di sini ai nak share tip-tip untuk melupkannya …hasil dari menyelongkar catatan Pak Ngah Farit Ismeth Emir kat Facebook dia.

Bagaimana cara-cara untuk melupakannya?

Cuba lah……

 

Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Berfaedah - Anda boleh melupakan kenangan-kenangan lama dengan si dia dengan menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti. Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan. Bersedialah untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru. Kesibukan akan menyebabkan anda perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu.

Elakkan Diri Daripada Bersendirian - Perasaan sayang yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa yang singkat. Untuk itu, elakkan diri anda daripada bersendirian. Carilah orang untuk berbicara, dan suatu masa nanti anda akan menemui nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan anda, Dan nilai-nilai itu akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan, sakit hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang anda terhadap orang yang ingin anda lupai.

Elakkan Persoalan Berkaitan Orang Yang Ingin Dilupai - Ada sesetengah orang, apabila kecewa dengan seseorang, dia akan pergi menjauhkan diri daripada orang ramai atau daripada kawan-kawan. Dalam sesetengah kes, ini mungkin berkesan sekiranya tujuan dia untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan orang yang ingin dilupai.

Pulangkan Atau Buangkan Segala Barangan Yang Mengandungi Nilai Perasaan - Kadangkala anda melupakan seseorang bukan kerana anda benci lantaran perasaan kecewa anda terhadap seseorang itu, tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan tertentu yang ingin anda lupakan. Nilai-nilai inilah yang menjana perasaan sedih dan murung dalam hidup anda. Sesetengah orang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang ingin dilupai. Cenderamata, hadiah, surat atau foto dibuang atau dibakar. Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada kemudian hari.

sad face

MISTERI..........


LONDON – Seorang penyiasat paranormal, Phil Hayes percaya hantu kini menggunakan telefon bimbit untuk berkomunkasi, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Menurutnya, panggilan yang dibuat oleh hantu itu selalunya mempunyai suara tidak jelas dan didengar sayu–sayup seolah-olah dari jarak terlalu jauh.
Sembilan daripada sepuluh panggilan yang dibuat oleh hantu itu mempunyai nombor 000000000000.
Statistik menunjukkan dua pertiga daripada fenomena paranormal itu menampilkan bunyi dengan 20 peratus melihat imej hantu dan 15 peratus lagi berdasarkan bau.
Satu penyelidikan terbaru menunjukkan satu daripada tiga rakyat Britain mendakwa melihat jelmaan hantu dalam gambar atau merakamkan imej paranormal menerusi telefon bimbit.

Kajian yang dilakukan oleh syarikat Tesco Mobile mendedahkan terdapat 70 peratus peningkatan bukti paranormal pada tahun lalu disebabkan oleh orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi.
Lebih separuh daripada warga Britain mendakwa pemilik telefon bimbit cuba merakamkan gambar hantu tetapi seorang daripada lima orang mengaku mereka akan menjadi takut dan melarikan diri apabila ternampak hantu.
Hayes berkata: “Terdapat bukti yang menyatakan bahawa hantu boleh menggunakan telefon untuk berkomunikasi, dengan terdapat laporan-laporan orang ramai menerima panggilan telefon daripada saudara yang telah meninggal dunia.”
Ketua Pegawai Eksekutif Telsco Mobile, Lance Batchelor berkata: “Kami mencadangkan kepada sesiapa yang cukup berani untuk merakamkan sebarang gambar hantu supaya menghantar mesej perkhidmatan multimedia (MMS) atau e-mel gambar yang dirakamkan mereka kepada persatuan paranormal untuk dilakukan siasatan.” – Agensi

sumber : Berita Harian Online

Apa tanggapan korang bila baca petikan yang ai paste kat atas tu ? Percaya atau sebaliknya terpulang pada individu masing2. Cerita mistik dan misteri macam ni memang selalu mendapat tempat dihati pembaca...termasuklah ai.

Sebenarnya N3 kali ini saya ai nak share satu pengalaman yang telah berlaku pada adik perempuan ai kat kampung baru-baru ini berhubung dengan tajuk diatas...

Ceritanya lebih kurang macam ni lah....

