Tuesday, November 30, 2010

1 Disember…..Bonus RM 500 - ok la tuuuuu

Sepanjang minggu peperiksaan SPM ini Ai amat letih dan tak cukup masa….. Semua nak kena buat tergesa-gesa…jadual harian ( yang sepatutnya bercuti ) jadi padat semacam pulak. Jangan harap lah nak berFacebook atau update belog atau blogwalking…nak siram pokok bunga pun tak sempat…

Lepas bertugas ,Ai akan ambil anak-anak dari rumah mertua kemudian siapkan makan malam. Sebelum bersantai depan Astro buka lappy lihat Facebook…tak ada mood nak tulis status….kengkawan pun tak da nak bagi apa-apa komen atau berita kat wall Ai…pastu buka belog…satu agenda wajib sebelum tutup lappy.

Sebelum masuk tidur ada lagi kerja tu…keluarkan bahan dari icebox untuk persediaan masak pagi esok. Ai pastikan arlam menjerit 5.30 pagi supaya Ai sempat bereskan semua kerja memasak untuk bekalan anak-anak sepeninggalan Ai nanti….

Selalunya semua dah selesai sekitar jam 6.15 pagi….Rasanya Ai cukup penat sangat dengan jadual baru Ai ini. Iphone Ai dah dua hari tak boleh pakai sebab tak sempat nak bayar bill kat Maxis….itulah sebabnya Ai jarang nak berblogwalking dengan iphone…kesanya traffik belog Ai yang dah kurus ni makin susut !!

TAPI…..sekurang-kurangnya Ai rasa dihargai juga sebab esok 1 Disember…horeyyy ………….kan esok dapat Bonus RM500 ? OK la tuuu

7 comments:

  1. terharu farid bacee haha
    okey sila blnje aku eh fulstop!!=)

    ReplyDelete
  2. laaa.. kak,apik nok jugok bonus2 ni

    ReplyDelete
  3. Biasala..surirumah..pastu kerja lagi..mesti sibuk sangat.

    ReplyDelete
  4. RM 500 tu buat belanja peralatan sekolah anak2 jer la....syukurlah ada juga rezeki.

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info