Saturday, January 1, 2011

Dani Adamaya meninggal dunia…

 

faizal yusof

Hari ini bila buka saja surat khabar…terkejut juga bila membaca berita bahawa pelakon Faizal Yusof telah kembali ke Rahmatullah akhibat serangan jantung ! Sungguh tak disangka dalam kemeriah seluruh warga menyambut tahun baru kita telah dikejutkan dengan kematian yang mengejutkan ini. Bekas suami kepada Nana ini menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak pukul 1.45 tengahari 1.1.2011 dalam usia 33 tahun.

Lakonan beliau yang amat berkesan beliau ialah dalam Drama Adamaya dimana beliau memegang watak Dani yang mengundang rasa benci penonton drama popular itu. Watak Dani yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Adam dan Maya itu betul-betul menjadi.

Kini kita telah kehingan seorang lagi pelakon yang berbakat. Semoga Roh beliau dicucuri Rahmat… Tahziah kepada ahli keluarga Allahyarham…

 

1 comment:

  1. tak pernah tengok adam maya.. tak pernah tengok dia balakon jahat.. selalu dia balakon baik-baik je.. huhu...

    terkesan jugak bila dengar berita tu... alfatihah untuk allahyarham.....

    ReplyDelete

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info