Wednesday, January 13, 2010

Seorang Tua

Peristiwa yang membuatkan hatiku hiba:

Aku tiba-tiba jadi tersentuh hati pula ketika melayan Harian Metro hari ini....muka depan memaparkan seorang ayah tua dibuang anak kandung lantaran mengikut kata isterinya. Aduh!...mengapa tergamaknya si anak bertindak sedemikian rupa padahal orang tua itu adalah ayahnya. Waktu ku baca berita ini semasa aku sedang menikmati makan tengahari kami yang telahpun lewat ( layak dijadikan minum petang pun). Aku jadi tidak berselera untuk makan padahal tadi bukan main laparnya aku kerana tidak sempat menjamah makanan sewaktu di tempat kerja tadi.

Ku teruskan lagi pembacaan ....ooohhh rupaya si bapa baru saja keluar dari hospital akhibat menjalani satu pembedahan jantung baru-baru ini. Sudahlah masih tidak sihat sepenuhnya lagi tempat berteduh juga tiada. Kesian sungguh. Sepatutnya si anak membantu si ayah yang dalam kesusahan dan kesakitan ini. Ini dihalau dan ditinggal di perhentian bas. Semua gara-gara si isterilah.

Aku mula terfikir....
Alangkah bahagianya pakcik tua yang uzur ini seandainya dia mendapat kasih sayang dan perhatian anak-anak. Di hujung usianya yang dah senja apa lagi yang dapat membahagiakan hatinya selain dari sokongan dan kasih anak cucunya. Namun takdir hidupnya telah tertulis begitu....semoga Allah melindungi pakcik ini.

Seandainya Abahku masih ada akan ku pastikan hidup beliau sentiasa tenang dan gembira.....
Kami tidak berpeluang untuk membalas jasa-jasanya. Namun kami yakin bahawa Abah kami yang dikasihi ini amat berpuas hati dengan apa yang telah beliau dapat dari kami anak-anaknya....

No comments:

Post a Comment

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info