Wednesday, December 8, 2010

Kerinduan pada Wan Chu

Rasanya belum terlambat untuk Ai mengucapkan selamat tahun baru Hijrah pada semua pembaca blog LovelyRoses 2U. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan membawa bersama berjuta kejayaan, ketenangan, kebahagiaan dan kemenangan untuk kita semua, insyaallah.

Sebenarnya Ai nak post kan N3 ini semalam namun tak kesampaian memandangkan Ai terlalu sibuk menguruskan hal rumah tangga. Masa cuti macam ini selalunya Ai akan membereskan semua kerja-kerja rumah yang tak sempat dibereskan semasa Ai bertugas.

1 Muharram 1432 baru semalam berlalu genaplah 1 tahun pemergian ibu saudara sebelah Hubby Ai yang amat dikasihi oleh seluruh ahli keluarga kami. Tempoh masa setahun jika dihitung dengan angka memanglah lama tapi bagi kami seperti baru saja ianya berlaku. Tak terasa sudah setahun beliau pergi meninggalkan kami semua. Detik-detik pemergian Wan Chu boleh baca di sini yang di tulis dengan penuh kerinduan oleh menantu kesayangannya, Ain Iskandar.

Kami semua amat menyayangi Allahyarhamah memandangkan  Wan Chu seorang yang terlalu penyayang dan baik hati orangnya. Selain memiliki budi bahasa yang luhur, beliau juga sangat pemurah dengan wang ringgit, harta benda, pertolongan malah senyuman. Sesiapa saja yang pernah mengenalinya akan terus jatuh sayang padanya. Wan Chu bukan sahaja baik tetapi cantik ! Malah dalam usianya yang tersisa sebelum kembali ke Rahmatullah beliau masih lagi bergaya dan berdandan rapi di samping suami tercinta sewaktu kali terakhir beliau menghadiri majlis perkahwinan seorang ahli  keluarga . Itulah Wan Chu meskipun dia kesakitan namun demi kegembiraan orang lain dia tetap tabah.

Ai begitu terkilan kerana tidak dapat berada di sisinya sewaktu Wan Chu tenat di hospital. Disaat akhirnya di sempat bertanyakan Ai dan anak Ai Baby yang dianggap bagai anak sendiri. Sayangnya kami tak sempat bertemu dengannya.

Semenjak pemergian Wan Chu , Ai terkenangkan Ayah Chu yang tak berapa sihat. Mujurlah ada anak-anak dan menantu yang sentiasa ada disampingnya. Apa yang amat Ai kagum ialah rasa kasih dan cinta seorang suami terhadap isteri seperti yang ditunjukkan oleh Ayah Chu… Setiap hari Jumaat Ayah Chu akan menziarahi pusara isteri kesayangan dengan membawa sekalung doa dan sejambak bunga .

Ayah Chu tak pernah jemu untuk singgah walau sekejap di pusara Wan Chu. Setiap kali Ai dan Hubby berkesempatan untuk singgah di pusara Wan Chu kami akan lihat bunga-bunga yang sentiasa bertukar yang ditaburkan. Air mata ini gugur kerana betapa hebat cinta seorang lelaki sepertinya….

Al Fatihah untuk Arwah Wan Chu, semoga roh beliau dicucuri rahmat dari Allah. Amin.

3 comments:

  1. salam......


    Alfatihah buat awrah ibu saudara suami puan...moga awrah dicucuri rahmat oleh Allah swt..amin

    follow blog puan..

    ReplyDelete
  2. salam takziah kepada arwah......
    moga2 roh beliau tenang di sana..hu3
    teringat pada kematian~

    tips menjadikan blog kelihatan lebih profesional dan cantik

    ReplyDelete
  3. al-Fatihah...berguguran lg air mata ni baca entri Kak Azie, things would never be the same without her...semoga Ma ditempatkan dlm kalangan org2 yg dikasihiNya..Amin

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info