Saturday, November 20, 2010

Misteri lagi….

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Gambar kredit kepada http://gambar-photo.blogspot.com/

Kali ini Ai saja nak tulis tentang kisah seram pulak……Kot la nak seram pun jika awak semua baca tapi bagi Ai ianya satu pengalaman yang menankutkan tau… Sesuai sangatlah masa Ai tulis N3 ni jam menunjukkan pukul 12.30 malam ! Kisah ini Ai sendiri yang mengalaminya…bukan rekaan atau merapu. Gambar kat atas tu saja Ai ambil dari Encik Google…bagi rasa scary sikit bila nak baca. Tengok mata dia berkilat semacam tenung kita kan…….teruskan membaca jika mahu….

Bayangan Lembaga Tinggi

Waktu ini Ai masih remaja dan tinggal kat asrama. Waktu kejadian Ai balik bercuti kat kampung. Semasa cuti selalunya Ai akan membantu mama Ai berniaga kuih muih. Subuh hari mama Ai akan bangun untuk menyediakan juadah untuk jualan. Ai pulak akan membantu dan menemaninya. Kampung Ai tiada kemudahan bekalan air paip jadi tugas Ai lah menimba air dari perigi. Macam selalu Ai akan pakai timba untuk mencedok air dari perigi… bertemankan pelita minyak tanah Ai penuhkan baldi-baldi tu dengan air untuk kegunaan kami. Masa tu subuh belum masuk lagi jadi suasana gelap dan dingin jelas terasa…tiba-tiba saja ai terpandang kelibat satu lembaga seperti manusia melintas perlahan-lahan di hadapan Ai. Beberapa ekor lembu peliharaan arwah abah Ai yang kebetulan ditambat di bawah pohon kelapa bertempiran lagi seperti terkejut. Ai jadi panik sebab dalam suasana yang suram ai nampak sesusuk tubuh yang amat tinggi tapi tak jelas wajahnya. Makin lama dia makin mendekat…..kini dia betul-betul berada di hadapan Ai dan belum sempat Ai buka mulut dia terus ghaib entah k mana !

Bermain Guli

Percaya tak jika Ai cerita yang makluk halus pun pandai main guli ? Ai dah mengalaminya….baru saja dua tahun lepas! Kami baru saja berpindah ke rumah baru kami sekarang , jadi suasana pun agak janggal sikit , maklumlah kan tempat baru…. waktu kejadian ini Ai dan famili sedang menonton Astro pada sebelah malam. Jika tak silap Ai waktu tu dah pukul 12 malam. Kami semua berada di tingkat bawah kat ruang menonton. Tetiba saja bunyi macam orang bermain guli kat tingkat atas….bunyi itu datangnya dari bilik tidur utama. Ai benar-benar terkejut dan beranikan diri memeriksa bilik itu bersama suami dan anak-anak. Bila saja lampu di pasang tiada apa-apa berlaku pun. Dua hari kemudian bunyi aneh yang lain pulak…bunyi macam pasir bertaburan di atas atap rumah. Kali ini Ai terpaksa beritahu mertua sebab anak-anak pun selalu dengar bunyi pelik ni. Akhirnya bapa mertua minta tolong seorang ustaz menghalaunya. Alhamdulillah sudah tiada lagi gangguan itu.

Perempuan Cantik

Ini lagi satu misteri……Ai cerita pada kawan-kawan akan hal ini tapi semua cakap yang Ai ni mengigau la, khayal lah, bermimpi dan sebagainya. Namun Ai yakin Ai waktu itu sedar…tidak tidur atau bermimpi apatah lagi berkhayal. Buat apa Ai nak khayalkan seorang perempuan cantik pulak kan? Waktu itu ai agak-agak hampir subuh kot…Ai terjaga tiba-tiba walaupun iphone yang Ai setkan arlam belum lagi berteriak. Semasa Ai terkebil-kebil itu lah mata Ai terpandang satu susuk tubuh sedang berdiri tegak berhampiran katil Ai ! Mulut Ai terkunci rapat dan tidak boleh bergerak langsung. Hati Ai menjerit-jerit ketakutan dan ingin mengejutkan hubby yang masih lena di sebelah namun semuanya tiada kudrat. Tetiba saja perempuan itu datang berdiri disamping Ai. Ai nampak jelas wajahnya dalam samar-samar lampu koridor yang terbias masuk ke kamar. Ai panik dan menjerit-jerit namun itu semua bergema dalam hati saja. Ayat-ayah suci Ai baca tunggang langgang sebab terlalu takut sangat….Perempuan itu bersuara…..Ai ingat lagi apa yang dia bertanya pada Ai tapi Ai tak berapa pasti….Ai tak mampu menjawab apa-apa pun dan dia dah mula marah….Ya Allah masa ini lah rupa dia bertukar jadi hodoh sesangat ! Lagi la Ai makin takut….rupa dia yang jelita pun Ai nak pengsan inikan pulak dalam rupa yang macam ni. Kemudian Ai tak tahu lagi apa yang berlaku sebab sebaik saja azan subuh bergema dari masjid yang bersebelahan rumah Ai bayangan ini terus menghilang ! Kejadian ini Ai ceritakan pada hubby..macam selalu lah dah dapat agak apa respon dari hubby…awak mimpi tu….

Kat sekolah Ai rasa tak berapa senang nak mengajar, asyik dok teringat kejadian dinihari tu….Ai pulak terfikir …rasa macam pernah nampak jer perempuan ni kat mana ya ? Ai kenal ker ? Apa dia nak dari Ai ? Siapa dia ? Wujud ker atau hanya illusi semata-mata seperti kata teman-teman.

Apa pun Ai bersyukur yang Ai ini masih mengingati kekuasaan Allah lebih hebat dari semuanya. Ai tak perlu gusar atau takut apa-apa pun selain dari Allah.

Sebenarnya masih banyak lagi pengalaman-pengalaman seperti ini yang Ai alami mungkin Ai akan tuliskan kat sini suatu masa nanti…..sekadar hiburan semata !

2 comments:

  1. pernah gak mengalami citer yang lebih kurang sama

    http://touyakaruma.com/blog/

    ReplyDelete
  2. Touyakaruma...

    Tentu pengalaman itu amat2 menyeramkan...sharelah

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info