Sunday, November 21, 2010

Kelas matematik di pasar …….

education-quotes

Pagi minggu semalam Ai ke pasar…..biasalah mahu berbelanja barang-barang memasak dan membeli stok barang basah buat seminggu. Sebenarnya amat jarang Ai ke pasar sebab biasanya waktu perniagaan mereka awal pagi saja…jika kita sampai dalam pukul 11 atau 12 tengahari alamatnya dapat barang-barang yang tak berapa bagus lah kan….yang berkualiti banyak dah habis.

Ai singgah satu gerai mahu beli lengkuas dan serai…..penjualnya seorang remaja lelaki yang Ai agak umurnya dalam 20 tahun. Kira lepas SPM lah kot…..Ai pilih 2 tongkol lengkuas dan bagi dia timbang…

“ Kak, 7 x 4 berapa ya? “ tetiba jer dia bertanya…. Ai jadi agak tercenggang jugak lah kan…apa dia nak uji sifir Ai ker atau dia tak tau mengira.

“ 28 dik. Kenapa…?” jawab Ai…dia buat-buat selamba sambil senyum.

“ okeh, RM 2.80…” Dia bagitahu Ai harga lengkuas. Ai angguk. Kemudian Ai ambil seberkas serai…katanya 50 sen satu berkas.

“ RM2.80 campur 50 sen berapa kan?” Tanya dia lagi….Ai tambah hairan. Budak ni tak tahu mengira ker? Jika tak tahu bawalah kalkulator macam makcik sebelah tu. Dia masih menunggu respon dari Ai bila tengok Ai diam membisu jer.

“ RM3.30 lah dik…..” kesian pulak Ai tengok dia terkial-kial mengira dengan jari tangannya. Gelagat dia itu menginggatkan Ai dengan anak murid ai yang baru belajar mengira.

Ai menghulur not RM 10 padanya…..Dahinya berkerut tetiba

“ Sepuloh tolak 3.30 berapa bakinya ya kak?”

Ai dah agak dah…dia ni tak berapa mahir dalam kira mengira ni.

“RM 6.70 bakinya pada saya…” Jawab Ai.

Penjual ini menghulurkan RM6 pada Ai nak mintak izin untuk pergi tukar duit kat gerai sebelah dan datang balik dengan menyerahkan 70 sen pada Ai.

 

Kesian pulak ai dengan penjual muda ni. Agaknya dia terpaksa menolong orang tuanya kat gerai ni . Itu lah betapa pentingnya pelajaran bagi semua orang kan? Walaupun bukan kerja pejabat atau kerja apa sekali pun matematik tu penting. Asas kira mengira amat perlu ….ha tengok nak jadi pembantu gerai pun kena tahu sifir dan bijak dalam kira mengira ni kan?

Kejadian sebentar tadi seperti satu simulasi pelajaran matematik bersama pelajar di kelas pulak….

Ai tak boleh bayangkan jika pelanggan dia datang beli barang dalam kadar yang banyak dan bagi pulak not yang besar apa akan jadi pada penjual ni? Ai bukan nak memperkecilkan dirinya tetapi bersimpati……

6 comments:

  1. kesian pula dgn budak tu
    tapi nak buat macam mane
    mmg perkara mcm tu dah asas

    ReplyDelete
  2. iekah,
    Lagi kesia jika ada yang nk ambil kesempatan pulak...bagi duit palsu ke, buat2 kira tak betul ke lagi susah kan?

    T kasih ye Iekah kerana sudi dtg kat belog saya. Jgn luopa singah lagi ye

    ReplyDelete
  3. seb baik Ai tak buli dia kan? sian gak budak tu. mesti drop out

    ReplyDelete
  4. Kesian lak bdk tu.. nasib baik Ai ni baik.. kalu dpt yg kaki tipu.. camne? sian la budak tu nk cari rezeki kan.. kena suh dia pakai kalkulator.. ;p

    ReplyDelete
  5. WAHIDAH- Ye la sepatutnya dia bawa kalkulator kan?

    DARK HALF - Ai kan cikgu, kesian kat budak2 cam ni....x baik buli tau.

    ANGLOKO - Itu lah yg Ai dok fikir sepanjang jln balik umah hari tu...kena tipu cam mana lah dian nanti...tentu kena marah ngan mak dia kan?

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info