Friday, March 18, 2011

Ini saja yang saya ada, Cikgu……

thumbnail

Ai dah tinggalkan pesan pada murid-murid kelas Ai Tingkatan 2B bahawa yuran sekolah mereka perlu selesai dalam minggu itu juga. Ai tahu bukan semua yang berkemampuan untuk menjelaskan semua tapi Ai ini mudah bertolak ansur dan memahami….. asal bayar , ansur-ansur pun boleh…

Ai panggil pelajar ini dengan panggilan manjanya saja…KECHIK . Sebenarnya ada 3 orang KECHIK dalam kelas Ai tau. KECHIK SATU, KECHIK DUA  DAN KECHIK TIGA….Bukan Ai nak mempermainkan mereka dengan panggilan ini tetapi nak bagi mesra dan mereka pun suka…

Semasa Ai menguruskan kelas amali di bengkel KECHIK muncul bersama seorang teman sekelasnya.

“ Assalamualaikum Cikgu….saya nak bayar yuran sekolah.”

“ Masuklah Kechik…..bapa awak dah dapat gaji?”

“ Belum…..bapa belum dapat gaji lagi…Tapi mak bagi ini.”

KECHIK menghulurkan sebungkus wang siling 50 sen kepada Ai dengan wajah yang sedih. Tentulah Ai terkejut…banyak. Tentu berat KECHIK mengusung wang yuran ini ketika datang sekolah tadi. Macam mana KECHIK bawa Ai tak sampai hati nak tanya….nasib baik tak kena paw kat budak-budak nakal ataupun dirompak. Alhamdulillah selamat.

“ Awak pecah tabung ayam ke KECHIK ?”

“ Ye cikgu…..tabung mak saya dan saya. Emak kata ini saja yang ada RM44.”

Terharu Ai tau bila dia kata terpaksa pecah tabung untuk bayar yuran sekolahnya. Apakan daya mereka orang susah. Ai bersimpati dengan KECHIK.

Siling 50 sen yang berlonggok itu Ai terima dan memberikan resit bayaran pada KECHIK menandakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran yurannya tahun ini.

 

No comments:

Post a Comment

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info