Thursday, January 14, 2010

Memori Indah.....

Aku jadi tersentuh emosi bila terpandang Vespa keluaran 1970 ini. Kira-kira barangan vantage lah ni...lebih-labih lagi jika warnanya merah hati ...macam gambar ini. Aku jadi begitu rindu sangat pada seseorang bila aku terpandang kenderaan unik ini. Oh ! Sebetulnya macam-macam rasa lagi bercampur baur dalam dadaku....Vespa yang penuh nostalgia inilah yang telah membawa Abah dan kami ke mana-mana destinasi....Waktu itu umurku sekitar 8 tahun...darjah dua. Aku akan ke sekolah dengan vespa Abah ini. Kadang-kadang terpaksa menapak sejauh 3 batu jika Abah ada hal penting. Aku bangga kerana aku dapat bersiar-siar dengan vespa ini sambil dua orang adikku berdiri tegak di bahagian hadapan. Masa itu seronok habis....namun bila masa beredar kudrat vespa Abah tidak lagi hebat...ia selalu saja meragam bila waktu Abah mahu bergegas ke kilang batik. Banyak wang dah dilaburkan untuk membaikinya. Lalu Abah mengambil keputusan menghentikan saja perkhidmatan vespa ini buat selamanya. Maka jadilah vespa ini satu barangan antik seperti tugu negara di bawah rumah kami. Sekali sekala saja Abah membawa keluar supaya ia tak terus rosak seperti besi karat.

Sewaktu aku berada di tingkatan Lima di SMKT Terengganu, Vespa kesayangan ini telah pun dijual kepada seorang kenalan Abah yang gemar mengumpul Vespa. Tersentak aku bila mamaberitatu nilai sebuah memori abah ini....

Cuma RM 150.00 sahaja......

Wednesday, January 13, 2010

Aku dan Handphone

Pada pengamatanku handphone dan manusia tidak dapat dipisahkan. Tak kiralah berapa usia seseorang itu pun handphone telah menjadi sebahagian daripada pelengkap diri. Keperluan handphone dalam hidup manusia telah melonjak keanak tangga teratas selepas perluan asas yang lain dipenuhi, alasanya dengan memiliki alat ini komunikasi antara kita menjadi lebih baik. Bukan itu saja ianya juga boleh menjadi semua dalam satu....radio, kamera, TV, mesin kira malah lampu picit pun boleh diperolehi. Aku sebenarnya bukan nak huraikan dengan panjang lebar tentang kepentingan handphone ini kerana semua orang sedia maklum. Budak 3 tahun pun tahu kegunaanya.

Aku sebenarnya tak kisah sangat kecanggihan handfone ni. Cukuplah sekadar dapat berhubung dengan insan-insan tersayangsudah memadai. Satu kemestian aku juga selalu menggunakan handphoneku sebagai mesin kira jika berurusan dengan pengiraan rumit..umpama nak total markah pelajar atau nak buat pengiraan barang-barang dapur ketika sedang membeli belah kat pasaraya. Aku jenis yang tak gemar bertukar-tukar handphone sepertimana ramai antara kawan-kawanku suka berbuat demikian. pantang keluar model baru kat pasaran mereka akan menukarkan dengan yang baru. Tapi handphone ksayanganku model Motorola musnah teruk sewaktu terhempas ke lantai gara-gara kecuaian sendiri, maka terpaksalah aku beli yang baru.
Terfikir pula nak mencuba model terbaru yang serba canggih seperti iPhone model Apple ini. Berminggu jugalah aku membodek hubbyku yang sentiasa murah senyum ini menyumbangkan separuh bayaran untukku supaya dapat membeli Iphone idaman ini.

Termakbul juga hajat untuk memilikinya kerana aku tak perlu lagi memikul komputer riba ku yang terlalu besar dan berat itu ke sekolah. Namun, aku tewas juga kerana dek kecanggihan iphone baruku itu aku menjadi leka pula melayannya. Hubby mula tak senang...maka kenalah aku menukarnya dengan handphone lama dia dengan buah hatiku ini.....

Seorang Tua

Peristiwa yang membuatkan hatiku hiba:

Aku tiba-tiba jadi tersentuh hati pula ketika melayan Harian Metro hari ini....muka depan memaparkan seorang ayah tua dibuang anak kandung lantaran mengikut kata isterinya. Aduh!...mengapa tergamaknya si anak bertindak sedemikian rupa padahal orang tua itu adalah ayahnya. Waktu ku baca berita ini semasa aku sedang menikmati makan tengahari kami yang telahpun lewat ( layak dijadikan minum petang pun). Aku jadi tidak berselera untuk makan padahal tadi bukan main laparnya aku kerana tidak sempat menjamah makanan sewaktu di tempat kerja tadi.

