Saturday, November 27, 2010

Doa yang mustajab……Ikuti 9 petua Rasulullah

Selalunya kita sering tertanya-tanya adakah Allah akan memakbulkan semua doa-doa kita selama ini. Kadang kala juga kita tertanya-tanya apakah petua yang boleh diikuti supaya dapat mencapai doa mustajab… Berikut ialah petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa yang mustajab….

1. Doa anatara azan dan iqamat

2. Sepertiga malam yang terakhir seperti sabda Rasullah “ Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman..” Sesiapa yang berdoa kepada Ku, maka aku akan menerima permintaaanya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada KU maka Aku akan mengampuninya”

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda ; “ Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil , orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah akan mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka “

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : “ Aku dilarang membaca al Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud , maka perbanyakkanlah doa ketika itu”.

5. Hadis Abu Hurairah, r.a Nabi s.a.w bersabda : “ Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok , pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat, jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda : “ Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkannya “ Apabila beliau berwuduk ( dan mengerjkan solat malam? solatnya akan diterima Allah.

7. Ata bin Abi Rabah berkata : “ Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda : Sesiapa yang membaca surah yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadis daripada Abu Hurairah, rasulullah bersabda : “ Doo seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata : Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

9. Hadis daripada Abu Hurairah : Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu Baginda bersabda “ Pada hari Jumaat itu ada suatu saat , bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu .”

2 comments:

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info