Friday, November 19, 2010

Kerana Sebuah Dairy…….

cute cartoon couple

Salam semua….hari ini Ai sangat gembira sebab esok sekolah dah mula bercuti panjang !! Sangat teruja sebab inilah masanya nak habiskan projek decoupage atau folk art yang selalu terbengkalai …… lagi satu Ai ada pasang angan-angan untuk belajar menjahit pulak..wah banyak betul lah projek…tapi sayang rasanya tak dapat buat semua itu sebab Ai kena mengawas SPM !

Bila Ai dok blogwalking tadi tetiba teringat kisah zaman remaja dulu….ini semua sebab melawat blog anak2 remaja yang cun meluncun tu lah…sekarang banyak cara untuk meluahkan rasa, idea dan bakat melalui pelbagai cara. Berblog adalah salah satu cara…sebagai medan untuk anak-anak remaja berkarya. Ada yang jadikan blog seperti dairy kecil yang mengabadikan semua kenangan mereka tak kurang juga jadikan blog sebagai medan berkarya…

Zaman Ai dulu mana ada semua ini….kami mencatatkan semua kenangan manis, pahit dan lucu yang berlaku dalam kehidupan dalam sebuah dairy ! Setiap tahun sebuah dairy akan disediakan. Sudah namanya dairy dah tentu ianya mencatatkan sesuatu catatan kehidupan dan kita selalu menganggap ianya sesuatu yang berharga dan terlalu peribadi. Tiada seorang pun yang boleh membaca tanpa keizinan tuannya ! Walaupun orang tua sendiri!! jangan tak tau…Ai sendiri ada beberapa buah dairy yang siap dengan mangga kunci kecil lagi !!!

Ada kisah disebalik buku yang bernama dairy ini…..waktu itu Ai dalam sekolah menengah , …kecik lagi lah waktu ni. Masa itu Ai berkawan rapat dengan dua orang teman sebaya….tentulah perempuan! Kami bertiga memang berkawan baik, kemana pergi pasti bersama….walau ke toilet sekali pun. Biar ai namakan dia orang ni dengan panggilan manja saja si Mek Jah dan Mek Ning jer…. Dua-dua lawa dan manja tapi mereka berdua tak berapa tinggi. Macam Ai jugak lah kan….

Antara kami bertiga Mek Jah lah yang paling lawa…putih, rambut ikal ( Masa tu jahil tak bertudung pun) , mata bolat besar dan gigi putih berseri-seri. Pendek kata jika kami bertiga melenggang depan kelompok pelajar lelaki mesti mereka akan mengorat si Mek Jah…Lama kelamaan Mek Jah tersangkut pulak dengan sorang senior kami yang memang hebat dan berbakat. Dia ini memang menjadi pujaan ramai pelajar perempuan kat sekolah kami sebab selain dia pandai , dia juga pemain bola sepak pasukan sekolah….kira hebat lah tu.

Waktu Mek Jah bercouple ngan Wan, Mek Ning dah mula jauhkan diri….kami tak lagi dapat berkumpul macam selalu. Ai lah yang paling merana sebab sudahlah tak dapat berkawan rapat lagi dengan Mek Jah sejak dia dah berboypren ni…Mek Ning pulak buat-buat bosan.

Keadaan berlarutan hingga hujung tahun….kami tidak lagi semesra dulu. Suatu hari dalam sejarah…… kedua-dua orang sahabat Ai ini bergaduh besar kat toilet ! Berlaku adengan cabar mencabar, tolak menolak dan nangis-nangis lagi…waktu ini PJ so semasa kami tukar pakaian di toilet ini lah mereka ambil kesempatan. Ai dan beberapa kawan cuba meleraikan mereka , BUMMMM satu buku tebal kalor pink di baling ke lantai oleh si Mek Jah….Ai kutip. Ai buka…OH ! inilah rupanya punca pertempuran tadi…..dairy pink ini kepunyaan Mek Ning dan Mek Jah sudah terbaca secara tak sengaja….patutlah mereka bergaduh besar rupa-rupanya si Wan ni dah main kayu tiga dengan si Mek Ning. Aduh ! kiranya mereka ni bermadu lah…

Malulah kan sebab seorang lelaki dua sahabat berperang macam ni….Ai sendiri pun tak nak masuk campur. Jika tanya Ai lah dua-dua Ai nak bebel sebab dah tahu yang si Wan tu buaya longkang mereka tangkap jugak…..

Itu kenangan…sekarang ni si Mek Jah tak kahwin pun dengn jejaka popular sorang ni…dengar khabar dia dah ikut suami Mat Sallehnya ke Arab Saudi…hebat lah tu. Jangan tak tahu Mat Salleh tu orang Melayu la ..nama jer . Si Mek Ning pula Ai tak pernah kontek sejak kami sama-sama ke asrama. Tak jumpa pun kat FB! Paling Ai nak tergelak si Wan yang jadi rebutan tu dah buka restoran masakan panas kat kampung dia…..badan dia pun dah tiga kali ganda dari dulu !

Moral citer ni…..jika nak tulis apa-apa yang peribadi harus berhati-hati. jangan dedahkan kat mana-mana….nanti jika terkantoi kan susah….

 

5 comments:

  1. salam ziarah :)

    sy pun dulu waktu zaman kanak2, dah tulis diary..ntah apa yg ditulis..bila besar ni tgk balik diary tu rasa nk tergelak...hehehe..but now, ada blog, tulis je apa yg dirasa tp sy xberani nk dedah semua...bahaya...

    ReplyDelete
  2. Brilliant, terima kasih sbb bg komen. Azie tulis dairy tiap2 tahun tapi nampaknya sama saja citer dia...jika nak dedahpun pandai-pandailah...jgn keterlaluan pula.

    ReplyDelete
  3. sy tdk bisa comment soalnya saya tidak pernah punya diary.......

    ReplyDelete
  4. sy tulis diary sejak form 3..diary lepas skola hmpir semua je sedih..fikir nak buang tp..org ckp ngan sy suruh simpan jauh2..hmm..xbrani nak bukak, t sy sedih..skrg sy de public diary..hehee

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu. terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya. org kata zaman belajar jauh ni memang banyak sgt kenangan. Sy akan cuba menikmati saat2 belajar jauh ini dgn baek. insyaAllah :) selamat maju jaya cikgu !

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info