Ku teruskan lagi pembacaan ....ooohhh rupaya si bapa baru saja keluar dari hospital akhibat menjalani satu pembedahan jantung baru-baru ini. Sudahlah masih tidak sihat sepenuhnya lagi tempat berteduh juga tiada. Kesian sungguh. Sepatutnya si anak membantu si ayah yang dalam kesusahan dan kesakitan ini. Ini dihalau dan ditinggal di perhentian bas. Semua gara-gara si isterilah.

Aku mula terfikir....
Alangkah bahagianya pakcik tua yang uzur ini seandainya dia mendapat kasih sayang dan perhatian anak-anak. Di hujung usianya yang dah senja apa lagi yang dapat membahagiakan hatinya selain dari sokongan dan kasih anak cucunya. Namun takdir hidupnya telah tertulis begitu....semoga Allah melindungi pakcik ini.

Seandainya Abahku masih ada akan ku pastikan hidup beliau sentiasa tenang dan gembira.....
Kami tidak berpeluang untuk membalas jasa-jasanya. Namun kami yakin bahawa Abah kami yang dikasihi ini amat berpuas hati dengan apa yang telah beliau dapat dari kami anak-anaknya....

Kasut sekolahku

Ku rasa semua orang pernah mempunyai satu memori indah di zaman persekolahan dulu. Memori itu bisa membuatkan bibir kita sentiasa tersenyum, ada kalanya mungkin boleh jadi tersentuh emosi lantaran memori itu teramat pahit barangkali…Ya aku sebenarnya mempunyai banyak memori indah di zaman kanak-kanak terutamanya di sekolah rendah. Masih ingat lagi waktu itu aku baru saja darjah satu. Oleh kerana aku memang dilahirkan dalam keluarga yang miskin tapi aku sangat suka belajar. Jika semua kawan-kawan sekelasku mempunyai beg sekolah yang besar dan cantik, satu set pensel warna 24 batang yang beraneka warnanya, buku-buku rujukan yang bagus-bagus, set stationery yang mahal-mahal tapi aku cuma ada satu beg sekolah yang kecil dan lusuh malah sudah koyak dan berlubang di bahagian bawahnya. Hampir setiap hari aku tercicir beberapa batang pensel dan pemadam lantaran alat tulis ku ini telah menerobos keluar melalui lubang beg yang ternganga itu. Namun aku kuatkan semangat. Abah bukanlah seorang yang berpangkat cuma kuli pengecop batik saja. Gajinya sekitar tidak lebih daripada RM100 seminggu. Berbekalkan gaji yang tak seberapa itulah kami dibesarkan. Namun kami tetap bersyukur kerana dapat makan 3 kali sehari seperti orang lain. Tak lebih dan tak kurang.

Aku anak sulung dan adik beradikku ramai. Malah makin bertambah selang setahun kerana mama kerap beranak dan tak tahu cara untuk merancang keluarga. Mungkin juga kerana tiada masalah semasa mengandung dan melahirkan maka kedua orang tuaku ini tidak kisah jika keluarga kami makin bertambah saban tahun meski pun wang gaji abah tidak pernah bertambah walaupun sepuluh ringgit setahun pun!
Berbalik pada kisah ku tadi…

Aku amat teruja bila menerima surat jemputan ke Hari Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang yang akan berlangsung di sekolahku pada suatu hari. Para Ibubapa dan penjaga akan dijemput untuk meraikan kejayaan anak masing-masing pada hari itu. Abah dan mama juga mendapat jemputan kerana aku salah seorang pelajar cemerlang bagi kelasku.
“ Kamu kena pakai cantik-cantik pada hari itu nanti sebab kamu akan naik ke pentas dan mengambil hadiah dari orang besar.” Kata guru kelasku Cikgu Omar.
Aku tak gembira jadinya bila teringatkan sepasang kasutku yang rabak dan terlalu lusuh. Lubang pada hujung jari kaki terlalu besar hingga menampakkan sebahagian ibu jari kaki kanan dan kiri. Kedua-dua tapak kasut pula dah menipis malah sudah pun berlubang pada bahagian tumit hingga stoking ku basah lenjun bila ku ke tandas atau hari hujan. Aku jadi gelabah kerana ini akan mencacatkan penampilanku ketika melangkah ke pentas nanti. Aku malu pada semua kawan-kawan dan guru-guru bila mereka terpandang sepasang kasut ku ini. Aku sebak dan terus menangis.
“ Ma, Kak Na dapat hadiah. Nombor satu. Sabtu depan ma dan abah abah datang tengok ye.” Suaraku seakan tersekat separuh di kerongkong saat aku meyampaikan berita gembira ini.
“ Alhamdulillah. Ma mesti pergi. Kak Na sedih kenapa?” Mamaku ceria saja. Matanya bersinar . Aku terkunci lidah.
“ Ma…Kak Na malu. Cikgu kata mesti pakai cantik. Kasut Kak na buruk.” Itu saja yang mampu aku ucapkan. Tak berani menatap wajah ibuku.
“ Tak pe. Orang bukan nak tengok kasut tapi nak tengok sapa yang dapat nombor satu. Kak Na cuci bersih-bersih kasut tu nanti tempek kapur tebal-tebal biar putih macam baru..”
“ Tapi…lubang-lubang tu nak buat lagu mana?” Aku dah kebanjiran air mata.
Mama tak berkata apa-apa pun selepas itu dan berlalu ke dapur..
……………………………………………………………………………………………………………
Suatu pagi Jumaat sehari sebelum majlis besar itu, aku bersungguh-sungguh memberus kasutku dan melumurkan kapur tebal-tebal padanya agar nampak bersih dan putih. Namun aku tidak mampu untuk menyembunyikan tapak kasut yang dah berlubang besar dan aku tak berdaya menapal hujung kasutku yang telah mendedahkan ibu jari kakiku itu. Aku sebak lagi….dan ketika aku menjemur sepasang kasut sekolahku yang satu-satunya ini di atas rumput belakang rumah abah menghampiriku dan memeluk kedua bahuku sambil berkata…

