Sunday, April 18, 2010

PASAR LOKEN / PASAR KARAT


Pagi minggu ni tetiba jer teringat nak pusing-pusing Pasar Loken atau Pasar Karat di Ipoh. Pasar Loken ni memang terkenal kerana semua barang boleh dibeli di sini dengan harga yang murah. Kata orang, jika sampai di Perak, rugi lah jika tak jengok sebentar di Loken. Apa istimewanya Loken ?

Sebenarnya aku pun tak pernah tahu sejak bila ia beroperasi....tambahan pula aku bukannya anak jati Perak. Kata suami ( yang memang asal Ipoh)
Pasar Loken ini wujud sudah berpuluh tahun. Masa dia kecik2 lagi dah ada dah... Dulu masa tengah2 bercinta dulu ada sekali hubby bawa pusing-pusing Pasa Loken ni. Masa tu ianya masih di tapak lama iaitu di tepi sungai
yang mana sekarang ni dah di dirikan pusat rekreasi.

Tercengang juga bila pertama kali sampai kemari. Di tempa aku tak ada pasar seperti ini. Pasar lambak ada lah itu pun menjual barang-barang terkini...

Aku memang teruja bila tengok lambakan barang-barang antik. Hampir keseluruhan peniaga menjual barang antik dari periuk belanga, pinggan mangkuk, barangan perhiasan wanita dan bermacam lagi. Katil bayi pun ada tapi yang zaman sekarang le.










No comments:

Post a Comment

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info