Hari ini hujung minggu….Sabtu yang cukup membosankan sebab cuti sekolah akan berakhir sehari saja lagi…..ini bermakna selama seminggu bercuti Ai tak buat apa-apapun yang boleh ditulis dalam dairy bahawa “Saya sedang bercuti”…aktiviti pun tak menarik langsung. Dok di rumah memanjang dengan membereskan kerja-kerja suri rumahtangga yang tak pernah habis.
Kesian anak-anak pun ada sebab mereka juga terpaksa menghabiskan masa cuti hanya mengadap buku-buku sekolah dan berhibur ala kadar saja dengan menonton ASTRO. Paling gah pun mereka cuma ikut papa mereka tengok perlawanan bolasepak kat stadium Ipoh atau padang PUO saja. Yang girl pulak lepak dengan Ai kat umah saja…sian kan?
Jadi…hubby cadangkan Ai pergi jer mesyuarat agong koperasi guru kat SMK Ampang pagi ini pukul 9.00. Katanya dapat juga Ai jumpa kawan-kawan dari sekolah lain dan dapat wang saku RM25. Ye lah RM25 tu sebagai adiah bagi yang rela hadir. Selama Ai jadi ahli koop ni baru kali ini Ai terbuka hati nak pergi meeting sebab selalunya Ai asyik ada komitmen lain saja.
Masa Ai sampai dewan cuma ada tak sampai pun 15 orang ahli yang ada. Nasib baik jumpa kawan-kawan lama yang dah pindah sekolah. Tunggu punya tunggu jam dah pukul 10.00….nampaknya meeting kali ini terpaksa dibatalkan sebab tak cukup ahli, cuma kekurangan 12 orang ahli saja lagi. Wang saguhati RM25 kami dapat jugak la….
Call hubby suruh jemput ….sebagai upah dia ajak Ai makan nasi kandar lauk otak kat Pekan Ipoh Lama. Meskipun selera kami berbeza, Ai tak berkira sangat sebab hubby punya pasal kita ikut saja….
Kebetulan Ai belum jamah sarapan…so nasi kandar otak itu selamat Ai sapu licin. Siap tapaw pasembor lagi untuk anak-anak dan mak mertuaku.