“ Kak Na…kesian kak Na. Nanti abah belikan kasut baru ya tapi bukan sekarang…”
Namun doaku dimakbulkan Allah juga. Sebelum azan Magrib abah sudah pulang membawa satu palstik besar dan meletakkan betul-betul diatas ribaku. Aku kaget. Ada dua kotak besar di dalamnya dan…ya aku pasti sekali. Memang itu kotak-kotak kasut sekolah. Wajah abah jernih dan manis sewaktu kali pertama dia menyaksikan aku menyarung sepasang kasut sekolah yang baru ke kakiku…
Aku sendiri tidak dapat berkata-kata lagi malah untuk mengucapkan terima kasih pada abah pun kerongkong ku terjerat. Hanya aku mampu mengukir senyuman pada abah dan mama. Aku tidak menyangka Allah itu pemurah benar kerana aku hanya minta sepasang kasut sekolah yan g sederhana tapi hari ini aku mendapat dua pasang kasut sekolah yang mahal dan paten baru pula. Kawan-kawan ku tentu hairan dan memuji kasutku nanti.
Pada hari bersejarah itu aku dengan langkah penuh bangga dan yakin diri tampil ke pentas untuk menerima penghargaan . Aku juga rasa selesa sekali kerana sepasang kakiku kini telah tersarung sepasang kasut sekolah yang baru dan elegent sekali. Terima kasih abah….
Abah tidak dapat hadir di hari pertama aku menerima hadiah kerana dia sukar untuk mengambil cuti. Andai abah bercuti bermakna kami akan berpuasa pada hari itu….
Setelah beberapa tahun peristiwa itu berlalu…baru aku tahu bahawa Abah telah meminjam wang dari majikannya semata-mata untuk melihat aku tidak malu untuk naik ke pantas pada hari itu. Itulah pengorbanan seorang Abah untuk anaknya…
Terima kasih Abah…..

Sunday, January 10, 2010

Suamiku dan nasi lemak

Dah dua hari suamiku kemaruk nasi lemak buatanku..Hari Khamis sebelumnya dia dah sms siang-siang masa aku tengah mendaki anak tangga ke kelas. Selalunya rutin hidup suamiku ini selalu berpuasa sunat Isnin dan Khamis tiap-tiap minggu. So, dengan senang hatinya dia pinta aku buatkan nasi lemak kampung kegemarannya untuk berbuka.

Meting hari tu tamat agak lewat. Jam 5 petang aku baru nak mandi dan berdandan setelah seharian rasanya berpeluh dan kering di sekolah tadi. Kerana kepenatan aku pun beli saja nasi lemak kat Pekan Razaki untuk kami anak beranak.

Hanya hari minggu begini saja aku sedikit lapang dan sempat buatkan dia nasi mlemak kampung....Lauknya cuma sambal tumis ayam, bilis goreng dan telur goreng sahaja. Timun pun tak ada stok dalam aisbox aku...Kacang goreng dia tak minat katanya menyusahkan dia nak mengunyah saja...Masak lebih sikit untuk diberikan mak dan bapa mertuaku serta ayah chu...he he he petang pun terpaksa telan nasi lemak jugak.

Saturday, January 9, 2010

Rindu aku pada Abah...

Abah tau tak……

Sekarang ni kak na rasa sangat rindukan abah….
Masih terbayang wajah abah yang tenang, tabah, ceria, lucu dan kadang-kadang garang. Kak na dah tak ada tempat nak luahkan masalah bila abah dah pergi. Abah lain dari yang lain. Abah boleh bercakap soal apa bidang sekalipun. Politik, gossip artis, model terbaru handfon, kereta dan macam-macam lagi….. Kak na rasa abah seorang yang hebat. Meskipun pelajaran abah setakat sekolah rendah tanpa kelulusan tapi abah banyak pengetahuan.

