Monday, May 3, 2010

DURIAN OH DURIAN

emmm sedapnya...





Ini lah buah yang paling aku suka sekali.... walaupun x boleh makan banyak (sbb ada darah tinggi) tapi aku tetap nak jamah jugak walaupun seulas dua. Hari tu hubby pi Pasar Tani kt Medan Gopeng...inilah dia beli. Rasanya lemak manis memang menggugat pantangku.


Oleh kerana aku ni hantu durian maka 2 minggu berturut-turut kena pi pasar tani untuk beli durian dan masak pulut durian. Tetiba jer teringat seseorang bila ku jamah raja buah ini... dulu masa kecik-kecik buah durian ni tak pernah beli walau sekali kerana rumah arwah abah kat kampung penuh dengan pokok durian. Setiap kali musim tiba siang malam kami makan durian. Balik sekolah pun aku gaul nasi dengan durian...... kini semua tu inggal kenangan . Sekarang ni pokok-pokok durian kat kampung tu dah tak berapa nak berbuah..mungkin dah tak subur dan tua. Jika kami balik kampung abah atau mama akan beli jer kat pasar dan tanak pulut untuk jamu kami.... oh betul-betul rindu suasana itu.

2 comments:

  1. salam...
    nak tanya sedap ke kak??...x de kuah ye...actually mai x pernah makan...org joho la katakan...

    ReplyDelete
  2. Mai... Kami mkn dengan santan. Sedap

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info