Sejak beberapa bulan yang lepas rumah ai kat kampung telah terjadi peristiwa pelik dan aneh sikit. Masa kejadian ai tak ada kat sana sebab kami menetap kat Ipoh. Kata adik ai, selalu dengar bunyi pelik dalam rumah parent ai ni bila waktu tengah malam. Bunyi...lebih kurang bunyi kanak-kanak kecik dalam beberapa orang sedang berlari kejar-kejar dan kadang2 bergaduh sesama sendiri.... Adik ai ni jenis berani sikit meskipun dia pompuan.... Dia cuba intai2 kalau2 nampak apa2 tapi tak ada apa pun.

Kemuncak gangguan ialah ketika mama ai berada di rumah anaknya iaitu adik ai yang ke dua...sebab mengurusnya dalam pantang. Makan tinggallah 2 orang adik pompuan ai yang ke 6 dan yang bongsu sahaja di rumah. Waktu rembang senja itulah tetiba jer TV terpasang dengan volume paling maksima seperti panggung wayang dan siap tukar2 channel lak. Adik kecik ai yang terkejut apa lagi menjerit lah sepuas hati. Bila kakaknya datang ...tetiba pulak TV tu tukar channel Siam! Sedangkan selama ini haram pun dapat siaran Siam pun kat kampung kami.

Dalam kelam kabut bercampur takut tahap dewa kedua beradik tersebut memberanikan diri menutup suis TV tapi gagal ! Adik ai cuba pulak sentap kabel plug TV, berjaya. Bulu roma dan bulu tengkuk meremang bukan kepalang....

Kejadian aneh ini telah meninggalkan fobia teruk pada adik bongsu ai yang bakal menduduki SPM tak lama lagi. Dia ketakutan untuk tinggal di rumah itu lagi. Hal ini dilaporkan pada seorang lagi adik pompuan ai yang tingggal di hostel. Mati2 dia tak percaya. Malam tu lah tetiba jer handset dia berdering tanpa no panggilan! Dia menekan butang terima tapi tiada suara....cuma dengar bunyi berdesir2 seperti angin saja sayup2... Tersentak dia dengan kejadian tersebut.

Maka...bila di fikir2 balik ada logiknya juga artikel diatas tu.... Makhluk Allah seperti ini memang wujud di sekeliling kita. Cuma kita mesti berpegang pada satu lah....hanya takut pada Allah saja dan mereka tak boleh mengapakan kita selagi kita berlindung dariNya.


Friday, October 22, 2010

PASSWORD KENA HACK

Gambar dari enchik Google

Bila terbaca N3 belog Zairie Dinzly tentang tip untuk mengelakkan password kita daripada di Hack, aku tersenyum sendiri kerana hal ini pernah berlaku dalam hidup seorang teman aku. Kisahnya lebih kurang beginilah....teman aku ini ada musuh ( pesaing) dalam idup dia lah. Teman aku ni di tempat kerja dia ada seorang hamba Allah dan juga rakan sekerja dia yang suka sangat berlumba-lumba sesama rakan untuk menaikkan nama sendiri. Sebenarnya dia sorang jer yang punya kelakuan cam nih... Kita namakan lah sidia ni Cik Moon.

Cik Moon nih pantang sikit bila tengok rakan lebih dari dia mulalah naik sifat dengki dia tu. Jika boleh semua orang jangan melebihi dia dalam apa pun urusan baik kerjaya mahupun hal peribadi. Dia pulak pantang tengok ada rakan sekerja mereka yang berkawan rapat dengan teman saya yang cantik manis ini....semua orang dihasutnya. Akhibatnya teman saya ni sengsara kerana makan hati dengan perangainya.

Suatu hari terjadilah perang dingin dikalangan mereka berdua...akhibatnya teman saya ini dipulaukan oleh rakan-rakannya termasuklah besfren dia dah mula jauhkan diri. Bengang dengan keadaan ini di cuba jadi hacker sbb nak cari rahsia. Teman aku ni mula syak yang Cik Mooon sebarkan cerita dia pada semua orang melalui email. So, dia mula cuba buka email yahoo Cik Moon. ID yahoo Cik Moon dia tahu so dia mula mencari password pulak. Banyak kali cuba akhirnya teman aku ni mula terfikir satu nama sebagai cubaan terakhirnya.

Cik Moon ni dalam cerdik ada bodooo jugak. Ada ker dia guna password nama pakwe dia. Itulah sayang sangat ngan pakwe sampaikan nama dia pun nak dijadikan password!
Akhirnya teman aku nih dengan mudahnya dapat buka email si Cik Mooon dan apa lagi banyak lah rahsia terbongkar!!!