Abah tak masuk siber cafĂ© tapi abah dah macam layar internet bila setiap pagi melepak kedai kopi Nora berbual dengan kenalan. Sejak abah dah pencen dari kerja sebagai pengecop batik abah hanya boleh tolong mama jual kuih. Abah suka kerja baru ni….

Abah…

Kak na amat terkilan dan sedih bila mengenangkan banyak perkara yang kita rancangkan dengan adik-adik tak kesampaian. Abah kepingin merasa berteduh di rumah baru. Rumah lama abah pun dah uzur sangat lagipun bukan milik abah. Sebab itulah abah tak terkilan jika kita semua tak baiki rumah ini. Abah tak perlukan rumah batu besar dan indah cuma cukup untuk duduk berlindung. Ada bilik tempat beradu dan dapur tempat ma masak dan kita makan ramai-ramai. Ada ruang tamu kecil pun tak mengapa asalkan dapat berehat dengan anak cucu. Kak na dan adik-adik dah berpakat untuk buat sumbangan bangunkan rumah idaman abah tapi..... abah tak sempat melihat walau tiang rumahnya berdiri pun. Abah, cepatnya abah pergi.....

Abah janji nak tunggu kak na balik. Lepas Hannan keluar wad hari tu kak na mahu sangat abah dan ma datang Ipoh rumah kami. Hannan tentu gembira jika Tok abah datang. Malam itu semasa dalam wad kak na hubungi abah memberitahu perkembangan kesihatan Hannan pada abah. Lama juga kita berbual tapi kak na rasa abah tak berapa ceria. Suara abah tak gembira seperti selalu. Kak Na rasa tentu abah risau pasal cucunya. Banyak perkara abah pesan pada kak na tentang kesihatan Hannan. Hannan juga sempat bercakap dengan abah seketika sebelum talian diputuskan. Seperti biasa kak na berjanji akan telefon abah lagi. Tapi rupanya itulah perbualan kita yang terakhir......abah! Jika kak Na tahulah abah akan pergi dari kami pasti malam itu kak na segera balik menemui abah dan peluk abah. Kak na mahu minta ampun pada abah atas segala kesalahan kak na. Abah.... ampun kak na ya.

Abah oooo abah !

Bila terkenangkan abah, kak na kadang-kadang jadi terharu dan hiba. Kak na terlalu rindukan suara abah. Walaupun kak na jarang balik tapi boleh dikatakan setiap hari kak na akan telefon abah. Tak kiralah pukul berapa sekalipun abah pasti melayan kak na berbual. Selalunya kita berbual pasal kesihatan masing-masing. Yalah, kakna pun macam abah berpenyakit darah tinggi. Banyak petua abah berikan untuk kak na dan Hannan. Kadang-kadang kak na cerita pasal sakit gigi pada abah mintak pandangan abah. Lucukan.. abah dah macam doktor pula. Satu yang kak na kagum sangat dengan abah, apa yang abah cakap semuanya betul. Masih ingat lagi kak na ketika mula-mula cabut gigi geraham bongsu tahun lalu. Macam-macam abah pujuk supaya kak na berani pergi ke klinik gigi. Selesai je gigi dicabut, kak na telefon abah beritahu dan selamat. Abah ketawa. Hairannya ... kata abah , ” jangan dibuka kapas macam tembakau tu. Itu ubat mati darah. Luka pun cepat baik. ”

Kak na selalu mengadu pada abah tentang banyak perkara dalam kehidupan kak na sebagai ibu, isteri, menantu, anak dan guru. Baiknya abah .... abah suka beri nasihat dan pandangan untuk kak na. Abah tak pernah mengajar kak na buat benda-benda tak baik tapi abah ajar kak na bersabar dan bertahan seta bijak selesai masalah. Kak na tahu abah sangat sayangkan anak-anak.

Abah....

Kak na ingat lagi kata-kata abah suatu hari pada kakna tentang anak-anak abah.....

Che ja... banyak menolong, jika tidak kerana ada che ja dan abe ha susah juga abah nak bergantung. Tapi che ja pemarah sikit, cepat terasa hati tapi dia baik hati. Abah suka walau dia kadang-kadang suka naik angin.

Che ti.... Abah ingat masa dia kecil dulu. Berpenyakit. Susah jaga. Budak ni ikut kata hati tapi abah puji sebab dia kuat semangat. Badan kecil tapi berani. Takut abah bila dia bawa kereta laju-laju masa ronda keliling KL dengan abah dan ma.

