Thursday, March 17, 2011

Siapakah Raja Lawak 5 ?

thumbnailCA82IDF8

Malam ini jam 9 malam di saluran 188 dan saluran 105 ASTRO akan berlangsung Gelanggang Raja Lawak  Akhir untuk musim ke 5.

Wah ! Sangat-sangat teruja kerana Ai dan famili sangat minat program realiti yang satu ini….setiap minggu kami tak akan kemana-mana semata-mata mahu mengikuti pertandingan lawak ini. Siapa ye yang berjaya merebut gelaran Raja Lawak 5 kali ni? Pada Ai ketiga-tiga peserta memang berbakat dan ramai peminat….semua hebat-hebat. Persembahan mereka selalu mencuri perhatian juri dan menggamatkan suasana rumah kami dengan ketawa…..

Antara 3 peserta akhir ini Ai dan hubby memang minat abis dengan yang sorang ni..

.

.

.

.

.

166486_134515613274708_134400873286182_201707_7497752_n

MAN…..lawaknya fuhhh!! sangat melucukan dan sentiasa memberi persembahan yang bertenaga. Dia ni memang lawak abis…tengok mimik muka dia pun mau pecah perut! Setiap kali persembahan dia mesti bagi yang terbaik dan asli. Banyak idea yang dia bagi hingga Ai dan anak-anak tak jemu menonton beberapa kali siaran ulangan lawaknya kat ASTRO. Paling best bila dia menyamar jadi ERIC …..sebijik cam Eric la.

thumbnailCAJNQ5H7

KUMPULAN BALAS…..tak sangka betul dua anak muda ini berjaya ke peringkat akhir. Mereka berdua ini ada stail tersendiri yang lain dari pelawak yang sedia ada. Setiap kali persembahan mereka sangat suka berlakon sebagai warga asing dengan pelat Mat Salih . Idea mereka pun tak kurang uniknya dan mampu menggeletik hati semua penonton. Satu perkara Ai pelik sangat…kenapa ye kumpulan ini suka BURUNG?

thumbnailCANZHF3W

KUMPULAN R2……..Ai dan famili pun minat sakan dengan R2 ni. Lawak selamba mereka berdua amat menghiburkan. Ai dah agak memang mereka akan sampai ke gelanggang akhir memandangkan persembahan mereka sentiasa mendapat perhatian juri dan penonton. Cuma satu saja yang Ai terkilan sebab idea mereka tak berapa asli kerana lawak mereka kebanyakannya ada dalam kolom santai majalah….. kira dah biasa dengar lah kan. Tapi Ai tabiklah kerana mereka tak meniru bulat-bulat idea itu…Tengok jer muka si Aim (abang) dengan lawak selambanya Ai rasa nak tergelak…maniskan senyumannya. Si adiknya , Lopez pun apa kurangnya ...lawak abis.

Apa pun rasanya dah tak sabar lagi nak ketawa malam ini…..Tak kiralah siapa yang dinobatka sebagai Raja Lawak 5 malam ini Ai tak kisah sebab ketiga-tiga peserta memang layak!

OK..Ai nak pi Jusco lah nak beli kudap-kudap biar lagi BOOMBASTIC

p/s : Zizan dan Johan pun best tau lawak mereka !

1 comment:

  1. baru nak tengok kak raja lawak ni... sebelum ni memang tak tengok sebab astro dah putus.. baru pasang balik semalam.. ni semua gara2 tunang amni tu... haizzzzz....

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info