Perang besarlah teman aku nih dengan Cik Moon tadi....So, moral nya ialah jika kita nak bina password jangan sesekali guna nama sesiapa yang dekat dengan kita dimana memudahkan orang untuk menekanya. Kan tak pasal-pasal semua rahsia terdedah....

Sunday, October 17, 2010

IBU HANYA MASAK SETAHUN SEKALI

Ini adalah hidangan berbuka kami yang aku masak Ramadhan yang lalu.

Istimewa kan tajuk N3 aku mkali ini....ini semua gara-gara terkenangkan kemeriahan rumah terbuka yang aku dan famili hadir dalam bln Syawal yang lepas. Kadang-kadamg satu hari sampai 6 undangan yang telah kami terjah. Bukan setakat menjamu selera , siap tapaw lagi bila tuan rumah kesian tengok kami cuma larat minum sirap saja..( sbb perut dah penuh..)

Sebenarnya nak share satu cerita tentang telatah seorang pelajarku. Peristiwa ini berlaku dalam bulan Ramadhan yang lalu. Ketika selesai sessi P&P, seorang pelajar lelaki membantuku mengumpul buku latihan tiba-tiba dia bertanya

Cikgu selalu masak ye dalam bulan puasa ni?

Ye, kenapa? Mana kamu tahu?

Saya tengok Cikgu selalu updated FB cikgu....siap upload gambar-gambar hidangan lagi.

Aku terkejut tapi buat-buat selamba...aku tunggu respon dari pelajar aku ni seterusnya. Aku buat-buat sibuk.

Cikgu best lah...sibuk dengan kerja pun sempat masak untuk keluarga.

Dia bersuara lagi, kali ini ada nada sedih jer...aku senyum saja bila dia puji.

Kenapa? Emak awak tak masak ker? Sebagai seorang ibu dan isteri saya juga perlu menguruskan rumah tangga walau bekerja.

Wah! Aku bagi jawapan skema...biasalah itu kan rutin biasa seorang ibu rumahtangga.

Emak saya tak macam tuh...dia tak kerja tapi tak pernah masak.

Terbeliak mataku memandangnya...surirumah sepenuh masa tak pernah masak? Jadi macam mana suami dan anak-anak nak makan?

Emak saya cuma tau tengok TV saja...kadang-kadang dia pi rumah jiran, sembang-sembang. Bila nak makan dia suruh saya beli nasi bungkus kat kedai atau warung tepi jalan saja.

Aku lagi terkejut...banyaknya duit mereka ni. Pagi petang siang malam ker makan nasi bungkus. Kiralah berapa belanja jika ahli keluarga lebih lima orang.

Ayah awak tak komplen ker bila mak tak masak?

Ayah balik jauh malam sbb dia bawak lori kontena. Kadang tak balik.

Kesian pulak aku pada pelajar aku ni tentu dia rasa bosan sebab tak dapat merasa air tangan ibunya sendiri.

Cikgu tau, mak saya pandai masak..dia masak ayam masak merah dan rendang pada hari raya sedap sangat!

Oh Ye? Bagus lah...Awak tentu suka kan?

Itu saja kata-kata yang dapat aku berikan pada pelajar ini supaya dia tak rasa kecil hati. Itu lah seorang anak dalam jauh hati pun masih memuji ibu sendiri.

Mak saya cuma masak setahun sekali saja...

Aku terkesima sebentar...sebaik saja aku menoleh kepadanya dia sudahpun berlalu pergi ( waktu rehat). Aku tak nak komen apa-apa tenang situasi ini kerana masing-masing ada alasan sendiri. Mungkin kita rasa tindakan yang kita buat itu adalah betul tapi sebaliknya orang disekeliling kita menganggapnya tidak wajar. Bila aku fikirkan balik, anak-anakku dan suamiku amat bertuah lah sebab aku selalu rajin memasak untuk mereka walaupun kadang-kadang kami juga akan makan diluar . Sekali sekala puji diri...

Saturday, October 16, 2010

FBland.......

Inilah sebahagian frenlist FBku....juga famili. Hubby, anak2 dan adik2...