Che yo.... Abah sayang anak lelaki seorang ni, tapi abah kecewa sebab Ayo selalu lupa abah. Ayo suka buat hal sendiri.... abah mahu Ayo jaga abah, ma dan adik-adik yang kecil ni. Ayo jangan kawan dengan kawan-kawan tak tentu hala. Jaga tingkah laku di tempat orang. Jangan nak tunjuk kuat nanti sendiri yang rugi. Baliklah duduk di sini dengan abah dan ma. Cari je kerja kat sini. Abah bukan nak duit Ayo tapi tak nak Ayo merana di tempat orang. Kak na tahu tak.... baju-baju dan seluar abah banyak dalam almari tu untuk Ayo bila dia kerja nanti ! Untung dia ni tak payah nak beli baju lagi bila dapat kerja. Abah tak sabar tengok Ayo bergaya dengan kemeja dan kot.

Che Nda…. Kesian budak ni. Belajar tinggi tapi rezeki belum ada lagi. Abah harap kak na tolong adik cari kerja. Mintak la Abduh tolong kan dia bos kat MPKB ? Abah malu nak pergi jumpa demo sebab siapalah abah. Harap chenda dapat kerja yang sesuai. Boleh Bantu ma dan abah kat rumah. Lagi pun dia nak nikah. Nak kumpul duit lah buat kenduri. Abah tak dapat nak sedia apa-apa pun untuk dia.

Che Nor.... Abah sedih mengenangkan che nor. Kesian dia, abah ingat dia akan kekal bahagia dengan budak tu tapi… tak pelah kak na, nanti che nor kerja dia jumpa orang yang lebih baik. Jika che nor dah dapat kerja abah memang nak dia selalu ada di sini. Che nor belajar rajin-rajin. Tengok je muka che nor abah terbayang arwah Mok su Nab. Ikal rambutnya menggingatkan abah pada arwah. Norasyikin… nama tu abah yang bagi. Dialah satu-satunya anak yang abah berikan nama. Lain dari yang lain.

Che Tin..... Budak berani ! Abah pun kagum dengan dia ni…. Tak takut sapa pun. Abah nak Che Tin selalu ingat ma dan abah. Bangga abah pada anak yang ini, berdikari di tempat belajar dan aktif pula. Kak na la yang bagi nama dia.... dia paling tinggi.

Che Ya….. Abah tengok che ya ni mirip sangat dengan arwah Maksu Nab. Jika Che Nor pada rambut tapi che ya pada raut wajah, jelingan mata dan rambut saling tak tumpah macam arwah. Dialah yang paling comel sekali. Abah rasa jika Che Ya pandai dan kerja tinggi tentu orang tak berani masuk meminang….. Kenapa abah? Ya la dia kan hebat….

Che Su…. Yang kecil sekali. Bongsu abah ni yang paling abah susah hati. Abah risau sebab abah dah tua. Kerja pun dah tak ada, Che Su masih kecil…. Jika abah tak ada macam mana dengan dia… Abah tengok, chesu macam kak na. Melawa saja dan suka bergaya. Abah harap Chesu akan selalu ada dekat abah dan ma. Teman kami berdua.

Aduhai abah....

Dah hampir sembilan bulan abah pergi meninggalkan kami... tak terasa pun masa berlalu. Seperti baru semalam abah bersama kami. Hilai tawa, usik mengusik dan senda gurau abah masih terpahat dihati kami. Kak na berharap benar agar abah menjelma dalam mimpi walau sekali. Mahu merasa kehangatan kasih sayang abah seperti dulu. Masih terbayang diruangan mata gelagat abah semasa hayat masih ada. Tergiang-giang lagi suara abah berdesir berbisik, ketawa dan berjenaka membuatkan air mata kak na laju berderai. Sesungguhnya pemergian abah telah mematahkan semangat dan impian kami. Biar apa pun .... Allah amat kasihkan abah sehingga abah dijemputNya terlalu cepat setelah enam bulan kembalinya Mak abah kerahmatullah. Perginya abah tanpa lama menanggung keperitan dan kesakitan. Abah telah ditakdirkan hanya 59 tahun sahaja menghuni dunia fana dan pergi meninggalkan kami untuk berada disisi Azali.

Duhai abah yang dikasihi,....

Kak na , ma dan adik-adik akan mengunjungi pusara abah selalu. Bila berada disisi pusara abah, kami terlau sebak dan berdukacita. Kaku nesanmu dilembah sepi menambah pilu dihati kami. Sesungguhnya ketentuan Illahi sudah tertulis begini nokhtah perjalanan hidup seorang abah yang tabah. Bersemadilah abah disisi pusara bondanya tercinta.

Sekalung doa dan Al Fatihah buat abah hadiah paling berharga dari kami anak-anak mu yang masih disini. Semoga roh abah ditempatkan di tempat yang terpuji yang dijanjikan oleh Illahi untuk muslimin yang sejati. Kami redha dengan perpisahan yang sementara ini. Nun di Firdausi semoga abah menanti kami dengan wajah berseri dan kita akan bertemu lagi untuk menyimpul kasih sayang yang kekal abadi.....

