Sunday, December 5, 2010

Saat-saat aku memalukan diriku sendiri…..

shame

                                               Imej dari Enchik Google

Di dalam kehidupan kita sehari-hari kadang kala tindakan kita boleh memakan diri sendiri tanpa kita sedari. Itu lumrahlah, manusia dan kesilapan mana boleh elak..dalam dok berhati-hati pun terkena juga…

Pernah tak awak semua mengalami sesuatu pengalaman dimana tindakan  sendiri telah mendatangkan rasa malu yang teramat sangat pada diri sendiri ? Situasi sebegini sebenarnya bukan kita rancang atau bukan kehendak kita tetapi suatu kesilapan bodoh yang tak sepatutnya kita lakukan telah memalukan diri sendiri.

Ai pernah beberapa kali memalukan diri sendiri depan khalayak hinggakan dah tak tahu mana nak sorok muka…tapi buat-buat selamba sahaja..Situasi-situasi itu ialah ketika :

1. Tersalah masuk kereta – Waktu ini Ai nak pergi beli makanan untuk makan malam di salah sebuah warung yang famous kat tempat Ai…ketika itu hujan Ai pulak tak bawa payung. Oleh kerana ramai pelanggan Mr Hubby terpaksa park kereta agak jauh ke depan sikit daripada biasa.

Hujan makin lebat , kakak nasi lemak ni pulak lambat menyiapkan order Ai. Setelah selesai urusan jual beli dengan sepantas kilat Ai redah hujan dan melompat kedalam kereta sebaik saja pintu kereta Ai buka. Tetiba Ai di sergah

Hayya..lu sapa ?

Alamak ! Rupanya Ai dah salah masuk kereta orang. Apek tu bukan main terkejut agaknya dia ingat Ai nak merompak dia.

Oh ! Soli soli..salah kete….

Dengan muka yang selamba Ai keluar dan berlalu. Terdengar beberapa suara orang ketawa di warung. Agaknya mereka pun sedar Ai dah salah masuk kereta. Macam mana Ai tak confius , kereta dah lah sama warna pun sama….hanya driver jer berbeza.

 

2. Silap orang – Ai agak ini menjadi perkara biasa jika kita tersilap orang lebih-lebih lagi jika orang itu dah lama kita tak jumpa. Ai pun satu tak teliti betul-betul bila nak menegur orang yang agak lama tak berjumpa. Ai bukanlah rabun tapi hari itu malang bagi Ai. Ai tersilap menegur seorang perempuan ketika sedang membeli belah kat Jusco. Orang tu pun satu , jika dia tak kenal Ai janganlah layan ini tidak siap ketawa terbahak-bahak lagi dengar cerita lawak Ai .. Kami agak lama jugalah bersembang sambil beratur nak bayar di cashier. Ai tak boleh lupa bila dia tanya Ai …

“ Eh ! Nama u siapa ? Tinggal kat mana ?

Pada mulanya Ai ingat dia bergurau…sudahnya Ai pulak yang tanya dia balik

“ Eh ! Kan kita sama-sama pergi kursus bina item kat KL hari tu….Cikgu Mala kan?”

“ Oh! Bukan…Ai bukan Mala you salah orang.”

3. Payung punya hal – Ini pulak kisah lama…dah tinggal sejarah dah pun. Masa tu Ai tengah belajar kat Poli. Waktu itu amat indah sekali sebab pertama kali berpacaran…itu lah mak bapak hantar belajar Ai pulak main cintan…..

Kali pertama kami keluar janji temu ialah makan tengahari di medan selera kat Ampang Point. Masa itu tak reti nak jalan-jalan tengok wayang bagai. Duit pulak biasiswa mak bapak jadi manalah mampu nak makan-makan kat tempat yang mahal.

Lepas makan , si dia bawa Ai window shoping kat supermarket di dalam bangunan itu. Ai yang kekampungan dan jakun ni pulak asyik berkepit dengan sekaki payung ! Kemana Ai pergi mesti bawa payung panjang ini sekali sebagai senjata dan buat peneduh hujan panas. Jakun sangat kan? Semasa kami melewati ladies department entah macam mana Ai sendiri pun tak terfikir yang payung Ai dah mencuri sehelai coli merah menyala yang disusun kemas dalam bekas pameran. Manalah Ai dan bf Ai sedar bahawa coli tu tergantung kat lidi payung Ai dan kami selamba berjalan turun dengan escalator.

Woit ! Woit ! Berhenti ! Berhenti !

Sayup-sayup jer Ai dengar suara perempuan menjerit. Ai fikir tentu ada pencopet ke, penyamun ke atau sesiapa lah yang buat salah kena kejar. Kami malas nak masuk campur.

Setibanya kami di pintu utama dekat lobi, seorang guard telah menahan kami dan membawa kami ke belakang. Ai panik  dan ketakutan begitu juga lah dengan bf Ai.

“ Cik, awak nak bawa keluar benda ni ke ?”

Pak guard budiman itu mengambil coli merah yang tersangkat kat payung Ai dan menayangkannya depan muka kami. Merah padam muka Ai dengan peristiwa itu. Manalah Ai tahu benda tu nak tersangkut kat payung kesayangan Ai ini. Tak pasal-pasal Ai malu….

Inilah saat-saat Ai memalukan diri Ai sendiri tanpa Ai sedar. Jadi, berhati-hatilah sebelum membuat sesuatu agar perkara seperti tadi tidak terjadi lagi….Ai berazam di masa akan datang Ai kena lebih berwaspada lagi…

3 comments:

  1. tak tahan nak gelak baca entry sis...hehe ops...terkadang cahaya pun ada buat perkara yang memalukan diri sendiri..itupun bkn sgj mcm sis...hehehe

    ReplyDelete
  2. TQ Cahaya sbb baca N3 dan komen. Kadang kala memori hidup kita jika di catat kt blog ada baiknya....buat kenangan kan?

    ReplyDelete
  3. hohooh..pernah gak salah masuk kete org. time tu tadika, jadi x malu sgt la.wat muke comel skit2,dah.huhuhuh

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info