Tak mahu dikatakan tidak peka perkembangan IT maka kami pun sibuk juga dengan trend sekarang ....berfacebook. Melalui FB banyak info yang boleh dapat...yelah jika ada apa2 berita terkini dalam dan luar negara kita cepat dpt tau kan sbb kawan2 kat FB sentiasa update status masing2. Jika nak buka paper rasanya lambat sikit tau2 jer la surirumah ni sentiasa sibuk. Tapi lappy 24 jam dok ON jer...

Di lingkungan famili pulak kita dapat berhubungan dengan mereka sekerap mungkin. Sekurang-kurangnya dapat bertanya khabar mereka dan mengetahui perkembangan mereka dengan senang. Lagi pun dengan berFB ni menjimatkan wang kerana bil telefon tidak akan meningkat walau berbual lama di kotak chat. Hi hi hi .....lagi pulak kat rumah kami dapat Wifi free ! Itu lah kelebihannya tinggal berdekatan dengan restoran mamak yang beroperasi 24 jam!

Siapa kata berFB ni tidak ada kebaikan? Itu kenalah tenggok pada niat memasing le...semua perkara dalam dunia ni jika pandai guna dengan landasan yang betul tidak mendatangkan keburukan pada kita. Pada pandangan aku lah ...kawal2 lah diri kita untuk menulis status jangan pulak memakan diri sendiri atau menyinggung perasaan orang lain . Jangan yang berlaku dalam idup kita semua nak tulis. Gaduh laki bini nak lapor...merajuk dengan bf atau gf pun nk tulis...pandai-pandailah.

Gambar2 peribadi yang dipost kat wall FB tu pun kena hati2 jugak...terutamanya aurat mesti dijaga. Jika kita wanita bertudung kenalah upload gambar2 yang bertudung dan sopan juga. Kita juga kena hati2 jika nak masukkan cerita peribadi kat FB spy tak menjerat diri....kantoi bahasa budak-budak sekarang. Pernah berlaku ada seorang member saya yang cuti sakit tapi telah menggunakan cuti itu untuk melancung bersama keluarga....siap upload semua gambar2 percutian mereka kat FB. Apalagi...kantoi lah. Siapa nak jawap?

Kutuk mengutuk, kata mengata dan caci maki atau mencarut bila tulis status atau memberi komen pada status kawan2 di FB juga mesti di elakkan. Jika tak puas hati juga dengan somebody yang telah menyakitkan hati anda...poskan leteran atau ketidakpuasan hati korang di kotak mesej peribadi mereka. Orang lain tak akan tahu punya...baru betul.

Akhir sekali ...jujurlah dalam persahabatan kita. Tak dinafikan permintaan unt menjadi rakan dalam FB kita ni dalam satu hari ada yang sampai berpuluh. Terutama bagi mereka yang ada rupa...tengok jer gambar profile cantik dan menggoda mesti semua orang suka nak berkenalan. Ada juga yang paling malang dan teruk tu pulak sanggup menggunakan gambar orang lain sebagai gambar profile mereka! Mengaku menjadi individu tersebut. Tak dinafikan ada juga yang menggunakan gambar artis pujaan mereka atau pemain bolasepak terkenal sebagai gambar profile...tapi kawan2 boleh kenal. Terpulanglah...kalau saya secara jujur saya tak sanggup menipu semata-mata nak berseronok di FB. Biarlah kita dengan diri kita dan tak payah jadi orang lain untuk diterima oleh kawan2.



PEPERIKSAAN PTK


Buat kali ke dua aku ambil peperiksaan PTK untuk DG41. Semalam dalam Budjet 2011 telah pun diumumkan bahawa PTK akan dimansuhkan mulai Jun 2011. Maka ini adalah peluang terakhir bagi kami untuk mencuba nasib ..... 16 Oktober 2010 bertempat di SMKGR aku dengan penuh yakin menjalankan peperiksaan tahap kecekapan di sini. Persediaan? Awal2 lagi aku dah bersedia dari segi mental dan fizikal..... 1 kertas mengambil masa 1 jam, tapi aku cuma mengambil masa 35 minit saja untuk menyelesaikannya.....sebenarnya jawapan aneka pilihan boleh membuatkan calon konfius jugak kerana bila diteliti aku rasa semua betul jer...


Berserah pada tuhan saja lah.... dengan rasa bangganya aku melangkah keluar dari dewan . Baru aku perasan bahawa aku adalah orang yang ke 6 yang keluar awal...ha ha ha. Bila balik umah hubby tanya


awalnya balik.....senang ker soalannya?

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info