FARA WAHIDA

Peristiwa ini telah lama berlalu…. telah menjadi suatu kenangan pahit dan juga suatu pengalaman bagiku sebagai seorang pendidik. Bila teringatkan peristiwa ini rasa kesalku tak pernah berkesudahan. Aku akan menangis dan merasa amat bersalah walaupun sudah 13 tahun ianya berlalu. Fara Wahida..... gadis comel yang manja dan ramah tamah ini ditakdirkan menjadi murid kesayanganku. Waktu itu umurnya baru menginjak 14 tahun dan belajar dalam tingkatan 2 Dinamik. Sebagai seorang guru aku amat menyenangginya kerana kesungguhan dan minatnya dalam Kemahiran Hidup.
Setiap kali sessi pembelajaran teori mahupun amali, Fara tidak pernah ponteng kelas. Dia akan tekun mendengar pengajaranku dan bersemangat menjalankan amali KH. Aku amat rapat dengan Fara kerana dia sentiasa menghulur bantuannya jika ku perlukan pertolongan. Dia akan ke bilik guru menghantar buku-buku latihan pelajar kelasnya ke mejaku. Kadang kala dia akan lewat pulang kerana menolongku mengemas bengkel bila selesai sessi amali. Aku sangat sayangkan Fara bukan kerana dia rajin tetapi menurut kata.
Melalui guru kelasnya baru ku tahu rupa-rupanya Fara menderita sejenis penyakit . Kami semua tidak dijelaskan keadaan sebanar Fara oleh orang tuanya. Aku mula menyelidikki latar belakang Fara daripada kawan-kawan rapatnya memandangkan dia terlalu berahsia. Kesian Fara, rupaya dia baru saja menjalani satu pembedahan diperutnya. Rambut dan bulu kening Fara gugur kerana kesan sampingan ubat yang diambilnya setiap hari sebagai rawatan susulan. Namun Fara tetap bersemangat dan ceria.
Waktu lapang aku suka berbual denga Fara. Dia bijak berkata-kata dan pandai mengambil hati. Aku benar-benar rasa dihargai bila Fara menginggati tarikh lahirku dan mengucapkan selamat hari lahir cikgu. Ku tahu sesuatu yang mustahil untuk dia memberikan aku hadiah kerana Fara datang dari keluarga yang agak susah. Ibubapanya kerja di kantin sekolah rendah berdekatan.
Sesuatu yang aku amat kagum dengan Fara ialah semangatnya. Meskipun kesihatanya tidak mengizinkan namun seboleh mungkin dia pasti hadir ke sekolah. Semua tugasan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru disiapkan olehnya. Fara bukan tergolong dalam kelompok pelajar cemerlang tetapi dia tetap mahu berusaha hasilnya setiap kali peperiksaan Fara mendapat gred B untuk KH. Aku bangga meskipun dia idak berjaya mendapat gred A. Fara juga seorang pengawas sekolah yang bertanggung jawab. Aku selalu perhatikan dia berdiri ditengah panas depan pintu pagar sekolah untuk bertugas. Kadang kala dia akan berlegar-legar di kawasan sekolah untuk memastikan para pelajar tidak membuat kesalahan disiplin.
Fara seorang murid yang baik, waktu rehat dia pasti akan singgah dulu menemuiku di bilik guru untuk bertanyakan samada aku ingin mengirim makanan atau minumanku dari kantin. Kadangkala dia akan menolongku membeli kuih dan teh ais jika aku tak sempat untuk makan di kantin.
Suatu hari, aku meminta Fara ke bilik guru mengambil kunci bengkel dari dalam laci mejaku. Aku terlalu percayakan Fara. Fara pergi seorang diri dan pulang membawa kunci bengkel. Setelah sessi amali tamat aku kembali ke bilik guru dan apabila ku buka laci meja yang berkunci...TUUUPPPP ! Dadaku diterjah rasa terkejut yang amat besar. Duit yuran sekolah yang dijelaskan oleh seorang pelajar kepadaku semalam telah hilang! Duit itu tidaklah banyak tapi aku kesal kerana telah hilang dari laci meja yang berkunci. Mustahil ianya dicuri oleh pelajar kerana laci selalu berkunci. Ku teringat pada Fara. Aku hanya memina Fara membuka laci mejaku semalam. Hari ini duit yuran telah tiada dari simpananku. Tanpa usul periksa ku laporkan kejadian ini pada seorang guru disiplin. Fara telah dipanggil dan disoal siasat oleh guru disiplin. Fara menafikan dia mencuri duit itu. Katanya dia miskin tapi tak pernah kekurangan apa-apa pun kerana ibubapanya sanggup belikan apa yang dia mahu.
