Thursday, March 17, 2011

Siapakah Raja Lawak 5 ?

thumbnailCA82IDF8

Malam ini jam 9 malam di saluran 188 dan saluran 105 ASTRO akan berlangsung Gelanggang Raja Lawak  Akhir untuk musim ke 5.

Wah ! Sangat-sangat teruja kerana Ai dan famili sangat minat program realiti yang satu ini….setiap minggu kami tak akan kemana-mana semata-mata mahu mengikuti pertandingan lawak ini. Siapa ye yang berjaya merebut gelaran Raja Lawak 5 kali ni? Pada Ai ketiga-tiga peserta memang berbakat dan ramai peminat….semua hebat-hebat. Persembahan mereka selalu mencuri perhatian juri dan menggamatkan suasana rumah kami dengan ketawa…..

Antara 3 peserta akhir ini Ai dan hubby memang minat abis dengan yang sorang ni..

.

.

.

.

.

166486_134515613274708_134400873286182_201707_7497752_n

MAN…..lawaknya fuhhh!! sangat melucukan dan sentiasa memberi persembahan yang bertenaga. Dia ni memang lawak abis…tengok mimik muka dia pun mau pecah perut! Setiap kali persembahan dia mesti bagi yang terbaik dan asli. Banyak idea yang dia bagi hingga Ai dan anak-anak tak jemu menonton beberapa kali siaran ulangan lawaknya kat ASTRO. Paling best bila dia menyamar jadi ERIC …..sebijik cam Eric la.

thumbnailCAJNQ5H7

KUMPULAN BALAS…..tak sangka betul dua anak muda ini berjaya ke peringkat akhir. Mereka berdua ini ada stail tersendiri yang lain dari pelawak yang sedia ada. Setiap kali persembahan mereka sangat suka berlakon sebagai warga asing dengan pelat Mat Salih . Idea mereka pun tak kurang uniknya dan mampu menggeletik hati semua penonton. Satu perkara Ai pelik sangat…kenapa ye kumpulan ini suka BURUNG?

thumbnailCANZHF3W

KUMPULAN R2……..Ai dan famili pun minat sakan dengan R2 ni. Lawak selamba mereka berdua amat menghiburkan. Ai dah agak memang mereka akan sampai ke gelanggang akhir memandangkan persembahan mereka sentiasa mendapat perhatian juri dan penonton. Cuma satu saja yang Ai terkilan sebab idea mereka tak berapa asli kerana lawak mereka kebanyakannya ada dalam kolom santai majalah….. kira dah biasa dengar lah kan. Tapi Ai tabiklah kerana mereka tak meniru bulat-bulat idea itu…Tengok jer muka si Aim (abang) dengan lawak selambanya Ai rasa nak tergelak…maniskan senyumannya. Si adiknya , Lopez pun apa kurangnya ...lawak abis.

Apa pun rasanya dah tak sabar lagi nak ketawa malam ini…..Tak kiralah siapa yang dinobatka sebagai Raja Lawak 5 malam ini Ai tak kisah sebab ketiga-tiga peserta memang layak!

OK..Ai nak pi Jusco lah nak beli kudap-kudap biar lagi BOOMBASTIC

p/s : Zizan dan Johan pun best tau lawak mereka !

Wednesday, March 16, 2011

Saya sudah kembali…..

sad

Ya Allah rupaya hampir 2 bulan lebih Ai dah tinggalkan dunia blog ni.

Merajuk ? Kering idea? Kemalasan tahap gaban? Bizi memanjang? Mood tak menentu? Tenet buat hal ? Itu semua pertanyaan demi pertanyaan yang bermain difikiran sesetengah teman-teman yang pernah singgah disini…tapi siapalah Ai kan? Bukan sesiapa pun….jauh sekali ada follower yang setia. Sekadar pinggiran orang kata…. Blog-blog femes lain lah sentiasa ditunggu-tunggu oleh pembaca entry-entry mereka.

Sekarang ni masih dalam mood bercuti…masih ada lagi 3 hari lagi cuti sekolah masih berbaki. Ai tak kemana-mana pun cuma habiskan masa bersama keluarga kat rumah. Sebenarnya masa cuti cam gini lah kerja bertambah kat rumah…tengok homework anak-anak, lipat kain, susun buku, siram pokok, masak-masak resipi baru, tengok movie, ehh !! macam-macam lagi lah….tak cukup seminggu cuti. Itu belum masuk list lagi marking paper ujian selaras bebudak yang masih tinggal 1 kelas jer lagi nak siap.

Sekarang Ai nak mula semula hobi berblonging ini…..nak isi masa luang jika ada sebenarnya sebab Ai memang suka menulis dan merapu….Hobi apa yang ai tak pernah cuba? Cuma hobi yang tidak sah disisi agama dan undang-undang jer Ai tak buat. Orang cuba wat coklat…Ai sibuk sama. Orang pi kelas Folk Art Ai pun pi joint…Orang sibuk cuba resipi baru kat tenet ..Ai camgitu, Orang sibuk berFB…Ai menci ! Tak berapa suka dah BerFB sebab….banyak sebab. Sekali sekala je buka sebab nak tau perkembanngan teman-teman baik dan sedara semua…

Rasanya nak bagi ada semangat sikit nak berblog ni Ai cadang nak tukar Header LOVELYROSES 2U ni la……

Saturday, January 1, 2011

Dani Adamaya meninggal dunia…

 

faizal yusof

Hari ini bila buka saja surat khabar…terkejut juga bila membaca berita bahawa pelakon Faizal Yusof telah kembali ke Rahmatullah akhibat serangan jantung ! Sungguh tak disangka dalam kemeriah seluruh warga menyambut tahun baru kita telah dikejutkan dengan kematian yang mengejutkan ini. Bekas suami kepada Nana ini menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak pukul 1.45 tengahari 1.1.2011 dalam usia 33 tahun.

Lakonan beliau yang amat berkesan beliau ialah dalam Drama Adamaya dimana beliau memegang watak Dani yang mengundang rasa benci penonton drama popular itu. Watak Dani yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Adam dan Maya itu betul-betul menjadi.

Kini kita telah kehingan seorang lagi pelakon yang berbakat. Semoga Roh beliau dicucuri Rahmat… Tahziah kepada ahli keluarga Allahyarham…

 

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info