Monday, May 17, 2010

MIA SARA VS SOFIYA

Amani

Siapa yang tak kenal dengan si cilik ini. Lebih dikenali dengan nama Amani. Kerana dialah ramai penonton slot drama melayu akan melekat depan TV setiap petang semata-mata mahu menonton keletahnya.

Aku tak hairan sangat dengan jalan cerita ADAMAYA kerana sudah boleh mengangak akan ending dia yang HAPPY. Hero dan heroinnya yang kacak dan cun juga salah satu daya penarik kepada drama bersiri ini. Tapi ku kira semua orang setuju sebenarnya kita sangat terhibur dengan keletah si cilik yang berusia hampir 5 tahun ini.

This is her first drama...tapi cara dia berlakon macam dah berpuluh drama. Ye lah dia pun pelakon iklan sejak kecil. Peminat dia pun dah mencecah 15,000 orang di facebook! Waduh... boleh kalahkan artis yang dah lama terkenal.

ADAMAYA yang telahpun amat dengan bahagianya baru-baru ini telah menjadikan ramai makcik-makcik, kakak-kakak , budak sekolah dan semua orang rindu akan AMANI..

Kata hubbyku. Bila lihat AMANI, dia teringatkan seseorang.
keletah nakal, manja dan senyumannya yang sangat bererti dalam hidup. Beliau ialah...

Baby Sofia

Ini adalah puteri tunggal kami. Namanya Ainin Sofiya. Gambar ni dirakam dia seusia dengan Mia Sara. Sekarang Baby sudah besar. Dah pun 12 tahun . Dia pun peminat Mia Sara.

Kata Baby kalau boleh dia mahu jumpa dengan Mia Sara.

Monday, May 3, 2010

DURIAN OH DURIAN

emmm sedapnya...





Ini lah buah yang paling aku suka sekali.... walaupun x boleh makan banyak (sbb ada darah tinggi) tapi aku tetap nak jamah jugak walaupun seulas dua. Hari tu hubby pi Pasar Tani kt Medan Gopeng...inilah dia beli. Rasanya lemak manis memang menggugat pantangku.


Oleh kerana aku ni hantu durian maka 2 minggu berturut-turut kena pi pasar tani untuk beli durian dan masak pulut durian. Tetiba jer teringat seseorang bila ku jamah raja buah ini... dulu masa kecik-kecik buah durian ni tak pernah beli walau sekali kerana rumah arwah abah kat kampung penuh dengan pokok durian. Setiap kali musim tiba siang malam kami makan durian. Balik sekolah pun aku gaul nasi dengan durian...... kini semua tu inggal kenangan . Sekarang ni pokok-pokok durian kat kampung tu dah tak berapa nak berbuah..mungkin dah tak subur dan tua. Jika kami balik kampung abah atau mama akan beli jer kat pasar dan tanak pulut untuk jamu kami.... oh betul-betul rindu suasana itu.
 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info