Aku sebenarnya tak kisah sangat tentang duit yang hilang itu. RM20 bukanlah masalah besar sangat kerana aku sudah menggantikannya. Tetapi aku amat terkilan kerana Fara sanggup buat begitu padaku. Jika dia minta dari aku aku sedia memberikan dia duit jika dia amat perlu. Aku amat sedih, kesal dan tertipu dengan sikap Fara. Akhirnya Penyelia Petang telah memanggil Ibubapa Fara. Fara , aku dan kedua orang tuanya dipertemukan untuk menyelesaikan masalah ini. Ibu bapa Fara memina maaf daripada kami tetapi tetap menyangkal dakwaanku bahawa anaknya seorang pencuri.
Aku rasa terkedu bila ibu Fara memberitahu bahawa Fara seorang anak yang baik dan dia tak pernah meninggikan suara dengan orang tuanya apatah lagi mencuri. Aku jelaskan pada ibubapanya mungkin Fara terdesak hari itu dan dia tak berniat untuk mencuri. Tidak ada seorang pelajar pun yang diberi kepercayaan olehku untuk membuka laci mejaku kecuali Fara. Akhirnya ibu Fara menghulurkan sampul coklat yang mengandungi RM20 sebagai ganti. Kami bersalaman dan bermaafan. Fara menangis dan tidak sedikit pun merenung wajahku seperti selalu. Aku rasa bersalah dan kesian pula. Sebelum beredar ibunya sempat memberitahuku bahawa Fara selalu menceritakan padanya tentang kebaikkan ku dan betapa dia sayangkan aku sebagai guru yang paling disayanginya. Hatiku mula sebak.
Sejak peristiwa itu Fara menjauhkan diri dariku. Dia tidak lagi mempedulikan aku apatah lagi bersemangat untuk belajar. Dia menjadi amat pendiam di dalam kelas dan mula malas buat amali. Aku mohon maaf padanya serta menerangkan bahawa perbuatanya salah.
Sebulan aku cuti bersalin, sepanjang tempoh pantang aku berada dirumah. Pada suatu petang kawan baikku Cikgu Jamiah datang melawatku dirumah. Dia menyerahkan not RM20 kepadaku sambil tersenyum. Aku kehairannan . Katanya duit ini dia jumpa dibawah mejaku semasa mengemas bilik guru. Ya Allah! Aku telah memfitnah Fara. Aku menangis mengenangkan sikapku yang tanpa usul periksa telah menjauhkan Fara dariku. Cikgu Jamiah memberitahuku bahawa Fara telah kirim salam padaku dan mengucapkan tahniah diatas kelahiran aku sulungku ini. Aku terkedu.....
Kini segalanya telah berubah.... Fara sudah memaafkan aku bila aku menelefonnya. Dia tidak marahkan aku tetapi sedih kerana katanya aku tidak mempercayainya. Sejak hari itu aku tidak lagi bertemu dengan Fara kerana dia telah pun naik ke tingkatan 3 di sessi pagi. Rasa bersalah dan berdosa menghantui ku. Aku amat menyesal sekali maka aku telah menjemput Fara bertemu dan belanja dia makan makanan kegemarannya KFC depan sekolah pada suatu hari.
Walaupun Fara menunjukkan sikap yang mesra tetapi ku tahu hatinya terluka. Aku lihat Fara telah begitu matang walau setelah hampir enam bulan aku tidak mengajarnya lagi. Sebelum pulang dia mencium tanganku seperti selalu dan ku lihat ada air jernih dibirai matanya yang redup. Fara memohon untuk beredar dan melambai padaku yang masih bersedih.
Sejak Fara meninggalkan bangku sekolah aku pun ditukarkan ke sekolah lain. Suatu hari tanpa diduga ku terserempak dengan Fara di pusat membeli belah. Aku terkejut melihat perubahanya. Dia sudah jauh berubah. Ku menyapanya. Dia agak terkejut dengan kehadiranku. Dari mata hatiku aku tahu Fara tidak lagi seperti dulu seorang gadis yang santun dan lembut. Fara yang berdiri di depanku kini seorang gadis yang tanpa tudung dan mendampinggi budak-budak kutu lepak. Apa sudah jadi pada Fara? Kata Fara dia belajar di kolej swasta setelah tamat SPM dengan keputusan tak seberapa. Aku terkilan kerana begini nasib Fara yang aku sayang.
Ku lihat lenggok Fara bersama kawan-kawannya berlalu pergi sambil riuh ketawa sesama mereka. Jika bukan peristiwa itu tentu Fara tidak jadi seperti ini.... aku jadi terus dihimpit rasa bersalah teramat sangat. Kemanakah langkah Fara seterusnya selepas ini ? Ku panjat doa pada tuhan agar Fara dilindunginya.....

