Saturday, December 5, 2009

LASKAR PELANGI


Inilah sebuah novel yang menjadi sumber motivasi dan inspirasiku. Laskar Pelangi buah tangan sulung Andrea Hirata yang digarab dari sebuah pengalaman beliau sendiri semasa zaman kecilnya sehinggalah dewasa dalam mencapai impian hidup. Andrea telah berjaya meyajikan suatu bahan bacaan bermutu yang boleh dijadikan sumber inspirasi anak-anak miskin yang mempunyai impian untuk berjaya walaupun dihimpit pelbagai rintangan dan ranjau kehidupan.

Aku begitu mengagumi beliau kerana meskipun dilahirkan dalam keluarga miskin dimana orang tuanya pula tidak berpendidikan langsung namun dia boleh keluar dari belenggu kehidupan serba kekurangan di Pulau Belitong. Berbekalkan kesungguhan dan impian yang menggunung akhirnya dia berjaya menempatkan dirinya bersama sepupu yang senasib mendaki puncak kejayaan di menara gading di Perancis!

Ah...sebenarnya terlalu indah perjalanan hidup anggota Lasykar pelangi ini untuk kita terokai bermula zaman kanak-kanaknya berjuang menempatkan diri dalam alam persekolahan yang daif yang hampir dituup kerana kekurangan pelajar dan kedaifan. Perjuangan mereka dalam menimba ilmu meski serba kekurangan. Air mataku menitis ketika menghayati pengorbanan insan-insan yang tulus hatinya ini mencari kemajuan diri. Kadangkala aku juga ketawa bila Andrea menceritakan saat-saat lucu dalam kehidupannya. Kisah percintaan mereka juga membuai perasaan....betapa kesetiaan dan ketulusan hati menyuntik semangat untuk mereka terus mengejar impian....

Novel ini sebenarnya terkandung nilai-nilai moral yang tinggi untuk dijadikan panduan kita, semangat setia kawan dan kasih sayang yang menebal antara mereka...Nampaknya aku betul-betul telah jatuh cinta kini dengan buah tangan Andrea Hirata...dan sudah pastinya akan diterokai lagi perjalanan kisah suka duka mereka dalam Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov.....

1 comment:

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info