Wednesday, October 21, 2009

NGantokknyerr....

Waduh ! betul2 tak larat nk bukak mata pun... ptg tadi lepas tengok cerita SEKAR Baby rasa letih pulak. Masuk tido dulu le. Petang2 sikit buleh bgn. May be opah ngan Tok datang boleh tunjukkan blogspot Baby edit ni.

jam pukul 7.30 ptg maa masih ngantuk. So, lepas solat magrib sambung tido balik.....luruskan tulang belakang...pejam mata.....tarik bantal peluk dan.....mimpi lagi.... sayup2 dicuping telinga masih boleh tangkap suara Mummy panggil makan malam. Aduuuhhh!!! malas nak diner lak. Badan Baby nampak mcm dah naik jer. Biarlah 2 orang tu ( Hannan n Faris) perabih apa yang ada.

Esok la makan. Pi sekolah pagi sok mintak belanja lebih dari Mummy.

Ok....good night.

Tuesday, October 20, 2009

ABAH…….

Dalam kenangan ini…

Ada rindu

Ada kasih

Ada sayang

Ada ria

Ada duka

Ada tangis

Ada tawa

Abah..... segalanya tentang mu kami ingati walaupun kau kini

Tiada disisi.

Semoga damai abah disana

Doa kami semoga tuhan pelihara abah dan menempatkan rohmu disamping hamba-hambanya yang dikasihi.


10 mei 2009

My LoVeLy TeaDy


Melakar memori.....

Hadiah harijadiku tahun 2004 dan 2005 dari Hubby.So sweet.......
Tiada ku berikan namanya cuma satu kuning dan yang satu lagi sleepy ( sebab dari mula-mula dibawa dia tidur dan mengantuk memanjang !).

Tentu semua tertanya-tanya kenapa patung beruang yang jadi hadiah hari lahirku walau aku sendiri dah bergelar ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar. Hanya mereka yang berjiwa sentimental saja yang memahami. Sebenarnya kita dimanja dan dibelai-belai pula bila berdampingan dengan teadybear macam ni ketika bersendirian....itu pandangan aku aje. Setiap orang lain ciarasa dan pandangannya.

Walaubagaimana pun Sleepy dan Kuning telah lama menjadi sebahagian daripada koleksiku. Selalunya ku bawa di ke tempat tidur. Kemudian ku simpan saja mereka bersama-sama yang lain disatu sudut.Terima kasih sayang kerana menghadiahkan aku dua beruang manja ni!
 
© 2009 | Template designed by Yiedpozi @ Yiedpozi [Dot] Info