Thursday, October 28, 2010

Sama tapi tak serupa….

Setiap insan di dunia ini unik, tersendiri dan takan sama antara satu sama lain. Mereka yang bersaudara kembar pun tidak sama sebenarnya meskipun wajah mereka seiras kerana jika diperhatikan betul-betul mereka mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Kita tidak boleh meniru gaya seseorang untuk membina identiti diri walaupun kita cuba untuk “menyalin” semua perilaku mereka umpamanya cara berjalan, suara mahupun rupa. Itu kebesaran Allah. Waktu ai kecik-kecik dulu arwah abah ai ada berkata bahawa kita ada 7 orang “kembar” kita dalam dunia ini. Kesahihan tentang perkara ini tak pulak ai tahu.Mungkin secara kebetulan sahaja kita kelihatan mirip seseorang dari segi rupa, gaya , perwatakan dan mungkin minat.

Kita tidak tahu di mana “kembar” kita berada..mungkin kita sendiri tidak pernah pun bertemu dengan mereka atau terserempak dimana-mana . Ianya hanya sekadar mendengar berita dari teman-teman bahawa mereka terserempak dengan orang yang seiras dengan kita itu sahaja. Ai sendiri pun belum pernah lagi terserempak dengan “kembar” ai…..cuma masa zaman ai kanak-kanak dulu pernah orang-orang kampung memanggil aku Marlia Musa! Lucu bukan? Sama ker…Jika Marlia Musa dengar tentu dia tergelak besar !! Ini semua gara-gara lakonan dia dalam sebuah filem waktu dia kecil….ai pun lupa judul filem tu…Kalau tak silap Sesejuk Air Mata Ibu…. kisah seorang anak yang merindui ibu kandungnya yang tinggalkan dia. Cerita ini kira sedih sesangat waktu itu….lakonan dia menjadi betul. Semua makcik-makcik dan budak-budak sebaya ai yang menonton depan TV semuanya menangis sampai bengkak-bengkak mata.

Kemudian setelah ai mula meniti remaja pula mereka mengggelarkan ai Uji Rashid. Lagi kelakar! Tang mata saja yang sama…bulat besar! Jika Uji Rashid suara dia ai memang minat lebih-lebih lagi bila bergandingan dengan Hail Amir. Bila ai dah bekerja sebagai pendidik, ketika pertama kali bertukar ke sekolah baru seorang pelajar tingkatan satu memanggil ai Ustazah…tak kisah lah cikgu dan ustazah sama saja…tapi yang pelik boleh dikata sebahagian pelajar tingkatan satu memanggil ai ustazah sedangkan pelajar lain tidak…akhirnya ai dapat jawapannya…..mereka menyangka ai ustazah mereka sewaktu di sekolah rendah yang bertukar ke mari. Mereka beritahu wajah dan suara ai saling tak tumpah macam ustazah mereka. Sampai sekarang ai tak pernah pulak terserempak dengar ustazah ini.

Satu lagi kejadian,ketika arwah abah ai masuk hospital . Sepanjang dia di wad dia amat gembira kerana ada seorang jururawat yang bertugas di situ yang mirip ai. Waktu itu ai baru jer kahwin dan pindah ke Ipoh ikut hubby. Kira terubat lah rindu mama dan abah ai pada ai bila terpandang jururawat ini. Arwah abah ai ni peramah jadi dia selalu berbual dengan jururawat ini. Katanya bukan setakat wajah jer sama malah perwatakan dia pun semacam ai…wau hebat tuh teringin pulak ai nak jumpa dengan kembar” ai ini…

Korang ada tak “kembar” tujuh korang? Dah jumpa? Sama tak? Tak kisahlah samada mereka betul-betul sama atau sebaliknya tapi sebenarnya diri kita adalah kita… tentu seronok kan jika ada orang cakap wajah kita macam artis terkenal macam Erra Fazira ker..Eh! Jangan korang tak tahu anak perempuan ai yang the only one ini selalu cakap macam ni…

Mummy, muka mummy macam Erra Fazira lah!

Ha ha ha …..pandai betul dia nak mengambil hati ai kan? Emmm jangan tak tau Erra ini pelakon pujaan dia dan papanya!

Tersenyum sendiri ai bila teringatkan seseorang….cikgu Lukisan ai masa di sekolah menengah dulu…wajah dan saiz badan dia saling tak tumpah macam arwah abah ai!

Dan…..my hubby pun ada klon jugak…ya masa kat Maktab dulu. Senior ai ni muka dia adalah sikit-sikit hubby ai….tapi ai tak minat dia pun sebab hubby ai berganda-ganda hencem dan macho dari abang senior kami nih….Jangankan ai yang ada kembar dikalangan artis, hubby ai pun ada..hi hi hi masa belajar dulu kakak-kakak senior panggil dia Razif  Ismail…Sama sangat ker? Kemudian kekawan ai lak kata dia mirip pulak Rusdi Ramli ! Ah macam-macam….paling ai nak tersedak adik-adik ai kata pulak muka abang ipar mereka nih macam hero Bollywood ! Siapa? Ai tinggalkan persoalan ini tanpa jawapannya kerana ai dah tidak berapa minat dah dengan hero yang sorang ini !

Ada satu lagi yang ai nak share….adik perempuan ai mirip sangat dengan blogger cantik manis dan famous tu…..MISS LOLLY ! Sekarang ai dan Miss Lolly Luvfareda menjadi akrab sejak kami berkenalan dalam laman FB. Hebat kan? Nanti ai nak tanya Lolly ada tak dia jumpa kembar dia lagi 6 orang tu?……

No comments:

Post a Comment

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info