Thursday, January 14, 2010

Memori Indah.....

Aku jadi tersentuh emosi bila terpandang Vespa keluaran 1970 ini. Kira-kira barangan vantage lah ni...lebih-labih lagi jika warnanya merah hati ...macam gambar ini. Aku jadi begitu rindu sangat pada seseorang bila aku terpandang kenderaan unik ini. Oh ! Sebetulnya macam-macam rasa lagi bercampur baur dalam dadaku....Vespa yang penuh nostalgia inilah yang telah membawa Abah dan kami ke mana-mana destinasi....Waktu itu umurku sekitar 8 tahun...darjah dua. Aku akan ke sekolah dengan vespa Abah ini. Kadang-kadang terpaksa menapak sejauh 3 batu jika Abah ada hal penting. Aku bangga kerana aku dapat bersiar-siar dengan vespa ini sambil dua orang adikku berdiri tegak di bahagian hadapan. Masa itu seronok habis....namun bila masa beredar kudrat vespa Abah tidak lagi hebat...ia selalu saja meragam bila waktu Abah mahu bergegas ke kilang batik. Banyak wang dah dilaburkan untuk membaikinya. Lalu Abah mengambil keputusan menghentikan saja perkhidmatan vespa ini buat selamanya. Maka jadilah vespa ini satu barangan antik seperti tugu negara di bawah rumah kami. Sekali sekala saja Abah membawa keluar supaya ia tak terus rosak seperti besi karat.

Sewaktu aku berada di tingkatan Lima di SMKT Terengganu, Vespa kesayangan ini telah pun dijual kepada seorang kenalan Abah yang gemar mengumpul Vespa. Tersentak aku bila mamaberitatu nilai sebuah memori abah ini....

Cuma RM 150.00 sahaja......

No comments:

Post a Comment

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info