Ragam Anak2 Muridku

4 Januari yang lalu sekolah dibuka semula setelah sebulan lebih bercuti. Cuti sakan...bukan saja pelajar tapi guru2 sekal seronok giler bila bercuti..Biasalah first day sekolahdi buka semua orang teruja...pelajar2 mengayakan fesyen rambut terbaru mereka (boys la...), seragam baru, kasut baru dan beg sekolah pun baru jugak... Cikgu2 pulak tak mau kalah...pasang badan. Baju kurung baru, handbag baru, tudung dan kasut/sandal baru...Azam baru? Tu lain cerita.

Pelajar A
Aku namakan A saja. Perempuan India. Pelajar kelas aku. Aku ak perasan pun yang dia wujud dalam senarai kelas form 3 aku sebab dari hari pertama sekolah dia tak hadir...Hari berikutnya aku curiga, tanya pelajar kemana pergi sorang ni ...rupanya dia hadir tapi pagi je kemudian balik. mengapa? Aku dan penyelaras tingkatan selidik dan telefon famili dia..Ceritanya...makbapak dah berpisah. Mak dia kerja kilang pukul 4.30 pagi dah bertolak ke tempat kerja...Tak sempat uruskan anak2 kesekolah. Pergi sekolah pun minta adik hantar. Pelajar aku ini sakit perut katanya..dah berhari2. Aku percaya jugalah....Kata makciknya, ibunya tak mampu belikan seragam sekolah apatah lagi sediakan segala wang persekolahan anak2nya...maka pelajar ini dikira kurang bernasib baiklah.

Moralnya...sebagai parent kita kenalah sediakan keperluan anak2 untuk persekolah mereka. Walau sesibuk manapun kita dengan urusan mencari nafkah kebajikan mereka jangan diabaikan nanti menyusahkan anak dan semua orang.

Pelajar B
Pelajar B pelajar aku yang baru...bukan baru di sekolah ini tapi aku baru mengenalinya...Tingkatan 1 dulu aku tak pernah mengajarnya.

Sewaktu sessi perkenalan berlangsung semua pelajar bagi tumpuan pada aku. Aku buat-buat tegas. Muka mesti nampak sombong...nampak macam tegas tapi sebenarnya bukan sombong pun. Bukan apa ..aku mahu semua pelajar aku rasa hormat sikit tak main acuh-tak acuh je pada guru perempuan mereka. Semasa asyik bercerita dengan pelajar..tiba2 aku perasan sesuatu....sesuatu yang tak terduga...suatu bau yang menyengat dan meloyakan anak tekak aku. Semua pelajar dah tuup lubang hidung mereka dengan jari. Ada yang dah meninggalkan bangku masing-masing untuk mencari ruang.

" Woit..!! Sapa yang berak nih ? Kurang asam betol" Si Mat pelajar berbadan kurus dan hitam dah mula berang. aku tercenggang...Ya memang betul. Aduh ada yang dah terbuang dalam kelas rupanya...

" Astagfirullah....siapa yang ter...dalam kelas ni? Lain kali minta lah ke tandas...Awak takut dengan saya ke?" Aku dah membebel...sambil kipas-kipaskan mukaku dengan kertas.

Semua orang panik apabila bau semakin kuat....seorang pelajar menunding jari ke arah seorang pelajar lelaki yang gelabah di tepi tingkap. Aku merenung wajahnya...dia buat-buat tak faham.
" Bukan saya lah cikgu...." katanya dengan nada serius. Para pelajar dah naik giler...terjerit2 dan marah-marah padanya. Ada juga yang ketawa...maklumlah ini sekolah menengah bukannya sekolah tadika ...

" Ok...pergi ke tandas sekarang.." Arahku padanya.... Dia bangun dan berlalu malu. Kesian pula ku lihat wajahnya.

Selang beberapa minit pelajar tadi muncul...dia datang ke mejaku.
" cikgu, dah check...tak de pun saya terberak atau terkincit...." katanya tegas. Dia nampak marah. Tapi betul..tak pula seluarnya basah jika betul dia terbuang tadi.

Bau tak enak tadi tiba-tiba datang menerpa kembali. Suasana tegang semula. Semua pelajar riuh rendah. aku kebinggungan dan menjerit..." Diammmmm...Tolong jgn panik. Sesiapa yang berkenaan tolong keluar sekarang. Cikgu tak marah. Cikgu paham awak mungkin sakit perut dan tak sengaja."

Tapi usaha ku untuk menangkap si pelaku itu gagal....Loceng akhir persekolah berdering panjang. Pelajar-pelajar dah bersedia menyusun buku-buku dalam beg masing-masing... Aku tamatkan kelas pada hari itu dengan sedikit rasa mual. Bila mereka selesai mengucapkan terima kasih padaku semua orang hilang dalam sekelip mata...cuma yang tinggal dua tiga orang saja yang masih berteka teki semasa sendiri...

" Cikgu! Tengok sini rupanya si...ni yang melepas tadi. Patut le pun muka dia kejap merah kejap biru...ha ha ha" Si Maidin sibuk menunjukkan aku kerusi pelaku tadi...Emmm betul lah basah saja... Bukan pelajar yang mereka tuduh tadi rupanya kawannya yang duduk dikerusi hadapan itu yang telah ter...aduh pening kepala aku..siap pula yang nak bersihkan kerusi ni?

Wednesday, January 6, 2010

 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info